KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jul 10, 2008

Siapa ugut Bala?

bakri zinin police cid chief p balasubramaniam pc 100708 01Menurutnya lagi, polis juga tiada sebarang motif dalam siasatan tersebut, melainkan untuk mencari penyelesaian dengan segera dan menutup kes berkenaan.

Bercakap dalam satu sidang akhbar di ibu pejabat polis Kuala Lumpur hari ini, Bakri berkata, Balasubramaniam memberitahu polis bahawa beliau mendapat ugutan.

Bagaimanapun, Bakri tidak menyatakan butiran lanjut mengenainya. - Malaysiakini
Bala tidak menyatakan diri nya di ugut melainkan kenyataan ini dibuat oleh pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Mohd Bakri Mohd Zinin. Samaada kita akui kenyataan ini benar atau tidak, dalam kepala aku penuh tanda tanya.

Namun merujuk kepada kronoloji isu berkaitan, selepas sahaja akuan sumpah yang pertama, Bala tidak di kawal dan ditemani oleh sesiapa ketika bertemu teman beliau yang dikenali sebagai ASP Tony di Bricksfield. Pada waktu itu beliau bebas pergi kemana saja. Hanya selepas pertemuan itu, Bala tidak di temui dan hari berikutnya, Bala telah merubah pengakuan sumpahnya dengan menolak semua kenyataan sumpah awal yang membabitkan nama Timbalan Perdana Menteri.

Selanjutnya, beliau telah tidak dapat untuk beberapa hari. Kemana dan dimana Bala ketika itu, semua orang tidak tahu. Tapi gua percaya. ada juga yang buat buat tak tahu.

Kalau kita masih ingat, Ketika DS Anwar ibrahim berada di kedutaan TUrki, beliau menggunakan alasan yang sama. Beliau dikatakan menerima ugutan lalu beliau berlindung di kedutaan tersebut untuk 2 hari. Kini insiden yang sama berlaku kepada BALA pula.

Adakah UGUTAN sudah menjadi satu alasan kalau seseorang itu tidak di temui. Kita lihat teknik nya sama, cara nya sama, kes nya pun sama. Apa sebenarnya rahsia di sebalik cerita, hanya Tuhan yang tahu. Tetapi Baik sesiapa pun, kalau benar lah ugutan berlaku, kenapa tidak dibuat lapuran polis? Banyak peristiwa yang tergantung, tidak berjawab dan masing masing cuba lari dari persoalan. Siapa yang tertipu dan siapa yang cuba menipu?

Dunia bikin manusia gila. 'Sumpah' dah jadi mainan dan 'ugutan' dah jadi alasan. Mungkin aku akan gunakan alasan yang sama kalau bercadang tambah satu lagi cawangan. Agak agak percaya ke isteri aku? Percaya atau tidak, itu semua bukan perkara penting. Kita bagi alasan, orang lain hanya mendengar. Logik kita terima dan kalau tidak, tentu kita gelak sakan. Paling tidak, geleng kepala. Dalam hati, " Diorang ingat kita bodoh?".

1 comments:

Anonymous said...

Lepas ..pulak..bala kata: anwar ugut...licik..polis malaysia..suka buat kerja kotor..rakyat malaysia tau dah!

Posting terkini

Blog Archive