KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jul 10, 2008

Bala mahu anak saudaranya henti berkempen

malaysiakini | Penyiasat persendirian P Balasubramaniam mahu dihentikan kempen yang dijalankan oleh anak saudaranya, R Kumerasan, untuk membawanya pulang dengan selamat.

Bala memberitahu Kumaresan bahawa ia boleh membahayakan dirinya (Bala) dan keluarganya.

Kumaresan memberitahu pemberita hari ini bahawa mesej tersebut telah disampaikan kepadanya melalui telefon awal pagi ini dan beliau akan mematuhi permintaan bapa saudaranya.

"Ia satu perbualan (telefon) yang panjang," kata Kumaresan, tetapi enggan mengulas lanjut mengenai perbualan mereka.

Kumaresan juga enggan mengesahkan sama ada Balasubramaniam benar-benar berada di luar negara seperti yang didakwa oleh pihak polis.

"Saya tidak boleh mendedahkan apa-apa," kata Kumaresan yang dikatakan cukup rapat dengan Balasubramaniam dan keluarganya.

berita berkaitan
Bala dakwa nyawanya terancam

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive