qanunfiatdunia.blogspot.
Proses penamaan calon di Parlimen 108: Shah Alam di adakan di Dewan Serbaguna Seksyen 19, Shah Alam. Sekitar jam 8 pagi para penyokong pembangkang beserta calon parti pembangkang telah berkumpul di Masjid Seksyen 19. Formasi perarakan disusun oleh para petugas parti. Dengan kelolaan seorang marshal, para penyokong diberikan arahan-arahan yang jelas abgi mengelakkan dari kejadian tidak diingini berlaku. Barisan perarakan didahului dengan calon-calon dari parti Pas dan Keadilan. Dibelakang calon terdiri daripada barisan pemuda-pemuda yang membawa sepanduk dan bendera-bendera parti. Di bahagian tengah adalah barisan muslimah beserta anak-anak dan dibelakang sekali terdiri dari barisan pemuda dengan tujuan untuk menjaga golongan muslimah yang berada di tengah.
Kira-kira jam 8.20 pagi perarakan pembangkang pun dimulakan dengan didahului bacaan doa bagi memohon agar segala perjalanan program pagi itu berjalan dengan lancar. Berjalan sejauh hampir 1 km ke arah pusat penamaan calon, para penyokong terus menerus melafazkan selawat ke atas Rasulullah s.a.w dan diselangi dengan laungan takbir, reformasi dan hancur rasuah!! Tiba di hadapan dewan, seluruh penyokong pembangkang telah ditempatkan disebuah padang yang lecak dan berlumpur namun cukup luas untuk menempatkan penyokong-penyokong pembangkang yang lebih ramai dari penyokong parti Barang Naik..
10 minit kemudian penyokong-penyokong parti Barang Naik pun tiba bersama calon mereka. Semua calon dari kedua-dua pihak bertanding telah masuk ke pusat penamaan dan menyerahkan borang percalonan mereka. Sementara menunggu, selawat dan laungan takbir dan reformasi terus menerus di laungkan. Para penyokong pembangkang semuanya dalam keadaan displin yang tinggi dan terus setia menanti di padang yang lecak berbanding di pihak parti Barang Naik dimana mereka diletakkan di kawasan tempat letak kereta. Walau ada sedikit unsur-unsur provokasi dari pihak 'orang utan' namun kerana ketegasan marshall yang ada berjaya menenangkan para penyokong pembangkang agar tidak melayan segala provokasi yang dilakukan.Amatlah berbeza dibandingkan antara penyokong dari kedua-dua parti. Dari parti Barisan Rakyat, para penyokong kebanyakkannya dari mereka yang berperawakan warak dan berilmu. Berada dalam kumpulan-kumpulan kecil dan terus-menerus berbincang akan isu politik semasa dan bertukar-tukar fikiran. Para penyokong terdiri dari mereka yang belia hinggalah tua. Melayu, Cina dan India berada bersama dan mengangkat bendera yang sama. Hanya selawat dan takbir yang menjadi laungan. Sambil menunggu, sekali lagi bacaan doa dilafazkan mendoakan agar segala urusan calon berjalan lancar dan moga Allah kurniakan kepada calon pembangkang di Shah Alam satu kemenangan untuk era politik baru pada 8 Mac ini. Namun yang dibanggakan adalah kehadiran penyokong pembangkang jauh lebih ramai dari penyokong parti Barang Naik.
Bila dilihat ke seberang, seorang marshall tak pun kelihatan. Penyokong terdiri dari hampir semua parti komponen namun setiap mereka mengibarkan bendera parti masing2 dan tak sampai satu jam, hanya tinggal bendera2 Umno sahaja yang kelihatan. Memalukan apabila dilihat yang penuh di kem Umno adalah mat rempit yang terus menerus menyanyi lagu2 yang telah diajar di Tadika Kemas seperti rasa sayang, geylang dan juga lagu artis yang menyokong Pas iaitu lagu Mawi. Tanpa segan silu, ketika penyokong pembangkang melafazkan doa, mereka tanpa segan silu berselawat dengan suara yang kuat kononnya untuk menunjukkan mereka juga 'alim'. Langsung tidak menghormati doa yang sedang dibacakan.Jam 11.20 pagi pegawai SPR pun mengumumkan kesemua calon layak untuk bertanding dan calon2 diperkenalkan. Calon dari parti Barang Naik dan penyokong mereka adalah yang pertama meninggalkan pusat penamaan calon dan diiringi dengan laungan gempur. 20 minit kemudian, calon-calon pembangkang pun meninggalkan pusat penamaan dan menemui penyokong yang setia menunggu di padang. Calon-calon dikerumuni dan di kesempatan ini calon-calon mengambil kesempatan untuk menyampaikan amanat masing-masing buat petugas dan penyokong parti.
Calon bagi Parlimen Shah Alam adalah Ir Haji Khalid Samad (51 tahun) merupakan Timbalan Pesuruhjaya Pas Selangor 1. Beliau yang mempunyai ijazah dalam kejuruteraan bahan api adalah adik kepada Datuk Shahrir Samad, tokoh Umno dari Johor. Pada tahun 1987, Khalid Samad pernah ditahan ISA namun dibebaskan kerana abangnya Shahrir Samad bertanding sebagai calon bebas menentang BN dalam pilihan raya kecil Johor Bahru. Pilihan raya kali ini adalah kali kedua beliau bertanding di Parlimen Shah Alam dimana pada 2004 beliau kalah dengan majoriti 11,410 undi. Di kerusi Dun Kota Anggerik, calon PKR dipertaruhkan iaitu Tuan Haji Yaakub dan bagi Dun Batu Tiga adalah calon wanita dari PKR iaitu Puan Rodziah Ismail. Kesemua calon berjanji untuk bekerja keras bagi memenangi pilihanraya ini dan berjanji sekiranya menang mereka akan terus menerus memperjuangkan isu rakyat setempat dan akan melakukan perubahan kearah pentadbiran setempat yang lebih bersih dan berkebajikan. Calon juga menjanjikan akan satu era politik yang baru di Malaysia selepas 8 Mac ini.
Program diakhiri dengan bacaan doa untuk kemenangan calon dan juga untuk satu perubahan di Malaysia. Kata-kata dari calon PKR bagi Dun Kota Anggerik menarik perhatian saya -
Hari ini adalah Perjuangan, Esok adalah Pengharapan, Lusa adalah KEMENANGAN!!!
Feb 26, 2008
Sekitar Proses Penamaan Calon di P108: Shah Alam
Labels: Penamaan calun
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
SPR SEDIAKAN 'DAKWAT COP RANGKA'
Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) .. apakah ini ?
dayat.kiub.org
try to put any of these numbers kat senarai semak pemilih SPR
at http://daftarj.spr.gov.my/daftar.asp
801018775059
800311086231
811028045577
830416610017
841207065917
851222740019
850513106435
851117106729
850802106378
850916086838
860320145365
861101105077
860208145701
860320145357
861217145011
860126145839
87120574 015
870914105781
870418105790
871016146308
881231100432
881103750027
880505066047
880906087033
881030136332
891102740096
891129740088
890520610089
890112146416
890920076065
890403615016
910609755079
920622710069
funny isn’t it? <— bukti penipuan… pikirlah utk masa depan… omg .. orang lahir tahun 1880 - 1892 pon ade .. tua btol.. ntah2 dah meninggal dah pun written by Hedayat No2umnO - Ini bukan dakwat cop jari, tapi "DAKWAT COP RANGKA"
Labels: Belit SPR
cilok & ciplak by radenjowo 1 comments
MCA plays dirty in postering
Can you spot the giant Rocket?
colour-blind.org
MCA played dirty by covering up our giant Rocket (some 30 feet tall) erected opposte its Pandamaran office. It’s an election offence under the elelction act.
In the presence of the enforcement team from SPR, the Pandamaran village head who happens to be an MCA leader reached an agreement with me that they would take down their flaglines covering the giant Rocket after we have taken down several flaglines covering Teh’s giant billboard at the Pandamaran B school. But he subsequently failed to honour the agreement after the intervention of Mr and Mrs Teh Kom Poo (my opponent in N 47 Pandamaran). Even the SPR and Police were upset with MCA leaders’ attitude.
We left at 2am, leaving the matter with the SPR enforcement team which has failed to enforce the election rules and regulations.
As a BERSIH leader, I challenged the SPR team to take action against the Barisan Nasional candidate to prove its integrity. But they have failed miserably. (What do you expect when SPR is still under the chairmanship of Tan Sri Rashid?)
Labels: Belit MCA
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
BN UGUT PUKUL PETUGAS PAS
prihatinsubang.blogspot.com
25 Feb – tindakan Pemuda BN di Dun Paya Jaras mengepung dan mengugut untuk memukul petugas-petugas PAS yang sedang menaikkan bendera dan poster di UPU Kg Melayu menggambarkan betapa terdesaknya pihak Barisan Nasional di Dun Paya Jaras pada pilihanraya kali ini.
Menurut Ketua Urusan Ulama MTD Paya Jaras, tindakan itu ekoran dari tidak senangnya Calon BN yang merupakan ADUN di Dun Paya Jaras lepas dengan pengaruh yang ada pada calon PAS pada pilihanraya kali ini.
Pada kali ini, PAS di Dun Paya Jaras mengemukakan seorang Calon yang berjawatan sebagai seorang Peguam, disamping mempunyai kepetahan pidato sehinggakan dapat menarik perhatian sebilangan pengundi-pengundi bukan melayu dan non muslim.
Calon yang PAS Paya Jaras kemukakan adalah Saudara Khairuddin bin Osman, merupakan seorang anak muda kelahiran Selangor – http://prihatinsubang.blogspot.com
Labels: BN Samseng
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
The Conspiracy Behind May 13, 1969....
earthexplodeorg
(...) Documents declassified at the Public Record Office, London after the thirty-year secrecy rule also contain confidential memoranda written by the respective British High Commission officers in the West and East Malaysia, the British Cabinet Office, the Foreign and Commonwealth Office as well as the Ministry of Overseas Development.
They contain information gathered in the course of diplomatic meetings; private intelligence gathering by embassy staff; reports by British embassy personnel in other capitals around the world, notably Singapore, Indonesia, Thailand, China, Australia, New Zealand; choices selections of media coverage of the Malaysian riots of 1969.
Through a study on these documents, we get to know not only the reality behind the strongly censored official version of the events but also how the Malaysian riots were perceived by the officials in different capitals around the world. Together they build up a picture of disapproval by regional and other foreign capitals of the racial discrimination and slaughter of ethnic Chinese in the May 1969 events. The Indonesian regime was the only exception; indeed, we learn from the records that General Suharto was the only foreign leader to have sent a congratulatory note to the new Malaysian regime over the May 1969 affair.
In the BHC in Kuala Lumpur, the suspension of the Sarawak state elections was regretted since it was clear that this was part of the plan by the new regime in Kuala Lumpur to gain control political development in East Malaysia. We look at further documents showing how the arms lobby in Britain and Australia tried to justify giving military equipment to a country ruled by emergency decree and practicing racial discrimination. In the end, British pragmatism dictated that supporting the dominant Malay ruling party in Malaysia would serve British interest better. Dissenting British volunteers in the Volunteer Service Organisation (VSO) were given a tongue lashing for their "ignorance of racial favouritism in any racially mixed community".
The Thai press could clearly see through the racially discriminatory policies of the Malaysian regime and they were sure that the rioters of May 1969 had acted with a purpose. The views of Premier Lee Kuan Yew are always note worthy. In the records, we find that he still had hopes that the Tunku would continue to play a father figure role in the new set-up, but Razak had gone down in his esteem by playing the role of "an evil genius". The Chinese government in Beijing was more cautious since they probably did not want to create more anti-Chinese feelings in the region after the events of 1965 in Indonesia. More...
Labels: May 13th
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
RASHID Kecut Perut: Mat Sabu KOYAKKAN Nota Bantahan SPR!
Tindakan Mohd Sabu "mengoyak-ngoyakkan" nota bantahan itu cukup memalukan SPR dan ia patut diteruskan sebagai kempen membetulkan SPR agar jangan terlalu biadap dengan rakyat di negara ini!
sanggahtoksago
By TARMIZI MOHD JAM
NAIB Presiden PAS, Mohd Sabu bertindak mengoyak-ngoyakkan Nota Bantahan PAS kepada SPR apabila Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman enggan berdepan dengan calon-calon PAS ketika menyerahkan memorandum bantahan berhubung pembatalan 'duti setem' tidak sampai 24 jam sebelum hari penamaan calon.
Dalam rombongan itu, Harakahdaily melaporkan, calon Parlimen Kuala Terengganu, Mohamad Sabu; Calon Parlimen Titiwangsa, Dr Lo'Lo' Mohd Ghazali; calon Parlimen Tanjung Karang, Hanipa Maidin dan calon Parlimen Putrajaya, Mohammad Nor Mohamad yang tiba di lobi SPR meminta Pegawai Perhubungan Awam (PR) SPR membawa mereka untuk bertemu dengan Abdul Rashid.
Bagaimanapun PR SPR Sabri Said memberitahu beliau hanya dibenarkan menerima memo bantahan daripada PAS di lobi sahaja.
Kata-kata Sabri itu, membuatkan Mohamad Sabu, Hanifa, Lo'Lo' tidak berpuas hati dan mendesak Sabri untuk memanggil Abdul Rashid turun bertemu mereka atau mereka bertemu Abdul Rashid, lapor Harakahdaily lagi.
Keadaan menjadi sedikit kecoh apabila Sabri terus menegaskan beliau menerima arahan untuk menerima memo di lobi sahaja selepas beliau menghubungi Rashid melalui telefon bimbitnya.
"Sila panggil dia turun, atau kami yang naik, apa..SPR ni..biadap, pilihan raya kali ini lebih teruk dan kotor daripada tahun 2004," kata Mohamad Sabu dengan nada marah.
"Tak ada, tak ada... kami nak jumpa dia sekarang! Telefon dia sekarang atau biar kami bercakap dengan dia," tegas Hanipa Maidin.
"Sekejap cakap nak duti setem, kejap cakap tak perlu duti setem, bila Umno tidak mampu buat duti setem, SPR terus batalkan arahan itu," tambah Hanipa yang mahukan penjelasan daripada Abdul Rashid sendiri berhubung perkara itu.
"Kalau dia tak mahu jumpa kami boleh kami bercakap dengan dia atau ada mana-mana 'line' telefon di sini boleh sambungkan kepada dia, kami nak bercakap dengan dia juga," celah Dr Lo' Lo'.
"Kenapa beliau tidak mahu jumpa dengan kami, atau SPR takut untuk berdepan dengan kami, kami nak jumpa orang yang mengeluarkan arahan kepada kita, dia (Rashid) yang keluarkan surat itu jadi dia berhak untuk memberi penjelasan," kata Dr Lo'Lo'.
Keadaan bertambah tegang, lapor Harakahdaily, apabila Sabri memaklumkan kepada rombongan PAS mereka tidak akan menerima memo itu jika PAS berkeras untuk berjumpa dengan Abdul Rashid.
Bahkan Sabri turut mengarahkan beberapa pegawai keselamatan untuk menghalau rombongan PAS kira-kira 30 orang.
Atas sikap Pengerusi SPR yang enggan bertemu dengan PAS itu, Mohamad Sabu bertindak mengoyak-ngoyak kertas memo yang hendak disampaikan kepada Abdul Rashid di depan lobi kemudian melempar cebisan kertas itu di situ, lapor akhbar dalam talian tersebut.
Sebelum ini, SPR mengarahkan calon yang bertanding mendapatkan pengesahan duti setem, arahan itu dikeluarkan pada jam 3 petang hari Khamis (21 Februari 2008).
Saya turut memberikan pandangan dalam isu ini. Pada saya, ia adalah suatu strategi SPR untuk memenangkan calon-calon BN sebagai "menang tanpa bertanding" pada kadar yang lebih besar dengan peraturan "duti stem" in
Bagaimanapun, SPR juga membatalkan arahan tersebut pada tengah malam hari Sabtu iaitu beberapa jam sebelum penamaan calon.
Arahan tersebut tidak dimaklumkan kepada calon-calon pembangkang di kalangan PAS menyebabkan PAS membuat bantahan di lima kerusi Dun Marang dan Parlimen Titiwangsa kerana tidak mengetahui arahan memansuhkan 'duti setem' itu. Anda boleh baca DISINI yang tersiar pada Harakahdaily.
PAS terkejut bantahan mereka ditolak kerana 'duti setem' itu terus dimansuhkan melalui surat yang ditunjukkan oleh wakil SPR ketika penamaan calon di Marang.
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
CIJ: Biar media bebas lapor pilihanraya
malaysiakini - Pusat Kewartawanan Independen (CIJ) dan Pakatan Penulis untuk Media Bebas (WAMI) memandang berat perkembangan yang boleh mewujudkan suasana liputan media yang tidak adil dan memberi kelebihan kepada calon-calon kerajaan.
Dua kumpulan aktivis media itu mengulas pembukaan sebuah pusat media di halaman kediaman rasmi Menteri Besar Kedah, di Mentaloon, Alor Star, pada 19 Februari lalu, sepert dilaporkan di akhbar New Straits Times.
Pusat tersebut menyediakan kemudahan komputer, sambungan internet, mesin faks, bilik-bilik mesyuarat, malah makanan turut disediakan tiga kali sehari.
"Kita menghubungi pegawai petugas di situ dan diberitahu bahawa pusat tersebut disediakan untuk keselesaan wartawan yang membuat liputan majlis-majlis Barisan Nasional (BN) menggunakan kemudahan di situ untuk menghantar berita mereka dengan segera," kata pengarah eksekutif CIJ Gayathry Venkiteswaran dan pengerusi WAMI Wong Chin Huat dalam satu kenyataan bersama.
Bagaimanapun, menurut mereka, satu sumber berkata, para wartawan boleh datang ke pusat tersebut pada bila-bila masa sepanjang tempoh ia dibuka.
"Kemudahan tersebut hanya menimbulkan keraguan mengenai kebebasan kakitangan media yang menggunakan kemudahan pusat media ini (untuk membuat laporan).
"Kami berharap para editor dapat menggunakan kebijaksanaan mereka dan memastikan semua wartawan mereka (memproses berita) di pejabat mereka sendiri," kata mereka lagi.
'Gula-gula' untuk wartawan
Mereka juga memandang berat kebimbangan yang ditimbulkan oleh penulis The Sun Terence Fernandez dalam kolumnya 'Down to Earth' bahawa pada musim pilihanraya ini, terdapat individu-individu yang cuba menawarkan 'gula-gula' kepada wartawan.
"Kami ingin mengulangi di sini bahawa wartawan mesti mematuhi kod etika mereka bagi melindungi integriti dan kredibiliti mereka," kenyataan CIJ dan WAMI dipetik.
Mereka juga menggesa para wartawan yang didatangi mana-mana individu seumpama itu supaya mendedahkan sebarang cubaan untuk merasuah pihak media atau melakukan sesuatu yang melanggar piawaian etika di bilik berita.
Kebimbangan kedua, menurut mereka, berhubung akses semua parti bertanding untuk menyiarkan iklan di media.
Mereka berkata, pada 20 Februari, akhbar-akhbar Daily Express di Sabah, New Sabah Times dan The Borneo Post dilaporkan telah mula menyiarkan iklan-iklan dari Parti Progresif Sabah SAPP, sebuah komponen BN.
"Penulis akhbar The Sun Fernandez menyatakan secara terbuka dalam kolumnya bahawa akhbar tersebut akan menyiarkan iklan-iklan dari semua parti politik.
"CIJ dan WAMI menggesa media supaya melaksanakan peranannya secara adil dan kita menggalakkan parti dan calon BN supaya memanfaatkan kesediaan media tersebut untuk publisiti mereka.
Liputan tidak adil
"Kita juga memandang berat amaran Menteri Belia dan Sukan, Datuk Azalina Othman, baru-baru ini mengenai penulis blog dan penggunaan teknologi internet oleh parti-parti bukan BN.
"Kami ingin mengingatkan Azalina bahawa calon dan parti bukan BN telah diberikan liputan tidak adil oleh media arus perdana, terutama milik kerajaan, yang sepatutnya menyediakan ruang kepada semua calon.
"Oleh itu, calon-calon pembangkang perlu menggunakan sepenuhnya sumber-sumber yang ada untuk berkempen bagi menjelaskan kepada pengundi mengenai kedudukan mereka, isu-isu dan janji-janji mereka," tegas kenyataan tersebut.
Sehubungan itu, CIJ dan WAMI menggesa pihak media supaya bersikap adil sepanjang masa, terutama sewaktu musim pilihanraya sekarang.
"Akses kepada media arus perdana bukan satu monopoli BN dan kerana itu, kita menggesa kerajaan sementara sekarang supaya menghormati hak-hak demokrasi semua rakyat Malaysia untuk mendapat dan menyebarkan maklumat.
"CIJ dan WAMI sedang memantau liputan pilihanraya bersama-sama dengan Piagam 2000-Aliran dan sebuah kumpulan warga prihatin," tegas mereka.
Laporan pemantauan media tiga kumpulan aktivis ini boleh dicapai di blog 'Election 2008 - Malaysian Media Monitors' Diary' (www.aliran.com/elections/).
Tekanan media Cina, Tamil
Malaysiakini melaporkan wartawan-wartawan akhbar berbahasa Cina, Oriental Daily, telah diberikan "garis panduan" yang memihak kepada BN.
Dalam kenyataan lain minggu lalu, CIJ turut menjelaskan sebuah akhbar berbahasa Tamil, Makkal Osai, tidak dilanjutkan permit penerbitannya oleh Kementerian Keselamatan Dalam Negeri (KKDN), yang menekannya daripada memberi liputan adil dan bebas.
Oriental Daily mengeluarkan "garis panduan" itu sebagai langkah kawalan agar permitnya yang belum diperbaharui sejak Disember lalu diluluskan. Permit akhbar ini pernah bermasalah dua kali sebelum ini, pada 2002 dan 2006.
Menurut CIJ lagi, pemantauan badan itu mendapati liputan Makkal Osai menjelang pilihanraya umum ini banyak berpihak kepada BN setelah menerima tekanan akibat melaporkan isu-isu yang tidak disenangi MIC.
Labels: Belit media
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Bapa Mertua telefon SPR bantu menantu...
antikhairy
Jika SPR tidak berat sebelah,Badrul Hisham sudah menang percuma. Menantu PM yang meletakkan tarikh semalam di borang penamaan calonnya dibantah oleh Badrul yang lebih dikenali sebagai Chegubard.
Pegawai SPR hampir membuat keputusan untuk menerima bantahan. Panggilan daripada PM telah menyebabkan pegawai SPR membernarkan borang penamaan calon menantu PM diluluskan.
Begitulah pilihanraya di Malaysia, baru bermula sudah bermacam-macam penipuan. Walaubagaimanapun, Anak Jati Rembau tidak akan membiarkan menantu PM untuk menang mudah.
Nantikanlah serangan kami....
Anak Jati Rembau.
Labels: Belit Dollah, Belit Khairy, Belit SPR
cilok & ciplak by radenjowo 2 comments
APA NIH?
isuhangat.blogspot.com
Kekuasaan Allah.
Tu hari anjing,ni babi pula..Dari seberang. Belang, Manado
Warga Minahasa Tenggara (Mitra), khususnya di Desa Watuliney, Kecamatan Belang, dihebohkan atas kelahiran anak babi yang memiliki wajah dan bagian kepala mirip manusia. Tak heran jika warga kemudian berbondong-bondong menyaksikan peristiwa langka tersebut Sabtu hingga Minggu (03/02) kemarin.
Babi 'berkepala manusia' itu sendiri dilahirkan induknya Pukul 22.00 Wita, Jumat (01/02). Keesokan paginya, seorang penjaga peternakan babi milik keluarga Joutje Pondaag-Tumboybela, dikagetkan saat melihat anak bayi yang dilahirkan tersebut. Pasalnya, muka babi itu lebih menyerupai manusia.
Babi mungil itu memiliki bulu putih dengan berat 1,5 kilogram. Kalau muka, hidung dan lidah babi itu mirip manusia, namun suaranya lebih mirip monyet. Lebih unik lagi anak babi berkelamin betina tersebut memiliki dahi layaknya dahi manusia serta memiliki pusar di atas kepalanya.
Labels: Pelik
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments