KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Aug 23, 2008

Chong wei kena gelembong?

best.... berita ni paling best yang aku dapat hari ini. Chong wei kecewa dan terkejut kerana di pergunakan untuk tujuan politik BN. Baca lapuran yang aku sondol dari MSTar ....

Chong Wei mahu lupakan 'episod' dipergunakan alat permainan politik
Masih segar sekembalinya daripada beraksi dalam Sukan Olimpik Beijing 2008, Lee Chong Wei, yang memenangi pingat perak dalam peseorangan lelaki badminton, mahu melupakan episod "dipergunakan" sebagai alat permainan politik, sebaliknya menumpukan perhatian kepada latihan sebagai persiapan menghadapi Terbuka Jepun, yang bermula 13 September ini.

Bercakap kepada pemberita selepas pertemuan dengan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng di luar Kongres Kebangsaan DAP di sini hari ini, Lee berkata beliau terkejut dengan perhatian yang diterimanya sejak pulang ke tanah air awal minggu ini.

"Malah jurulatih saya menegur bahawa saya menghadiri terlalu banyak majlis. Saya juga bimbang selepas mendapat perhatian penuh itu, saya akan dikritik kerana tidak memberi yang terbaik di Terbuka Jepun. Saya hanya mahu menumpu perhatian terhadap latihan," katanya....seterusnya di MStar
Korang agak ... siapa yang tegur Chong Wei ? Misbun? ..... Kenapa Chong Wei kecewa? Adakah ganjaran di perolehi itu benar atau palsu dan dibuat semata mata untuk tujuan politik?

Aku petik berita yang berkaitan..
“Chong Wei juga akan menerima pencen seumur hidup sebanyak RM3,000 sebulan,” katanya dalam satu pertemuan ringkas dengan skuad badminton Olimpik Beijing di bangunan Parlimen di sini hari ini. - UTUSAN MALAYSIA, 20 OGOS 2008
berikut pula adalah peraturan untuk kakitangan kerajaan mendapatkan pencen mengikut kaedah yang di peruntukkan. Rujuk sini dan aku petik sedikit untuk bacaan korang,
  • Amaun pencen perkhidmatan tertakluk kepada maksimum tidak melebihi setengah dari gaji akhir. (Seksyen 22 Akta 227)
  • Untuk mendapat pencen maksimum, anda hendaklah berkhidmat tidak kurang dari 25 tahun atau 300 bulan
Amacan? ... .Chong wei kena tipu atau kita kena kelentong?

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive