KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jul 12, 2008

Polis ambil keterangan Peguam Kumaresan?

bernama - Polis hari ini memanggil peguam kepada R. Kumaresan, anak saudara penyiasat persendirian P. Balasubramaniam, bagi merekod kenyataannya.

Peguam itu -- N. Surendran -- tiba di Jabatan Siasatan Jenayah Perdagangan di Kompleks Kerajaan Bukit Perdana di sini pada pukul 3 petang dengan ditemani presiden Majlis Peguam Datuk Ambiga Sreenevasan dan tiga anggota majlis itu.

"Saya menerima faks daripada polis berhubung perkara ini pada pukul 3.45 petang semalam yang bertulis '...polis sedang menjalankan siasatan mengikut Seksyen 199 Kanun Keseksaan berhubung kenyataan palsu yang dibuat dalam sesuatu akuan berkanun...', dan arahan untuk mengambil keterangan saya adalah mengikut Seksyen 111 Kanun Acara Jenayah," katanya.

Bercakap kepada pemberita selepas keluar daripada bangunan itu pada pukul 5 petang, beliau berkata: "Saya hanya menjawab sebahagian soalan kerana ia menyalahi etika guaman," katanya.

Beliau berkata tindakan polis memanggilnya merupakan satu perkara luar biasa kerana kebiasaannya hanya anak guam yang dipanggil untuk direkodkan keterangan.

no2umno - Malaysia boleh !

1 comments:

Unknown said...

aku tidak heran sebab di malaysia ni semuanya boleh dan terjadi. putar alam!

Posting terkini

Blog Archive