KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

May 3, 2008

UTUSAN GUNA ADUN BOTA BUAT KRITIKAN PADA MB PERAK

Berita hari ini ....

Usaha ganti imam di Perak
Kerajaan campuran negeri Perak diminta tidak bersandiwara kononnya usaha untuk merombak dan menukarkan imam serta pengerusi Jawatankuasa Kariah Masjid (JKKM) di kalangan ahli Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak berlaku di negeri ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bota, Datuk Mohd. Zaim Abu Hassan yang bertanggungjawab terhadap hal-ehwal Islam ketika kerajaan negeri lalu berkata, usaha untuk menggantikan imam serta ahli JKKM sedang berlaku di merata tempat di negeri ini.

Kata beliau, perkara itu berlaku selepas pemerintahan negeri ini diambil alih oleh kerajaan pembangkang.

Malah, menurutnya, di kawasan beliau sendiri, pemimpin akar umbi Pas dan PKR sudah berjumpa dengan pengerusi JKKM dan imam di Masjid Daerah Parit, Masjid Bukit Chupak, Layang-layang Kanan dan Tanjung Belanja dengan memaklumkan kepada mereka pertukaran akan dibuat.

''Kerajaan negeri jangan bersandiwara, cakap bohong atau berpura-pura mengatakan tidak berlaku usaha untuk merombak dan menukarkan imam dan pengerusi JKKM, sedangkan mereka sudah mula bergerak untuk menukar imam, pengerusi JKKM daripada kalangan ahli Pas dan PKR.

''Beberapa proses dan usaha juga sedang dilakukan untuk memecat imam di Masjid Daerah Parit, Bukit Chupak dan Tanjung Belanja yang didakwa sebagai ahli UMNO, dan perkara ini juga berlaku di tempat-tempat lain di negeri ini," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau mengulas kenyataan akhbar Setiausaha Politik Menteri Besar, Misbahul Munir Masduki yang mendakwa kerajaan campuran itu ketika ini hanya melakukan semakan semula pelantikan imam oleh kerajaan negeri sebelum ini yang didakwa kaedah pelantikannya membabitkan campur tangan politik.

Misbahul Munir turut menafikan kerajaan negeri sudah merombak kedudukan JKKM untuk melantik imam dan pengerusi jawatankuasa itu di kalangan ahli Pas dan tidak mengikut prosedur.

Menurut Mohd. Zaim, apa yang berlaku sekarang ialah kerajaan negeri mengutamakan penyokong kuat parti untuk menjadi imam walaupun tidak memiliki kelayakan atau ilmu untuk menjadi imam.
''Ini berbeza semasa pemerintahan Barisan Nasional (BN), kami tidak buang pun imam kerana ideologi politiknya.

''Sebagai contoh, Masjid Titi Gantung di Parit, semua JKKM dan imamnya adalah orang Pas tetapi kita tidak buang. Begitu juga di Bukit Chupak dan Tanjung Belanja, ada imam yang menjadi ahli Pas, tetapi kita terima kerana apa yang penting ialah ilmunya, bukan fahaman politiknya,'' katanya.
Sehubungan itu, beliau meminta kerajaan negeri membuat pertimbangan semasak-masaknya sebelum membuat keputusan menukar imam dan ahli JKKM kerana perbuatan itu boleh memporak-perandakan keharmonian masyarakat Islam di Perak.

Katanya, pelantikan tidak mengikut prosedur dan berdasarkan fahaman politik akan mewujudkan perbalahan dan permusuhan di kalangan kariah masjid di negeri ini yang selama ini tidak pernah menjadikan perbezaan fahaman politik sebagai asas pelantikan imam atau JKKM.
''Sebarang rombakan JKKM perlu mengikut prosedur iaitu mendapatkan pengesahan daripada penghulu mukim, pegawai daerah dan orang besar jajahan terlebih dulu sebelum dirujuk kepada Jabatan Agama Islam Perak (JAIP).

''JAIP kemudian akan mendapatkan perkenan daripada Raja Muda, Raja Dr. Nazrin Shah selaku Pengerusi Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perak," katanya.
aNo2umnO - Kalau dengan Kerajaan BN dahulu, Tiada Sultan yang mempu berkompromi. Kalau ada isu pun senyap tak derngar cerita. Media pengap smua info agar rakyat ingat semua nya di dalam keadaan lancar. Sultan sendiri pun tidak jelas. Tapi tak boleh buat apa apa. Keadaan di Perak sudah membimbangkan sejak pemerintahan BN. UMNO menggunakan IMAM untuk berpolitik. Kerana itu lah lahirnya dendam PAS pada UMNO. Berpolitik UMNO di masjid terlalu menonjol. YM Sultan akan tahu apa ceria sebenarnya selepas ini. Masa menentukan. berita atas adalah contoh.

Media mampu menggunakan walau seorang Adun untuk membongkar cerita kerana sekarang kerajaan Perak bukan milik BN. Adakah PAS boleh menggunakan media untuk kritik Kerajaan Perak ketika pemerintahan UMNO dahulu? Adakah Sultan Perak mahu hentikan kemelut Islam di perak? Atau Utusan mahu memanjangkan kemelut tersebut? Kenapa YM Sultan tidak bertindak kepada Utusan dan media? Siapa yang boleh dikawal oleh Sultan, MB Perak dan kerajaan PAS atau UMNO dan media media nya? Maka nilaikan.....

1 comments:

Putra IJ80 said...

kita tahu,kita nendengar,kita melihat betapa UMNO telah melakukan berbagai bagai kezaliman kepada imam imam lama di gantikan imam imam baru muda yang kurang berilmu agama,dari kalangan penyokong UMNO totok,.

Orang kampung tak mampu berbuat apa apa,lagi pun mereka di didik dgn budi bahasa dan adat Melayu bersopan.,mereka diam.

Sebalik nya bila Kerajan baru(PR)cuba membetulkan keadan,Mereka puak puak UMNO,melenting,marah,dan menimbulkan berbagai karenah,saolah olah mereka pembela ketidak adilan,.

Dan lebih Malang ,tindakan puak puak UMNO ini di sokong pula oleh Pihak pemerintah tertinggi Negeri,yang selama ini hanya membisu 1000 bahasa.

Posting terkini

Blog Archive