KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jul 12, 2008

BPR tahan ahli perniagaan cuba rasuah pegawainya

Utusmeloya | .... Gara-gara beranggapan mudah untuk merasuah, seorang ahli perniagaan di sini terperangkap apabila memberi rasuah kepada seorang pegawai Badan Pencegah Rasuah (BPR) di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Gurun di Lebuhraya Utara Selatan di sini semalam.

Pengarah BPR Kedah Idrus Jaafar berkata, ahli perniagaan terbabit pada mulanya ditahan di R&R Gurun Selatan pada pukul 6.45 petang untuk membantu siasatan mengenai kes rasuah terhadap pihak tertentu dalam sebuah jabatan kerajaaan di sini.

Katanya, ahli perniagaan berusia 31 tahun itu menjalankan perniagaan import-eksport kenderaan berat dan BPR menerima maklumat mengenai kegiatan beliau memalsukan nombor chasis jentera berat untuk tujuan eksport.

“Kegiatan memalsukan nombor chasis itu dipercayai turut melibatkan “orang dalam” sebuah jabatan kerajaan”, katanya kepada Bernama di sini hari ini.

BPR dengan kerjasama Jabatan Kastam kemudian mengekori lelaki terbabit dan menahannya ketika beliau dalam perjalanan ke Pelabuhan Pulau Pinang untuk urusan mengeksport tiga buah jentera membajak ke Nairobi, Kenya semalam.... selanjutnya.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive