KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jun 25, 2008

PAS kurang senang wang derma masuk tabung PKR

klpos - [...] Justeru, beliau mendesak pucuk pimpinan negeri yang diterajui PKR, Pas dan DAP menubuhkan Majlis Perundingan Pakatan Rakyat bagi memastikan kesilapan yang diakui sendiri oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim itu tidak berulang lagi.

“Saya fikir benda-benda macam ini berlaku disebabkan tidak ada satu pakatan atau jawatankuasa di peringkat parti, yang ada cuma perbincangan peringkat kerajaan negeri.

“Disebabkan itulah berlaku kebocoran seperti ini tanpa pengetahuan. Selagi tidak ada jawatankuasa peringkat parti, selagi itu tindakan yang membelakangkan semangat pakatan pembangkang akan berlaku, masing-masing ambil tindakan sendiri.

“Kebocoran ini bukan hanya akan menguntungkan pihak lain termasuk Barisan Nasional (BN) yang akan mencari isu untuk didedahkan, tetapi bakal mengundang persoalan di kalangan rakyat,” katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Abdul Khalid semalam yang mengakui wang sumbangan syarikat-syarikat swasta untuk sambutan 100 hari pemerintahan Pakatan Rakyat di Selangor dimasukkan ke akaun PKR dan bukan kepada kerajaan negeri seperti sepatutnya.

Perbuatan itu dipercayai menimbulkan rasa kurang senang pengerusi penganjur sambutan itu, Datuk Dr. Hassan Ali yang juga Pesuruhjaya Pas Selangor.... selanjutnya.

no2umno - aku mula berfikir, adakah ini punca Yahaya Shaari di gantung jawatannya? ... Emhhhh... aku nak jumpa Nujum Pak Belalang, suruh tenung mangkuk ajaibnya .....

1 comments:

mangchikla said...

Hancur Selangor kalau berterusan macam nih.. Nih baru 100 ari lebih..

Posting terkini

Blog Archive