KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

May 3, 2008

BNBBC bantah siaran langsung

Utusanloya - Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC) mahu kerajaan menghentikan siaran langsung sidang Dewan Rakyat.
Pengerusinya, Datuk Seri Tiong King Sing berkata, tindakan segelintir ahli Parlimen pembangkang yang menjerit-jerit pada sidang itu kelmarin sungguh tidak wajar.
Tambahnya, beliau kecewa dengan tingkah laku pembangkang kerana langsung tidak mencerminkan sebagai seorang wakil rakyat.

''Kelmarin segelintir mereka kerap bangun sambil memegang buku Peraturan Mesyuarat Parlimen selain suka menjerit-jerit. Ia hanya mengganggu persidangan sahaja.

''Kita sungguh kecewa dengan tindakan mereka ini semua. Kita merasakan lebih baik kerajaan menghentikan sahaja siaran langsung selama setengah jam itu,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Rabu lalu, Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Shabery Cheek berkata, siaran langsung itu kemungkinan akan dikaji semula berikutan sesi soal jawab lisan pada hari pertama sidang Dewan Rakyat sering terganggu apabila beberapa ahli Parlimen sentiasa mempersoalkan peraturan mesyuarat.

King Sing berkata, beliau risau tindakan pembangkang itu akan membawa implikasi negatif di kalangan rakyat yang memandang tinggi institusi Parlimen.

''Dewan Rakyat adalah tempat membincangkan masalah rakyat bukan gelanggang untuk ahli Parlimen berkelakuan liar,'' katanya.
No2umnO - Apa BNBBC ceghita ni? Isu berbalah ni berlaku sejak dulu. Cuma ditutup. Berita seperti ini keluar untuk menyetujui cadangan Pak Lah untuk hentikan sidang perlimen secara langsung. Takut beb... kang terbongkar lak rahsia semua. Baca perenggan di atas ..... pembangkang yang menjerit jerit? Tonton perbahasan sehingga akhir dan tahu siapa yang jerit jerit, terlonjak lonjak dan terjengok jengok.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive