KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jul 20, 2008

PM diminta siasat cara Anwar ditangkap

harakahdaily | .... Ini kerana, hasil pertemuan antara Perdana Menteri, dirinya dan Naib Presiden KeAdiLan, Azmin Ali beliau mengatakan tidak tahu menahu tentang tindakan polis seolah menangkap seorang penjenayah negara sebaliknya mendengar maklumat tangkapan daripada orang tertentu sahaja.

"Perdana Menteri diminta mengadakan siasatan segera tentang babak tangkapan yang dilakukan oleh polis bertopeng seolah-olah Dato' Seri Anwar penjenayah besar. Sedangkan, memang beliau hendak ke balai polis sebagaimana yang dikehendaki cuma pulang ke rumah sekejap untuk mendapatkan sokongan moral keluarganya," jelas beliau ketika ditanya tentang pertemuan dengan Perdana Menteri selepas tangkapan terhadap Dato' Seri Anwar dibuat.

Beliau yang ditemui di majlis perasmian Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Bakap, Haji Maktar Shapee berkata, sebenarnya Perdana Menteri sendiri terkejut bila diceritakan kepadanya cara tangkapan dibuat kerana beliau hanya mendapat laporan sahaja bahawa Dato' Seri Anwar di tahan.

Walaupun beliau mengatakan biar polis melakukan kerja mereka dan tidak mahu campur tangan namun beliau sebagai orang nombor satu negara harus mengetahui tindakan pasukan polis yang dianggap luar biasa.

"Sebagai seorang Perdana Menteri yang berwibawa dia kena tahu dari A hingga Z tangkapan dilakukan bukan sekadar dengar laporan Dato' Seri Anwar ditahan dari seseorang," katanya. ... selanjutnya.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive