KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Apr 12, 2008

RADIO SELANGOR FM HALANG MB BUAT PENJELASAN

“Mereka mengambil masa dua setengah tahun, melawat negara-negara Eropah, saya tengok gambar-gambarnya. Selepas dua setengah tahun masih belum dapat buat keputusan? Mereka sudah luluskan projek itu.”
Kelantankini
(...)
Melalui siaran berkenaan beliau turut berhasrat membetulkan kaedah pemberitaan berat sebelah oleh pihak media terutama berkaitan projek ternakan babi bersepadu yang disensasikan pihak media.

Katanya beliau telah menunggu selama dua setengah minggu untuk merealisasikan hasratnya itu namun tidak diendahkan oleh pihak berkenaan.

“Malangnya kaedah pemberitaan berat sebelah itu tidak dapat diperbetulkan.

“Saya berhasrat ke udara sejam seminggu untuk ditemu ramah di radio supaya saya boleh beritahu rakyat apa visi dan program saya untuk Selangor. Saya juga mencadangkan kepada mereka supaya membuka program kepada penyertaan rakyat Selangor,” katanya.
“Sudah dua minggu setengah, jika mereka masih enggan komited, saya tidak mahu mereka berada di pejabat Selangor (bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri). Pejabat Selangor FM ada di sana dan mereka gelar diri sebagai Radio Selangor. Jika mereka gelarkan diri ‘Radio Non-Selangor’, mereka boleh cari pejabat di tempat lain, itu pandangan saya,” tambahnya.
Sementara itu Abdul Khalid meminta belia berumur antara 21 dan 35 tahun yang tidak melanjutkan pelajaran supaya mendaftar diri dengan kerajaan negeri untuk diberikan pekerjaan.

Beliau berkata di Selangor terdapat 18 pusat latihan kemahiran yang tidak berapa aktif dan beliau mahu sebanyak mungkin belia mendaftar dan diberi latihan.

Abdul Khalid berkata pensyarah dari dalam dan luar negara akan dipanggil bagi merangka modul-modul latihan yang sesuai dan diminati golongan tersebut. more...

10 JUTA UNTUK JADI MENTERI?

Active Image
Berapa Harga Kerusi Menteri Pembangunan Luar Bandar?

Malaysiatoday
Antara kita

(...)Menurut seorang menteri, Muhammad Taib membayar 'kemasukannya' semula dalam Umno itu dengan harga yang mahal. Beliau dikatakan telah menderma kepada Umno sebanyak RM10 juta. Selepas beliau bermurah itulah beliau dilantik menjadi Ketua Penerangan, kemudian diikuti dengan Senator. Dalam erti kata lain jawatan dan kedudukan yang dimiliki hari ini dibeli.

Sekiranya turur menteri wanita berkenaan benar, berapakah pula Muhamamd Taib derma untuk mendapat kerusi Menteri Pembangunan Luar Bandar yang diterimanya kelmarin. Kalau untuk jawatan Ketua Penerangan bernilai RM10 juta mungkin kerusi menteri 10 kali ganda daripada itu. Soal wang tidak menjadi masalah kepada Muhammad Taib.

Kalau beliau boleh membayar denda mutaah kepada bekas isterinya Tengku Zahariah (Ku Yah) sebanyak RM16, apalah sangat wang sebanyak RM100 juta sedangkan dengan jawatan yang dibeli itu beliau boleh membina super kilang wang yang baru.

Daripada sinerio itu maka jelaslah bahawa sesiapa yang memiliki wang banyak, mereka boleh membeli dna membidal apa saja kedudukan didalam Umno. Bukan saja setakat artis, model, bintang filem, atau jawtaan menteri, tetapi jawatan Perdana Menteri juga boleh dibeli.

Wang kini menjadi kuasa utama dalam Umno bukannya undi daripada ahli. Suara ahli sudah lama dilupuskan oleh kuasa wang atau sistem-sistem pengkuotaan untuk bertanding sesuatu jawatan. Kalau Umno yang ditangani oleh orang seperti Abdullah yang diwar-warkan sebagai cucu ulama, apalah lagi kalau Umno dikuasai oleh orang seperti Najib Razak anak bangsawan yang tidak mempunyai latar belakang ulama, keadaannya tentulah lebih parah. (more...)

MAKAN BABI, ITU HAK MEREKA - PAS

Pas sokong Selangor maju projek ternak babi

Malaysiatoday - (...) Pas menyokong keputusan kerajaan Selangor melaksanakan projek ternakan babi berkelompok bernilai RM100 juta di Sepang dengan alasan orang Islam tidak berhak menghalang bukan Islam menternak dan memakan daging babi.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan negeri, Dr Halimah Ali, berkata beliau dan dua lagi Exco Pas dalam kerajaan campuran itu menyokong penuh projek berkenaan selagi ia tidak mencemarkan alam sekitar.

"Kita tidak ada masalah, kita (Pas) sokong. Kita orang Islam hanya diharamkan daripada memakan daging babi, tetapi orang bukan Islam pula mereka makan babi, itu hak mereka," katanya.
Selain Dr Halimah yang juga Timbalan Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional Pas Pusat, dua Exco Pas dalam kerajaan campuran itu ialah Datuk Dr Hassan Ali (Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam) serta Iskandar A Samad (Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan).

Halimah yang ditemui selepas sidang akhbar sempena kunjungan hormat Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri di sini semalam, berkata Pas menyokong projek itu kerana ladang berkenaan bakal dibina dengan menepati piawaian antarabangsa.

Beliau mengulas kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan negeri, Teresa Kok, yang mengesahkan kerajaan campuran Parti Keadilan Rakyat, DAP dan Pas Selangor meluluskan projek itu pada mesyuarat Exco, Rabu lalu. more...

ANGKUH UMNO PUNCA BN HILANG UNDI - Mat Tyson

Bernama - Perasaan selesa dan sedikit angkuh yang ditunjukkan sesetengah pemimpin Umno selepas Barisan Nasional (BN) menang besar pada Pilihan Raya Umum 2004, memberikan mesej yang salah kepada kaum-kaum lain sekaligus menjadi antara penyebab undi BN jatuh ke tangan pembangkang dalam pilihan raya umum baru-baru ini.

Ketua Penerangan Umno Senator Tan Sri Muhammad Muhd Taib berkata sedar atau tidak sesetengah keputusan yang dibuat oleh pemimpin Umno menyakitkan hati kaum lain terutamanya kaum Cina dan India di Semenanjung Malaysia.


"Sesetengah pemimpin kita (Umno) bila bercakap -- sini Melayu, sana Melayu, tender Melayu dan hunus keris Melayu. Dekat luar sana bila mereka (kaum lain) tengok pemimpin kita bercakap (jadi) takut mereka tengok kita. Jadi nampak macam kita ini angkuh," katanya pada Majlis Penerangan dan Dialog Umno Petaling Jaya Selatan di sini malam tadi.


Katanya apabila sesuatu isu sensitif yang dipolitikkan menyebabkan perasaan tidak selesa dalam hubungan antara kaum, kaum-kaum lain mudah berubah kepada pembangkang yang dilihat lebih liberal dalam konsep hubungan antara kaum mereka, walaupun agenda mereka kelihatan tidak jelas.

Yang memburukkan lagi keadaan ialah apabila orang Melayu sendiri gagal memberikan sokongan penuh kepada kepimpinan BN terutamanya di kawasan pengundi majoriti Melayu, kata Muhammad yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor dan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. More...

1/3 Ahli Majlis Bukan dari PKR

Harakahdaily
(...)
"Kita telah bersedia untuk melaksanakan keputusan tersebut dengan melantik satu pertiga daripada kalangan yang bukan daripada anggota parti-parti Pakatan Rakyat," ujarnya ketika ditemui di Pejabat Menteri Besar dalam majlis ramah mesra meraikan kunjungan kepimpinan Dewan Muslimat PAS Pusat dekat sini semalam.

Menurutnya, tiada masalah untuk memilih sesiapa pun termasuk daripada kalangan pembangkang iaitu BN bagi menganggotai PBT.

"1/3 meliputi kalangan ahli akademik, profesional, badan bukan kerajaan (NGO) termasuklah pembangkang yakni BN," katanya.

Bahkan ujarnya lagi, kerajaan juga akan mengekalkan mana-mana ahli dalam PBT sebelum ini yang memberikan khidmat serta berperanan dengan baik dalam menjalankan tugas serta tidak memiliki sebarang masalah.

"Sekiranya ahli tersebut merupakan ahli BN sekalipun, tetapi jika sebelum ini beliau menunjukkan prestasi yang baik dalam menjalankan tanggungjawab dan memberikan khidmat kepada rakyat maka tiada sebab mereka tidak dikekalkan," ujarnya. more...

Projek Babi Khir Toyo : Ketua Kampung dijanjikan ufti RM10 Seekor Babi?


Bulanpenuh2012 - Bila Umno jadi pembangkang di Selangor, barulah kita sedar bahawa banyak benda yang boleh dijadikan modal untuk berdemonstrasi. Walaupun pernah menggelarkan demonstrator sebagai beruk, Khairy Jamaludi melalui Khir Toyo sebagai proksinya di Selangor, menyalurkan duit saku dan upah kerja kepada ketua2 cawangan Umno di Selangor yang sanggup untuk berdemo tak kira apa pasal sekalipun.

Leman (bukan nama sebenar), kawan lama saya masa kat UK dulu. Dah lama tak jumpa, no telefon pun entah kemana hilangnya. Tup tup buka TV tengok berita pukul 7 malam semalam (NTV7) muka dia keluar betul2 kat belakang ketua kampung yang tengah merusuh pasal projek ladang babi moden kat Sepang yang Khir Toyo luluskan bulan Januari 2008 dan kini diteruskan oleh Tan Sri Khalid Ibrahim (TSKI).

Wow! dulu dia ni pemalu betul, lar ni dah pandai demo pulak, mungkin sebab dalam 20 orang ajer pasal tu tak segan sangat.

Cari punya cari jumpa gak nombor dia kat Yellow Pages. Lepas tanya khabar terus saya tanya pasal babi. Rupanya dia AJK Umno kat Langat. Demo babi tu memang bawak rezeki bergolek kat si Leman ni.

RM2,000 untuk hadi dan bertempik ala kadar, RM2,000 lagi untuk buat banner dan poster (bijak gak Leman, beli marker pen ngan manila kad, disuruhnya budak tadika kemas melukis gambar babi, tak banyak kos, lebih Leman sapu). RM1,000 lagi untuk kumpul 15 orang budak motor. Jumlah besar RM5,000. Lumayan beb!

Budak2 motor tu leman bagi RM50 seorang campur saguhati Dunhill 20's sekotak (duit lain pulak). Ketua kampung kau tu dapat berapa, Leman? Kalau aku dah RM5,000, dia paling kurang dapat RM10,000. Berbaloi, kerja tak sampai sejam. Siapa bagi duit? KJ murah hati masa ni, Khir Toyo telefon beritau nak buat demo, cakap ajer berapa nak, mesti duit sampai punya. Siapa hantar duit? Kau bukan tak tau, budak2 JASA sekarang ni dah jadi petugas PosLaju untuk KJ kirim duit.

Rupanya si Leman ni demo nak duit ajer, bukannya ikhlas. Tapi Leman cakap, tok ketua kampung yang muncul kat TV tu memang marah betul kat TSKI.

Khir Toyo dulu dah janji, setiap seekor babi yang keluar hasil, cawangan Umno kat ladang babi tu dapat RM10/=, konon2nya memenuhi tanggungjawab CSR sykt ladang babi tu. Tup tup TSKI dah tau. Lar ni syarikat boleh derma kat tempat lain, bukan bayar cukai kepala per hasil babi kat ketua-ketua kampung yang dilantik Umno kat Selangor. Pasal ni lar ladang2 babi tradisional bersepah2 kat Selangor masa Khir Toyo dulu. Selagi tokey bayar kat ketua kampung, tiada tindakan diambil. more...

No2umnO - wak baru bertemu dengan penduduk di Sepang dan mereka berkata projek tanaman keladi untuk makanan babi dijanjikan kepada pemimpin di sana. Tak mustahillah kalau ada yang menjerit jerit apa bila projek ini dipegang oleh kerajaan baru. Kesian ..... terlepas untuk menjadi jutawan BABI Selangor.

Kerajaan Perak beri peluang penjawat awam kembali ke pangkal jalan

"Kita akan beri anda peluang yang jarang sekali...kita tidak akan panggil mana-mana agensi buat siasatan," katanya pada majlis perhimpunan kakitangan kerajaan peringkat negeri dan persekutuan di sini, Jumaat.

Beliau berkata kerajaan negeri juga tidak akan memanggil mana-mana pihak luar bagi melakukan penyiasatan untuk mengenal pasti jika wujud sebarang unsur penyelewengan di kalangan penjawat awam di bawah pentadbiran kerajaan negeri yang lepas.
Mstar - IPOH: Menteri Besar Perak, Mohammad Nizar Jamaluddin memberi jaminan bahawa kerajaan pakatan rakyat negeri itu tidak akan mengambil tindakan terhadap mana-mana penjawat awam yang terbabit dalam penyelewengan semasa di bawah pemerintahan kerajaan lepas. more...

Harga barang naik - rakyat miskin juga yang susah

dari Chua,

Surat MStar - SEKARANG harga barang naik melambung - mee kuning, yee mee kecil, yee mee besar, wantan mee, kulit wantan dan kulit dumpling, koay teow, short laksa noodle, long laksa noodle yang semuanya diperbuat daripada tepung gandum akibat harga pasaran antarabangsa yg naik melambung tinggi mengikut harga antarabangsa bagi bijirin gandum dan lain-lain lagi kenaikan dengan pelbagai chain reaction lagi.

Yang menghadapi keperitan ialah rakyat yang berpendapatan rendah dan sederhana lah. Apa lagi yang kais pagi makan pagi kais petang makan petang, tak kurang jumlah ramai nya.

Tetapi mereka yang mewah dengan hasil pendapatan dari sumber rasuah, penyelewengan, salahguna kuasa dan berbagai macam hasil sumber yg tidak halal (haram) tidak akan terasa sikit pun akan kenaikan harga barangan seperti yg sedang berlaku. Naik sampai 100% atau 200% atau 500%. mere tidak hairan. Duit sentiasa masuk - duit buta, duit haram (hot money) dari sumber-sumber hasil rasuah dan penyelewengan.

Kalau tak percaya - tanya pemimpin Umno dan kroni-kroni dan kaum puak yang ada link sama dia orang. Tidak lupa juga mereka-mereka yang berkerja makan gaji upahan dengan kerajaan seperti polis, kastam, JPJ dan banyak lagi jabatan kerajaan dan govt link companies.

Tengok saja cara dan gaya hidup mewah mereka - rumah-rumah banglo besar dengan kereta-kereta mewah bersusun mcm koleksi 'toy car' saja.

Dan ada yang lebih ketara lagi mempunyai 'helipad' lagi dikawasan kediaman mereka. Maklum sajalah sampai boleh mempunyai helicopter sendiri, pergi ke kelab golf untuk bermain golf naik helicopter sendiri ni. Bayangkanlah betapa punya kaya, bayangkanlah mereka dapat duit dari mana?

DOL

No2umnO - Terima kaseh saudara Chua....sila emailkan nick dan password anda ke radenjowo@yahoo.com dan kami akan sertakan anda kedalam senarai ahli warung botox. Wasalam

Pemimpin atas pun buat sabotaj - Ismail Ishak

MStar - Ketua Bahagian Umno Seremban dan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Lenggeng, Datuk Ishak Ismail berkata siasatan terhadap perbuatan mensabotaj parti harus meliputi semua peringkat dan tidak sahaja terhad kepada anggota peringkat bawahan.

Sabotaj terhadap parti juga boleh berlaku pada peringkat tinggi dan tidak terhad di kalangan anggota parti di peringkat cawangan dan bahagian sahaja, katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Ishak yang tidak terpilih sebagai calon pada pilihan raya umum lepas juga meminta pemimpinpemimpin tertinggi Umno mengambil kira pandangan dan suara anggota peringkat akar umbi dalam membuat keputusan.

Katanya ramai calon yang berkaliber digantikan dengan orang yang tiada rekod perkhidmatan pada pilihan raya umum lepas dan mereka ditolak oleh pengundi.

"Sudah tiba masanya pemimpin tertinggi mendengar suara orang bawahan dan tidak bergantung sematamata pada kenyataan yang dikeluarkan mereka yang berada di atas dan mempunyai akses kepada media," kata beliau.

"Sekarang apabila Umno hampir kalah...dengan mudah orang menunding jari dan menyalahkan grassroot. Ada sabotaj dari kalangan grassroot," katanya.

Ishak berkata beliau telah menghantar surat kepada Presiden Umno Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengenai rintihan anggota peringkat akar umbi dan akan menyusul dengan laporan mengandungi bukti-bukti tindakan pemimpin peringkat tinggi yang merugikan parti.

Katanya surat sama juga sedang diedar kepada Majlis Tertinggi Umno dan semua ketua bahagian Umno di seluruh negara untuk meminta mereka bersuara supaya pemimpin tertinggi sedar apa sedang berlaku, agar langkahlangkah memperbetulkan Umno dilaksanakan.

Posting terkini

Blog Archive