alhusseyn51 - Tanpa diminta nasihatnya, Bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo telah mencadangkan supaya kerajaan baru Selangor menubuhkan sebuah persatuan isteri-isteri wakil rakyatnya sendiri bagi menggantikan Balkis yang telah dibubarkan.
"Nanti persatuan baru bolehlah cari dana sendiri," demikian nasihat beliau.
“Senang sangat cara nak cari dana sepertimana Balkis lakukan ; saya sebagai boss arahkan anak-anak syarikat kerajaan negeri menderma sebanyak-banyaknya!” Mungkin begitulah jawapan Khir jika ditanya.
Sementara itu pula, sebuah persatuan baru iaitu Persatuan Isteri-Isteri Wakil Rakyat Barisan Nasional (BN) akan ditubuhkan oleh Puan Sri Asbi Rohani Asnan Hasbi, isteri Pengerusi BN Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib tidak lama lagi.Adalah dipercayai persatuan ini merupakan kesinambungan kepada Balkis itu sendiri; hanya ditambahkan dengan perkataaan 'Barisan Nasional' di hujungnya.laporan sini
Kita perlu memberikan tabik hormat kepada anak-anak syarikat kerajaan negeri Selangor yang telah menunjukan sikap yang begitu mulia, pemurah dan dermawan sekali. more...
Apr 27, 2008
RM10juta : Kejap ada, kejap tak ada
Labels: Balkis
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
DAKWAAN ANWAR CEMAR DEMOKRASI
utusanmeloya - Anggota Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Mohd. Shafie Apdal hari ini menyifatkan dakwaan penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa wakil rakyat dari Sabah dan Sarawak akan melompat parti sebagai mencemarkan sistem demokrasi yang ada di negara ini.
Beliau yang juga Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan berkata, dakwaan itu turut mempunyai unsur-unsur korupsi serta pencemaran kepada suasana politik di negara ini.
"Kita tidak pernah nafikan ia pernah berlaku di Sabah dahulu. Saya masih ingat dia (Anwar) juga ada penglibatan secara tidak langsung waktu itu," katanya kepada pemberita selepas melancarkan karnival Charming Of Vietnam di sini, hari ini. more...
No2umnO - Shafie dan Pemimpin UMNO nih tau ke pasal demokrasi? Mungkin demokrasi UMNO ada istilah lain kot?
Labels: Belit BN Belit UMNO
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Rintihan kontraktor kecil Melayu
harakahdaily - Apabila keputusan pilihan raya umum (PRU) diumumkan, barulah saya sedar betapa pihak yang diberi amanah mentadbir terlepas pandang dalam banyak isu membabitkan rakyat bawahan. Jadi tidaklah hairan kenapa berlaku tsunami politik 8 Mac lalu.
Secara jujur saya akui dapat menikmati hasil dari dasar perancangan kerajaan. Semua dasar yang digubal seperti DEB adalah baik. Namun perlaksanaan di peringkat bawahan tidak langsung diberi perhatian yang wajar dan adil.
Sejak kematian ayah, saya terpaksa membantu ibu menyara adik-adik. Sebab kurang minat bekerja makan gaji, saya berusaha mengikuti pelbagai kursus yang dianjurkan kementerian berkaitan.
Kemudian saya mohon pinjaman dari skim TEKUN sebagai modal tambahan. Kini saya dapat ruang berniaga di Putrajaya. Malangnya pelanggan masih lembab. Akibatnya, untuk balik modal pusingan bagi membayar semula pinjaman serta sewa pun belum tentu. Saya lantas berusaha memohon tender kerajaan serta syarikat berkaitan kerajaan. Tapi bila melihat syarat-syarat tender, amat mengecewakan.
Syarat-syarat tender amat memihak kepada mereka yang telah kukuh dari segi kewangan serta peralatan. Lebih menyakitkan hati adalah syarat pengalaman dua tahun, atau modal pusingan berpuluh ribu. Jadi kenapa adakan kursus dan skim bantuan, kemudian meletakan syarat yang tidak munasabah.
Jika saya tidak diberi peluang, sampai bila nak dapat pengalaman? Kenapa peluang tidak diberi sama rata. Jadi mana peluang bagi yang baru menceburi usaha? Sepatutnya, sayalah yang diberi peluang.
Saya akan usahakan juga sedaya upaya untuk mendapatkan tender. Jika sikap pentadbir masih sama, saya dan rakan senasib yang lain akan mencipta tsunami politik kedua.
Begini sekali rupanya keluhan rakyat. Siapa yang hendak disalahkan? Alangkah sedihnya bila kegemilangan yang dibina oleh Almarhum Tun Abdul Razak dan Tun Hussin Onn bakal lenyap ditelan zaman.
Semoga Allah mengutuskan kita pemimpin berwibawa seperti mereka.
Labels: Harakah
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
ALAHAI .... PANDAINYA NAJIB CAKAP
Gejala rasuah jejas integriti bola sepak
Bharian - Datuk Seri Najib Razak berkata, gejala rasuah yang berlaku dalam sukan bola sepak di Malaysia bukan saja menjejaskan integriti sukan paling popular itu, malah hasrat kerajaan untuk memajukan taraf sukan berkenaan.
Gejala rasuah itu, kata Timbalan Perdana Menteri menyebabkan penonton semakin hilang keyakinan terhadap sukan bola sepak.
Beliau mahu Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Badan Pencegah Rasuah (BPR) mengambil tindakan sewajarnya menangani isu itu. more...
No2umnO - Geli geleman tengkuk membawa ke anak tekak, bila Najib bercakap tentang rasuah ....
Labels: Belit Najib
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Balkis diminta ditarik balik pembubaran
Bharian - Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, semalam meminta pembubaran Pertubuhan Badan Amal dan Kebajikan Isteri-Isteri Wakil Rakyat Selangor (Balkis) segera ditarik balik kerana ia dibubarkan tanpa perbincangan dengan beberapa pihak dan ahli badan amal itu.
Katanya, kepemimpinan Balkis yang ketika itu diketuai isteri bekas Menteri Besar, Datin Seri Zahrah Kechik boleh dikenakan tindakan jika beliau gagal berbuat demikian.
"Saya berharap pembubaran itu ditarik balik dan jika berdegil, tindakan boleh diambil terhadap mereka oleh ahli Balkis atau penderma yang selama ini setia dengan Balkis.
"Kaedah pembubaran itu tidak mengikut tatasusila pertubuhan dan ia pasti akan mencetuskan persoalan di kalangan ahlinya yang selama ini tidak melihat sebarang masalah timbul dalam pertubuhan," katanya pada sidang media di kediaman rasmi Menteri Besar, di sini.
Mengenai tindakan Zahrah memindahkan aset Balkis bernilai RM9.9 juta ke dalam akaun Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri Menteri (Bakti), Abdul Khalid berkata, ia dilakukan tanpa mengikut undang-undang.
Katanya, Majlis Peguam menerangkan tindakan Zahrah itu salah di sisi undang-undang dan ia boleh disabitkan dengan 'pecah amanah'.
Labels: Balkis, Belit Khir Toyo
cilok & ciplak by radenjowo 2 comments
Pengusaha teksi seleweng 3,000 permit
Bharian - Lebih 20 syarikat pengusaha teksi di Lembah Klang di kenal pasti menyelewengkan kira-kira 3,000 permit yang mereka peroleh sejak 1999 dengan ‘menyewakannya’ kepada orang lain pada kadar antara RM300 hingga RM500 sebulan bagi setiap permit.
Malah, ada di antara pengusaha teksi terbabit yang menggunakan sistem sewa beli dengan mengenakan bayaran antara RM30 hingga RM50 sehari kepada pemandu.
Ketika mendedahkan kegiatan itu, Presiden Pertubuhan Pemandu dan Pengusaha Teksi/Limosin dan Kereta Sewa Malaysia, Yusof Lahir, berkata bagi mengabui mata Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), mereka akan memperbaharui permit teksi berkenaan setiap tahun.
Katanya, ada pengusaha teksi yang memperoleh 500 permit tetapi hanya mempunyai 250 teksi, sedangkan mereka sepatutnya ada 500 teksi kerana setiap permit dikeluarkan untuk satu teksi.more...
No2umnO - Lambat........
Labels: Belit BN
cilok & ciplak by radenjowo 1 comments
Do you really trust Keris-Man or Desperate Housewife?
stocktube - oday is an interesting day if you read the local pro-government newspaper theStar. I can’t remember when was the last time I paid for the hardcopy, not that I can’t afford it but because it’s not worth paying for the bulks of advertisements. I read the electronic copy which is free and I think it’s sufficient if what you need is to browse through major news. There’re two major news that attracted me, not so much of the contents because I’ve read it from other sources that had reported it earlier and theStar was merely repeated what was published, but the way how both news were prioritized.
Another English newspaper, theSun, reported on Friday how Zaharah Kechik, the wife of former theSun 10 million siphonedSelangor Chief Minister Khir Toyo, plotting to dissolve a welfare body and remove almost RM10 million from its bank accounts after her husband lost power to rule the most developed state. I was wondering if theSun didn’t expose the news on Friday, would theStar dare to publish the news the following day, Saturday. Now, the new Selangor government is seeking legal advice on the issue. more...
Labels: Balkis, Belit Khir Toyo, Belit Sam
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Cendol span Kemaman

kosmo - Rasanya macam cendol tetapi awas ia sebenarnya span yang biasanya digunakan untuk mencuci pinggan mangkuk.
Itu taktik terbaru segelintir peniaga air cendol di negeri ini yang dipercayai berbuat demikian kerana mahu menjimatkan kos perniagaan mereka.
Imej: MAT DAUD menunjukkan cendol tiruan yang diperbuat daripada span di Kemaman semalam.
Penggunaan 'cendol palsu' itu didedahkan seorang pekerja di sebuah kedai, Mat Daud Ariffin, 39, yang membeli lapan cawan cendol daripada seorang peniaga di sebuah gerai di sini, Khamis lalu.
Ujarnya, ketika itu kesemua cendol yang berharga RM1 setiap cawan, dibahagikan kepada rakan-rakan sekerja yang sedang berehat untuk makan tengah hari.
"Sedang asyik menikmati air cendol, tiba-tiba seorang rakan saya menyemburkan cendol yang diminumnya kerana merasa ada sesuatu yang tak kena.
"Selepas itu saya sendiri rasa lain macam dan meluahkan cendol yang ada dalam mulut ke tanah," katanya kepada Kosmo! Ahad di sini semalam.
Selepas meneliti bahan yang terkandung di dalam cawan itu mereka dapati ia adalah span yang dihiris halus menyerupai cendol.
Labels: Berita
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Cabul: Polis siasat CCTV hotel, saksi baru
kosmo - Selepas memanggil seorang bekas menteri yang didakwa terlibat dengan kes cabul seorang penyelia wanita kelmarin, siasatan polis kini tertumpu pada kandungan rakaman kamera litar tertutup (CCTV).
Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Abdul Samah Mad berkata, siasatan terhadap CCTV itu sebahagian prosedur biasa bagi mengukuhkan laporan siasatan terhadap kes terbabit.
“Siasatan terhadap rakaman CCTV itu merupakan sebahagian daripada proses untuk melengkapkan siasatan yang dijalankan pada kes itu,” katanya di sini semalam.
Menurut Abdul Samah, selain meneliti rakaman CCTV tersebut, polis juga akan mengambil keterangan beberapa orang lagi saksi yang mungkin boleh membantu siasatan.
Labels: Raba punggong
cilok & ciplak by radenjowo 1 comments
