KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jul 11, 2008

Bala berada di negara Singapura?

kibad | Polis Bukit Aman telah berjaya mengesan Balasubramaniam dan telahpun mengambil keterangannya. Sumber terdekat memberitahu, Bala berada di negara jiran Singapura dan mengatakan perbelanjaan Bala ke negara jiran itu ditaja?

Spekulasi tentang 'misteri' kehilangan Bala bertiup kencang dengan bermacam teori. Setelah lima hari, baru jejaknya dapat dikesan. Itupun setelah mendapat bantuan polis Interpol.

Namun, pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Mohd Bakri Zinin enggan menyatakan negara mana Balasubramaniam berada pada ketika ini bagi mengelak daripada gangguan oleh mana-mana pihak.

Kata Mohd Bakri, proses mengambil keterangan daripada Balasubramaniam itu telahpun dibuat oleh beberapa pegawai polis dari Bukit Aman yang dihantar ke negara berkenaan.

"Kita telah menghantar beberapa pegawai ke negara berkenaan bagi mengambil keterangan daripada Balasubramaniam dan beliau kini masih berada di negara itu," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Jejak mengesan Balasubramaniam berjaya hasil maklumat dari pihak berkuasa negara berkenaan.... selanjutnya.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive