KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

May 8, 2008

Isu Zon Bebas Pelabuhan Klang Hangatkan Suasana Dewan

suarakeadilan - (...) Suasana dewan yang pada mulanya sunyi menjadi hangat apabila pemimpin utama DAP itu cuba mengaitkan perbelanjaan projek pembinaan Zon Bebas Pelabuhan Klang dengan syarikat yang mempunyai kaitan dengan Ahli Parlimen Bintulu. Perkara ini telah menyebabkan pertikaman lidah berlaku antara Lim Kit Siang dengan Ahli Parlimen tersebut. Malah wakil BN tersebut telah mencabar Kit Siang untuk mengemukakan bukti di luar dewan. Namun Kit Siang dengan tenang menjawab bahawa beliau akan membawa hal tersebut di luar dewan jika Ahli Parlimen tersebut bersetuju untuknya berbuat demikian.

Dalam ucapannya itu juga, Kit Siang turut mempertikaikan tindakan kerajaan yang telah meluluskan peruntukkan bagi membiayai projek zon bebas tersebut. Menurut beliau lagi, seharusnya bagi meluluskan projek tersebut ia memerlukan sekurang-kurangnya 14 kali mesyuarat Kabinet sebelum ianya diluluskan. Hal ini disebabkan secara prosedurnya bagi setiap RM100 juta peruntukkan sesuatu projek memerlukan kelulusan daripada Jemaah Menteri. Namun tidak satupun mesyuarat diadakan bagi tujuan tersebut, tambah beliau lagi.
- baca selanjutnya di SINI....

Civil Society Groups Express solidarity with Raja Petra Kamarudin

malaysiatoday - We urge the Government to re-consider its action in pursuing what is being perceived in the country and internationally as blatantly selective and repressive persecution. The action not only runs counter to the Government's expressed promotion of a democratic, informed and participatory society. It also smacks of a renewal of the tactics of fear and intimidation which were recently resoundingly rejected by the Malaysian electorate.

We are disappointed that, despite the Government's rhetoric of learning from its past mistakes, it continues to rely on heavy handed authoritarian means to instill fear and to discourage its citizens from freely engaging in public discourse.

This action of the Government coming just a few days after World Press Freedom Day (which fell on May 3) especially makes a mockery of the Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi's expression of commitment to democratic and social reforms to promote a more open and transparent government.
- baca selanjutnya di SINI....

Parlimen Bocor lagi ... alasan lagi

Bangunan Parlimen bocor lagi
Utusmeloya - Bangunan Parlimen yang telah dibaik pulih sejak kejadian bumbung bocor pada 28 April 2005, sekali lagi mengalami insiden hampir sama, ekoran hujan lebat petang ini.

Hujan lebat kira-kira pukul 4.30 petang menyebabkan air mencurah-curah keluar daripada saluran pendingin hawa di laluan tepi Dewan Rakyat berhadapan dengan bilik Yang Dipertua.

Kejadian yang berlaku 15 minit selepas hujan lebat itu bukan sahaja mengejutkan para wartawan yang menggunakan laluan itu dari Pusat Media ke lobi Parlimen, malah ahli-ahli Parlimen yang bimbang kejadian bumbung bocor berulang.

Menteri Kerja Raya, Datuk Ir. Mohd. Zin Mohamed bagaimanapun menjelaskan kejadian berpunca daripada kegagalan saluran hujan menampung jumlah air sehingga menyebabkannya melimpah memasuki saluran pendingin hawa.

Katanya, insiden itu bukan seperti kejadian bumbung bocor yang berlaku pada sidang sebelum ini memandangkan masalah tersebut telah diatasi dengan memasang bahan kalis air (water proofing) pada bahagian bumbung yang bocor dahulu.
- baca selanjutnya di SINI....

800 ugut keluar Gerakan

Utusanloya - Kira-kira 800 anggota Gerakan cawangan Malim Jaya di sini, mengugut akan keluar parti sekiranya tindakan menggantung keahlian pengerusi cawangan tersebut, Wan Cho Yow, tidak ditarik balik oleh pucuk pimpinan parti.

Cho Yow, 61, dikenakan tindakan tersebut menerusi surat bertarikh 22 April oleh Jawatan kuasa Kerja Pusat (CWC) yang mengarahkan keahlian Cho Yow digantung pada tarikh surat berkenaan dihantar kepadanya.

Menurut beliau, tindakan keluar parti beramai-ramai oleh ahli parti terbabit didorong oleh rasa tidak puas hati mereka terhadap pucuk pimpinan yang mengambil tindakan tersebut tanpa memberi peluang kepada beliau untuk membela diri.

"Dalam surat tersebut, pihak CWC tidak memberi sebab mengapa tindakan sedemikian diambil ke atas diri saya.

"Saya diperlakukan seperti orang yang tidak berguna langsung dan tidak menyangka, selepas 10 tahun memperjuangkan kekuatan parti, ini balasan yang saya dapat," katanya kepada pemberita pada sidang akhbar di sini malam tadi.


- baca selanjutnya di SINI....

Berapa dapat BRO?

Bekas pelajar lapor polis, Selangor tak tunai manifesto
Utusanloya - Seorang bekas pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini membuat laporan polis kerana mendakwa tertipu berikutan kegagalan kerajaan campuran Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Pas negeri Selangor menunaikan janji dalam manifesto pilihan raya pada 8 Mac lalu.

Mohd. Shaid Rosli, 25, dari Simpang Tiga, Ijok, berkata, pengumuman Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk tidak menurunkan cukai taksiran sebanyak 20 peratus adalah bertentangan dengan konsep negara berkebajikan yang diuar-uarkan oleh PKR dan Pas dalam manifesto tersebut.

Beliau yang masih menganggur memberitahu, kegagalan kerajaan negeri menunaikan janji setelah berjaya memerintah merupakan satu bentuk penipuan secara bertulis dan menjadi kesalahan jenayah.

"Janji-janji Menteri Besar Selangor yang ketika itu merupakan calon wakil rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Ijok semasa berkempen merupakan suatu tindakan memperdaya rakyat seperti saya supaya mengundi pakatan pembangkang .

"Saya rasa dipermain-mainkan dan ditipu bulat-bulat kerana apa yang dijanjikan tidak ditunai setelah rakyat beri kepercayaan kepada mereka untuk memerintah," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan di Balai Polis Seksyen 7 di sini hari ini.
- baca selanjutnya di SINI....

Pemain pasukan polis sah atur perlawanan

Utusmeloya - Persatuan Bola Sepak Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan pemainnya terlibat dengan kes mengatur keputusan perlawanan dan kini sedang mengenal pasti mereka yang terlibat.

Presidennya, Datuk Ismail Omar yang juga Timbalan Ketua Polis Negara berkata, pihaknya kini sedang mengukuhkan bukti supaya tindakan undang-undang dapat diambil.

"Sehingga kini, siasatan masih diteruskan dan pemantauan rapi dilakukan ke atas mereka," katanya.

Beliau menyatakan demikian kepada pemberita selepas hadir di Majlis Perhimpunan Pegawai-Pegawai Awam sempena sambutan Hari Polis Ke-201 di Bukit Aman di sini hari ini.

Sebelum ini, sebuah akhbar melaporkan sembilan pemain pasukan polis disiasat BPR berhubung mengatur keputusan perlawanan pada 25 April lalu.


- baca selanjutnya di SINI....

UMNO@BN Benteng Sultan?

Utusanloya - Pergerakan Pemuda UMNO dan Barisan Nasional (BN) Perak diminta tampil mempertahankan keputusan Sultan Perak, Sultan Azlah Shah berhubung isu pertukaran dan pelantikan semula Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIP).

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, pihaknya akan sentiasa menjadi benteng bagi memastikan kedaulatan sultan dan raja-raja Melayu tidak diancam.

''Saya berharap pemimpin BN dan juga rakan-rakan kita di Perak terus bangkit dan menunjukkan kesetiaan mereka kepada Sultan Perak,'' katanya yang juga Pengerusi Pemuda BN pada sidang akhbar di lobi Parlimen hari ini.

Semalam, beberapa pemimpin UMNO termasuk Hishammuddin sendiri menyifatkan tindakan Pengerusi DAP, Karpal Singah terus mempersoalkan keputusan Sultan Perak berhubung isu JAIP sebagai perbuatan biadab.

Menurut mereka tindakan Karpal yang juga Ahli Parlimen Gelugor itu bukan sahaja biadab malah mencabar kedaulatan sultan.
- baca selanjutnya di SINI....
No2umnO - Benteng? UMNO dah berapa kali lawan Sultan?

APA ALASAN NAJIB ?

Tiada hasrat sekat blogger
Utusanloya - Malah, kita tidak berhasrat untuk menyekat mana-mana individu yang ingin membuka laman web, tetapi mereka perlu ingat yang negara kita ada undang-undang," katanya kepada pemberita selepas mengiringi Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah melawat Kem Iskandar di sini hari ini.

Najib berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan pendakwaan ke atas editor laman blog Malaysia Today, Raja Petra Raja Kamarudin, 58, semalam atas kesalahan di bawah Akta Hasutan 1948 kerana menerbitkan satu artikel mengenai pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu dalam laman webnya kira-kira dua minggu lalu.

Mengikut pertuduhan, Raja Petra didakwa menerbitkan satu artikel bertajuk Let's Send the Altantuya Murderers to Hell (Mari hantar pembunuh-pembunuh Altantuya ke neraka) yang mengandungi ayat-ayat menghasut di laman web http://www.malaysia-today.net.

Najib berkata, walaupun laman blog yang dikendalikan itu bersifat peribadi namun ia tetap tertakluk di bawah undang-undang negara.
- baca selanjutnya di SINI....

Sebelum itu, menurut lapuran Malaysiakini ....

bloggers solidarity for raja petra pc 070508 01Tuduhan terhadap RPK didakwa bermotif politik

Telah dikemaskini Dalam satu kenyataan hari ini, beberapa kumpulan bertindak masyarakat sivil, termasuk blogger, mendakwa tindakan tersebut bertujuan untuk mendiamkan suara-suara yang menentang penyalahgunaan kuasa.LAGI

Polis Chennai Mohon Waran Tangkap Seorang Datuk Malaysia

Bernama - Polis Chennai telah memohon perintah mahkamah bagi menangkap seorang warga terkemuka Malaysia bergelar "datuk" selepas sebuah dari syarikatnya dikatakan memperdaya beribu-ribu pelabur melibatkan berjuta rupee dalam skim piramid di India Selatan.

Sebuah anak syarikat berpangkalan di Chennai, QuestNet Enterprise India Pvt Ltd, cabang pemasaran dan edaran QI Group yang berpangkalan di Hong Kong, didakwa telah mengutip berjuta-juta rupee daripada pelabur dan berjanji membayar balik dividen pelaburan dalam bentuk syiling emas, tetapi gagal berbuat demikian.

Timbalan Pesuruhjaya Polis di sini, G.Sampath Kumar berkata polis sedang mempertingkatkan tekanan untuk membawa tertuduh utama itu ke India bagi membantu menyelesaikan kes.

Lebih 1,000 orang dipercayai kerugian akibat mempertaruhkan wang simpanan mereka dalam skim itu.

"Kami telah memohon mahkamah mengeluarkan waran tangkap bagi menahan beliau.

"Ini akan dilakukan menerusi saluran sewajarnya...kami akan dapatkan beliau dalam sebulan dua, mengikuti semua prosedur ekstradisi.

"Oleh kerana kita mempunyai perjanjian ekstradisi dengan Malaysia, adalah mudah untuk membawa beliau ke sini.

Kita perlukan beliau untuk menyiasat kes itu," ujar beliau.

Beberapa orang aktor dan aktres India selatan, dan warga terkemuka India dipercayai telah melabur jumlah wang yang besar untuk mengharapkan keuntungan segera menerusi skim syarikat itu.

- baca selanjutnya di SINI....

Posting terkini

Blog Archive