Hasrat Ku Li ‘rawat’ UMNO bakal cetus pergolakan
Utusan Merapu
KUALA LUMPUR 20 Mac – Kesediaan Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah untuk menerajui dan ‘merawat’ UMNO boleh mengakibatkan pergolakan dalam parti.
Ketua Penerangan UMNO, Senator Tan Sri Muhammad Muhd. Taib berkata, keadaan UMNO hari ini sebenarnya sudah cukup mantap selepas pengumuman Kabinet baru Selasa lepas.
‘‘Niat merawat Tengku Razaleigh (Ku Li) baik. Tetapi jangan sampai hendak melawan Perdana Menteri (Presiden) UMNO pula.
‘‘Rakyat sudah beri respons setuju kepada Kabinet baru. Tugas kita untuk bersatu padu dan terus beri sokongan kepada pucuk pimpinan baru,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Semalam Tengku Razaleigh yang juga Ketua UMNO Bahagian Gua Musang telah membuat kejutan dalam sidang akhbarnya di Kota Bharu dengan mengatakan bahawa beliau bersedia bertanding sekali lagi bagi jawatan Presiden UMNO pada persidangan agung parti akan datang.
Pemimpin veteran UMNO itu berkata, jika mendapat cukup pencalonan untuk bertanding, tiada sebab baginya untuk menolak “harapan” bahagian-bahagian yang mahukan perubahan pada peringkat pucuk pimpinan.
Tengku Razaleigh juga secara terbuka menyatakan kesediaan merawat UMNO bagi memastikan parti itu tidak hilang kekuasaan dan Melayu terus dibela.
Jelas Muhammad, kenyataan Tengku Razaleigh itu membuka mata semua pihak yang tidak mahu sebarang pergolakan baru berulang di dalam UMNO.
‘‘Tengok sahaja masa lepas. Pergolakan dan pecah belah akan berlaku jika ada yang cuba bertanding dengan Perdana Menteri.
‘‘Kita tidak minat dengan pertandingan cara sebegini. Ini lebih kepada mengundang perpecahan antara kita,’’ ujarnya.
Bekas Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Sabaruddin Chik berkata, kesanggupan Tengku Razaleigh seharusnya tidak dipandang mudah semua pihak.
Oleh itu kata Sabaruddin yang juga veteran UMNO, fakta dan cara Tengku Razaleigh untuk merawat parti juga perlu diteliti semua pihak.
‘‘Kita tengok caranya merawat UMNO. Asalkan beri kebaikan kepada semua pada akhirnya,” jelasnya.
Sementara itu, veteran UMNO, Tan Sri Zaleha Ismail berkata, tentu ada jalan lain selain kesanggupan Tengku Razaleigh untuk merawat parti seperti yang diumumkan beliau semalam.
‘‘Ada cara lain untuk pulihkan parti. Mungkin cara itu lebih baik daripada kesanggupan Ku Li,” ujarnya.
Mar 21, 2008
MAT TYSON BIMBANG CAMPURTANGAN KU LI
Labels: MAT TYSON MAT THAILAND
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
DARI SKANDAL KE RASUAH DAN KINI KE KABINET
marhaen.
MUHAMMAD MUHD TAIB:
DARIPADA SKANDAL, KE RASUAH DAN KINI KE KABINET
Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi (PM Yang Dituntut Berundur) telah membentuk kabinet barunya yang dipenuhi dengan warna-warni perpecahan dalaman UMNO yang serious akibat kekalahan besar [pertama kali dalam sejarah tidak dapat majoriti 2/3 di Parlimen], lima negeri dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur jatuh ke tangan pembangkang dalam pilihan raya lalu. Dalam barisan kabinet baru yang diumumkan itu, enam menteri digugurkan termasuk Datuk Seri Rafidah Aziz dan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor [kemudian dilantik sebagai Setiausaha Agung UMNO yang baru]masing-masing memegang portfolio Perdagangan Antarabangsa dan Industri, dan Pelancongan. Dua tokoh daripada Perlis, Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad [Hal Ehwal Dalam Negeri] dan Datuk Azmi Khalid [Sumber Asli dan Alam Sekitar] turut digugurkan. Datuk Jamaluddin Jarjis [Sains, Teknologi dan Inovasi] dan Datuk Fong Chan Onn [Sumber Manusia] juga digugurkan.
Rasa tidak puas hati di kalangan pemimpin UMNO yang menang dalam pilihan raya lepas telah digugurkan atau tidak dilantik ke dalam kabinet baru itu, sebaliknya Abdullah mengambil mereka yang tidak bertanding melalui jalan belakang ‘pelantikan Senator’ sebagai Menteri dan Timbalan Menteri. Ketidakpuasan hati ini ditunjukkan secara terang-terangan oleh Wanita UMNO, Ahli Parlimen Kuala Kangsar Dato’ Seri Rafidah Aziz [pada mulanya bercadang untuk meletakkan Ketua Wanita, tetapi tidak jadi], Ahli Parlimen Kangar Datuk Radzi Sheikh Ahmad, Ahli Parlimen Jerantut, Datuk Seri Tengku Azlan Sultan Abu Bakar dan Ahli Parlimen Kimanis, Datuk Anifah Aman, masing-masing menolak pelantikan sebagai Timbalan Menteri yang diumumkan oleh Abdullah. Tengku Azlan, yang dilantik sebagai Timbalan Menteri Luar dan Anifah, Timbalan Menteri Pengangkutan dengan alasan mereka sepatutnya dilantik sebagai Menteri penuh. Sebaliknya, Abdullah melantik tiga orang Senator baru Datuk Zaid Ibrahim dan Datuk Amirsham A. Aziz sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Datuk Dr. Mashitah Ibrahim, bekas Setiausaha Parlimen Jabatan Perdana dilantik sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
Kedudukan Abdullah kini seperti duduk di bara api yang sangat panas. Beliau diasak bertubi-tubi dari segenap sudut supaya berundur. Beliau tidak dihormati oleh Sultan dan Raja-raja [isu pelantikan MB di Perlis dan Terengganu contohnya], apatah lagi di kalangan para pemimpin dan ahli-ahli UMNO serta kerabatnya dalam BN sendiri. Tahun ini, UMNO akan melalui proses pemilihan sekali lagi. Perebutan jawatan dalam UMNO akan mengucar-kacirkan perpaduan dan kita berdoa semoga UMNO menjadi bertambah lemah. Tengku Razaleigh Hamzah [Ku Li] telah menulis surat kepada semua 193 Ketua Bahagian UMNO di seluruh negara untuk memanggil satu mesyuarat khas bagi membincangkan kedudukan Perdana Menteri merangkap Presiden UMNO dan kedudukan politik UMNO masa kini. Ku Li awal-awal lagi [tidak seperti selalunya yang melewat-lewatkan pengumuman pertandingan jawatan dalam UMNO] menawarkan diri untuk merebut kerusi Presiden daripada tangan Abdullah. Adalah dijangkakan [amalan biasa UMNO] perebutan jawatan No 1 dan 2 dicadangkan oleh para perwakilan supaya tidak dipertandingkan.Apa yang menarik minat saya ialah jawapan Abdullah terhadap persoalan yang dibangkitkan oleh para wartawan. Abdullah menjelaskan bahawa semua barisan kabinetnya bebas daripada tuduhan mengamalkan rasuah dan menyalahgunakan kuasa. Katanya, beliau telah mendapatkan maklumat terkini daripada Badan Pencegah Rasuah [BPR] mengenai latar belakang semua anggota Kabinet yang diumumkannya itu. Bertambah geli hati lagi apabila Abdullah merayu semua barisan kabinetnya senantiasa menjaga nilai-nilai moral dan akhlak supaya ia dipandang mulia oleh rakyat.
Nampaknya, Abdullah masih lagi tidur dan tidak peka seperti masa-masa yang lalu. Kabinet baru itu juga menyaksikan Ketua Penerangan UMNO, Senator Tan Sri Muhammad Muhd. Taib dilantik menjadi Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. Seluruh rakyat sudah tahu dan sering memperkatakan mengenai peribadi yang dimiliki oleh Muhammad sangat buruk. Media termasuk akhbar-akhbar arus perdana ketika hendak menjatuhkan beliau daripada jawatan MB Selangor dan Naib Presiden UMNO 11 tahun lalu telah melaporkan perangai buruk Muhammad ini secara meluas] dan ketika kita di ambang PRU ke-12 lepas sekali lagi peribadi buruknya diulang tayang oleh media terutamanya media internet telah mendedahkan lebih detail dan secara lebih meluas lagi. Muhammad masih lagi berbau kebusukannya. Kebusukan Muhammad masih belum hilang lagi. Skandal, rasuah dan perolehan harta yang melebihi daripada kadar sepatutnya masih di bahu Muhammad Muhd Taib dan kerendahan moralnya sepatutnya MENIDAKKAN BELIAU DARIPADA KELAYAKAN MENJAWAT MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH.
Labels: MAT TYSON MAT THAILAND
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Mat Sabu suruh Umno demo lebih besar, lebih kerap
Abdul Halim Mohd Rashid
harakahdaily
KUALA LUMPUR, 20 Mac (Hrkh) - Naib Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu menggesa Umno mengadakan demonstrasi yang lebih besar dan lebih kerap.
"Buat besar lagi. Buat hari-hari. Lagi besar dan lagi kerap kamu buat, lagi benci rakyat kepada kamu. Senang sikit kerja kami. Tak perlu nak susah-susah ceramah sana-sini beritahu kepada rakyat siapa sebenarnya Umno," kata beliau.
Menurut Mohamad Sabu, berikutan sikap polis yang "memberikan layanan terbaik" kepada demonstrasi-demonstrasi Umno itu, beliau menerima banyak aduan termasuk dari rakyat biasa yang bertambah benci kepada kedua-dua pihak.
"Kalau kita nak buat perhimpunan aman, belum berhimpun dah kena tangkap. Tak jadi berhimpun pun kena tangkap. Tak berhimpun dan hanya bercakap kepada akhbar pun kena tangkap juga," katanya sambil mengaitkan penangkapan beberapa pemimpin pembangkang yang menyertai sidang akhbar di Parlimen sebelum ini.
"Kalau Umno buat, bukan sahaja polis tidak tangkap, malah memberikan layanan terbaik. Polis mengkastakan rakyat?
"Sikap polis terhadap Umno itu akan menambahkan lagi undi kita dalam pilihan raya akan datang, insya Allah," katanya.
Rakyat benci
Sebelum ini, katanya, rakyat bertindak mengundi pembangkang kerana pelbagai sebab.
"Ada yang undi pembangkang kerana benci kepada (Perdana Menteri yang dituntut berundur, Datuk Seri) Abdullah (Ahmad Badawi), ada yang benci sangat kepada (menantu Abdullah) Khairy (Jamaluddin), ada yang memang benci kepada Umno dan BN (Barisan Nasional), ada yang meluat sangat kepada (Pengurusi Suruhanjaya Pilihan Raya, Tan Sri Abdul) Rashid (Abdul Rahman) dan ramai yang benci polis," katanya.
Sebab itulah, katanya, demonstrasi-demonstrasi yang dibuat oleh Umno dan "pak lawak-pak lawak" parti tidak sepatutnya dikecam dan dilarang.
"Biar mereka buat banyak-banyak, hari-hari. Umno ada demokrasi, kan? Kita tak ada. Lagi pun, orang-orang Umno di Pulau Pinang, Perak dan Selangor sudah tak ada kerja sekarang. Buat demonstrasilah, nak buat apa lagi?
"Nak bela raja-raja Melayu konon, dulu siapa yang buat perhimpunan di seluruh negara hentam raja-raja Melayu? Hari ini, akhbar-akhbar Umno yang dahulunya menghentam dan menghina raja-raja Melayu berlagak sebagai pembela raja-raja Melayu kononnya.
Bunuh DEB di WPI
"Bila Abdullah bunuh DEB (Dasar Ekonomi Baru) di WPI (Wilayah Pembangunan Iskandar), mana muka-muka itu? Mana Melayu-Melayu itu? Kenapa tak demonstrasi masa itu? Rakyat sudah lama kenal siapa pembohong," katanya lagi.
Beliau bagaimanapun tidak menolak kemungkinan kerajaan Abdullah akan mengambil kesempatan dari demonstrasi-demonstrasi itu untuk menangkap pembangkang.
"Tahun 1987, Umno yang buat perhimpunan, kami (pembangkang) yang kena tangkap (dalam Operasi Lallang)".
Bendahari PAS, Dr Mohd Hatta Md Ramli pula berkata, rakyat akan melihat sendiri adakah polis akan bertindak adil.
"Kalau dengan pembangkang, dibelasah habis-habisan dengan cota, tembakan dan semburan asid. Belum berhimpun kena tangkap, tidak berhimpun pun kena tangkap. Kita nak tengok (apa tindakan polis terhadap demonstrasi-demonstrasi Umno)," kata Ahli Parlimen Kuala Krai itu yang tergesa-gesa untuk menghadiri program bersama rakyat di kawasan yang diwakilinya ketika dihubungi.
Labels: Demo Haram UMNO
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Mengapa Opah Pidah perlu letak jawatan?
matsamankati
Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas
Sebab Opah Pidah menjadi liabiliti kepada Pak Lah. Tak lama lagi, Dr. Khairudin, Calun Pas bagi Parlimen KK akan membawa kes penamaan calun kemahkamah. Pada hari penamaan calun lalu, Opah Pidah sepatutnya sudah tersingkir kerana tidak menandatangani borang pencalunan. Dua borang yang dipamerkan tidak ditandatangani. Tidak diketahui, sama ada borang yang ketiga ditandatangani selepas semua menyedari perkara tersebut, atau pun ditandatangani oleh orang lain.
Satu lagi perkara yang timbul ialah, dua orang saksi yang menandatangani borang tersebut sepatutnya menurunkan tandatangan SELEPAS calun menurunkan tandatangannya. tapi dalam hal ini, saksi telah menipu! Depa sain dulu, baru calun sain.
Pegawai Daerah yang menjadi Pengurus Pilihanraya yang menerima borang pencalunan pada hari tersebut, telah pun mengambil cuti panjang, selepas disiasat oleh polis dan BPR. Dengar cerita, besar kemungkinan, Opah Pidah akan kalah dalam kes ini. Sapa yang akan menyingkir Opah Pidah? Jangan-jangan Zaid Ibrahim.
Lagipun, hayat politik Opah diKuala Kangsar dah habis. Beliau bukan sahaja ditolak oleh orang-orang Cina dan India, malah cuba disabotaj oleh ahli UMNO sendiri.
Selepas pengumuman keputusan, Opah Pidah ada cakap kat wakil MCA dan MIC, "Lepas ni, orang Cina dan India jangan harap nak dapat apa-apa lagi!. Deepavali akan datang, jangan datang mintak apa-apa, dua kupang pun I tak bagi!".
Labels: Belit Rafidah
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
TAWARAN TERBUKA...........
Kalau mereka dah mula 'GOSTAN' apalagi yang anda semua tunggu.
BERTINDAK SEKARANG SEBELUM TERTINGGAL KERETAPI.!!Labels: Lompat parti
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Orang Asli adalah sahabat saya yang sangat setia
Selama tiga bulan saya menjalankan kerja-kerja politik di dua belas perkampongan Orang Asli di
Labels: Lubokkawah
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Mat Skodeng
penarikbeca
Menurut Setiausaha Agung Umno dan Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Adnan Mansor, pihaknya akan hantar skuad skodengnya ke Sabah dan Sarawak tidak lama lagi bagi menyiasat dakwaan kononnya parti pembangkang cuba membeli anggota parlimennya bagi menggulingkan kerajaan.
Kalau spy-spy Leman tu dapat tangkap, apa depa nak buat? Pecat dari Umno dan BN? Lagi bagus.
Dalam perkembangan berkaitan, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng semalam meminta Perdana Menteri yang dituntut berundur, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi membuat laporan polis jika mempunyai bukti bahawa parti pembangkang membeli Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) untuk menjatuhkan kerajaan.
Ketika ini, heboh khabar-khabar angin yang mendakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim menawarkan RM50 juta kepada seorang bekas menteri supaya menyertai pembangkang. Khabar angin...
Labels: Barua UMNO
cilok & ciplak by radenjowo 1 comments
Tengku Razaleigh, PM at last?
Tengku Razaleigh, or fondly known as Ku Li by Malaysians, still yearns to taste the power of being prime minister. Born in 1937, the former finance minister is now 71. But he has declared that he is still keen to fight for bangsa, agama dan negara (race, religion and country).
In one word, Ku Li is kolot-lah. Did you read his letter to prime minister Abdullah Badawi? He bemoaned that Penang has fallen to the “Chinese-based DAP”, Perak to “DAP despite that the mentri besar is from PAS” and Selangor which will be “dominated by non-Malay DAP and non-Malays from PKR despite that the mentri besar is a Malay”.
WOW! It doesn’t get any more racist than this I hope. OH NO! TANAH MELAYU telah jatuh dalam tangan kaum pendatang (Tanah Melayu has fallen into the hands of the immigrants)!
I’m surprised he didn’t add the favourite, “The Malays will always have political power.”
But in his two-page letter calling for an emergency meeting to discuss the party’s devastating performance, he warned that “Umno will not be able to represent the voice of Malays again”.
Well, in this case, I would prefer Abdullah as at least he said in the UMNO General Assembly in 2006 that UMNO was “for all”, suggesting that as the biggest party in Barisan Nasional, it had a duty to look after the interests of other “races”. This has yet to translate into policy except for the scrapping of bumiputera privileges in the Iskandar Development Region in Johor and opening up small loans to non-bumiputera small and medium enterprises (SMEs).
REFRESHER ON TENGKU RAZALEIGH and the RM2.5BIL BUMIPUTRA MALAYSIA FINANCE SCANDAL
Not directly related to him but one of Ku Li’s cronies, Lorrain Osman, who was the former BMF chairman. Notoriously known as the Carrian scandal in the early 1980s, the case involved murders, extraditions and glamorous personalities from London to Hong Kong. In the end, the alleged mastermind George Tan of the Carrian group was not convicted. Meanwhile, Lorrain is living in the very posh St. John’s Wood in London and was investigated in 2001 for some shady deals involving the Irish Taoiseach (Prime Minister) Bertie Ahern.
SO TAINTED-LAH. Can we have some FRESH FACES please? At least Anwar is not associated with financial controversies like Ku Li, Mahathir and Daim are.
Labels: Tengku Razaleigh
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Demonstrasi Umno dan sekutunya adalah kerja sia-sia.
lindunganbulan
Assalamualaikum.
Kira-kira 1,000 penyokong gabungan 12 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu berhimpun secara aman di Dataran Shah Alam di sini, semalam, bagi mendesak kerajaan negeri yang diterajui Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak mewujudkan jawatan Timbalan Menteri Besar.
Kumpulan itu juga mengemukakan menolak pelantikan wakil rakyat dari kalangan bukan Melayu untuk jawatan Timbalan Menteri Besar, mengekalkan komposisi Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) sebanyak 60 peratus daripada orang Melayu dan bakinya kaum lain.
Tuntutan lain adalah menyelar kenyataan Penasihat DAP, Lim kit Siang baru-baru ini yang mengarahkan semua 18 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) parti itu memulaukan majlis angkat sumpah pelantikan Menteri Besar baru di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar, Perak sebagai membantah pelantikan wakil rakyat Pas sebagai Menteri Besar negeri itu. Berita Harian - 20 Mac 2008.
Demonstrasi aman memanglah suatu amalan demokrasi yang dibenarkan selagi ianya tidak membawa kepada huru-hara. Lebih-lebih lagi di pihak pembangkang yang sekian lama menggunakan kaedah demontrasi ini dalam menyatakan pandangan. Sudah tentulah mereka tidak akan menghalang pihak Umno untuk menggunakan kaedah berkenaan, biar pun sebelum ini Umno mengaitkan demonstrasi dengan sesuatu yang negatif.
Namun apa yang kita lihat demonstrasi yang dianjurkan oleh Umno yang mempergunakan NGO ini adalah atas isu yang tidak wujud sebenarnya. Hanya sangkaan-sangkaan mereka sahaja. Lihatlah pada kain rentang yang mereka paparkan itu. Benarkah orang Melayu akan merempat di bumi Selangor ini sedangkan kita masih ada Sultan dan kita masih ada pemimpin-pemimpin di kalangan orang Melayu termasuk Menteri Besar sendiri?
Mereka masih lagi menggunakan isu Lim Kit Siang memulaukan majlis angkat sumpah Menteri Besar Perak sedangkan perkara itu sudah pun selesai malahan Lim telah pun mengadap sendiri Sultan untuk memohon maaf. Di Pulau Pinang pula dua tiga hari yang lepas kerajaan negeri di bawah DAP itu telah menaikkan elaun guru KAFA sebanyak RM50. Siang tadi pula kita telah menyaksikan sambutan Maulidur Rasul dapat dijalankan dengan sempurna di negeri yang diperintah oleh DAP itu malahan Ketua Menteri Pulau Pinang sendiri, iaitu anak kepada Lim Kit Siang hadir pada majlis berkenaan. Jika tuan-tuan masih ingat, Sdr Lim Guan Eng pernah dipenjarakan kerana membela maruah seorang gadis Melayu.
Jadi bolehlah dikatakan bahawa demonstrasi yang dianjurkan oleh Umno ini hanyalah kerja sia-sia.
Labels: Demo Haram UMNO
cilok & ciplak by radenjowo 1 comments
