KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jun 16, 2008

ABDULLAH PERLU SEGERA BERUNDUR SEBELUM UMNO JADI PEMBANGKANG?

puteramaya - Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi tidak perlu menglengah-lengahkan lagi proses peralihan kuasa Perdana Menteri dan Presiden UMNO kepada Datuk Seri Najib Tun Razak. Ini kerana pada hakikatnya Abdullah sudah dipersarakan oleh rakyat jelata Malaysia menerusi Pilihan Raya Umum (PRU) 12.

Lantaran itu, kenyataan Abdullah yang tersiar dalam akhbar pada 14 Jun 2008, bahawa “beliau dan Najib telah muafakat dan telah setuju” bilakah beliau akan bersara dan bila pula Najib akan jadi Perdana Menteri, adalah akademik.

Najib pula tidak perlu lagi bertindak secara budiman. Fahamilah tuntutan dan kehendak rakyat jelata. Bertindaklah secara decisive dan segera sebelum Abdullah disingkirkan oleh pihak pembangkang menerusi satu revolusi sikatak lompat yang dijangka menjadi realiti dalam tempoh terdekat ini.

Seandainya revolusi sikatak lompat ini tidak menjadi kenyataan, jangan pula Najib terus berdiam diri. Insaflah bahawa kini sudah wujud satu konspirasi bahawa Abdullah mungkin melantik seorang yang penuh misteri untuk menjadi Perdana Menteri.... selanjutnya.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive