KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jul 9, 2008

Rasuah: Thaksin, isteri dibicara

klpos | Mahkamah Agung Thailand semalam memulakan perbicaraan terhadap mantan perdana menteri, Thaksin Shinawatra, dan isterinya, Pojaman, atas pertuduhan rasuah berhubung satu pembelian tanah semasa pentadbiran Thaksin.

Beliau dituduh menggunakan pengaruh politiknya untuk membantu Pojaman membeli sebidang tanah perdana seluas 5.28 hektar di kejiranan Ratchadapisek di pusat bandar Bangkok daripada Dana Pembangunan Institusi Kewangan (FIDF) di bawah Bank Pusat Thailand pada 2003 ketika Thaksin masih berkuasa.

Thaksin dituduh menggunakan kuasanya sebagai perdana menteri untuk membantu isterinya membeli tanah itu pada harga 772 juta baht, yang dikatakan lebih rendah daripada harga pasaran.

Jika didapati bersalam Thaksin dan Pojaman masing-masing boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 13 tahun.

Perbicaraan semalam berlangsung tanpa kehadiran kedua-dua tertuduh.

Empat saksi utama dipanggil untuk memberi keterangan... selanjutnya.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive