msomelayu - (...) Jamaluddin tanpa mengenali (mempedulikan) saya, terus menghampiri ke arah tempat kami bersembang. Kebetulan Setiuasaha Politik PM, Md Alwi Che Amat dan Setiausaha Politik Timbalan Perdana Menteri, Fatmi Che Salleh dan Timbalan Menteri Kerajaan Tempatan, Hamzah Zainuddin juga berada di situ mereka semua bangun bila melihat Jamaluddin dan bersalaman.
Entah apa puncanya tiba-tiba terkeluar kata-kata dari mulut Jamaluddin, yang beliau ingin lepaskan jawatan Ketua Umno Bahagian Rompin. Bukan itu saja beliau juga nak serahkan segalanya kepada orang bernama Hassan Ariffin?
Siapa dia Hassan Arifin sehingga nampak begitu marah sekali bekas menteri itu.
"Rumah aku pun aku nak serah kepada dia (Hassan), bukan setakat Ketua Bahagian," kata Jamaluddin menyebabkan kami terpinga-pinga dan tersengeh bodoh.
- baca selanjutnya di SINI....
Keterangan foto atas: Tenguklah lagak Jamaluddin dengan tangan terangkat berkata sesuatu yang diarahkan kepada Roslan tiada dalam gambar. Alwi (kanan) Fatmi dan Zainuddin hanya mendengar dengan pandir.
May 8, 2008
Kenapa Jamaluddin Marah-Marah?
Labels: Belit BN Belit UMNO, Raba punggong
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Wakil Pro Mahasiswa disiasat polis
kampusnegara - Berikutan dengan kejadian yang tidak diingini berlaku di Universiti Malaya baru-baru ini, beberapa orang mahasiswa dipanggil ke IPD Brickfields untuk memberikan kerjasama dalam siasatan polis. Kejadian vandalisme yang berlaku di dua tempat yang berbeza di UM tersebut; di Bangunan Peperiksaan dan juga di Kompleks Perdana Siswa tersebut ternyata dipandang serius oleh pihak-pihak yang berkuasa.
Saudara Shahir Abdul Aziz yang merupakan ahli MT Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya (MPMUM) dan juga saudara Mohd Hilman (Exco Kebajikan dan Luar Kampus) telah tampil untuk memberikan keterangan. Kedua-duanya mengatakan semuanya berjalan lancar dan tidak ada sebarang kejadian tidak diingini berlaku.
Selain itu, saudara YDP MPMUM sendiri, saudara Afandy Sutrisno Tanjung serta seorang aktivis PMIUM, saudara Azlan Zainal turut hadir untuk memberikan keterangan.
Siasatan bermula jam 8 malam berakhir pada 11 malam.
Labels: Belit UMNO, Parti Mahasiswa
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Kemana Reezal Mamak dan GPMS ketika Umno derhaka kepada Agong dan Sultan Terengganu?
aminiskandar - Reezal Mamak dan GPMS bising oleh kerana Karpal Singh mempertikaikan tindakan Sultan Perak berhubungan isu pertukaran Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIP). Sila klik disini.
Ketika Umno menderhaka kepada Agong dan Sultan Terengganu, dimanakah Reezal Mamak dan GPMS? Mengapa amalkan “double standard”?
Tindakan Reezel Mamak ini tidak lain dan tidak bukan adalah untuk membodek pimpinan Umno dan mengapi-apikan sentimen perkauman.
Rakyat diminta jangan terpengaruh dengan propaganda murahan GPMS. Tambahan lagi semua rakyat tahu yang GPMS tidak berpengaruh. Pimpinan tua yang berada dalam GPMS sungguh tidak “cool” dan langsung tidak menarik hati pelajar-pelajar Melayu di Semenanjung untuk menyertainya.
- baca selanjutnya di SINI....
Labels: Belit UMNO
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Cepatnya Raja Petra diseret; menteri raba punggung bila pula?
detikdaily - (...) Apa yang saya musykilkan mengenai perkara ini adalah bagaimana begitu cepat pihak polis menyediakan pertuduhan serta terus memfailkan kes tersebut dan dibicarakan di Mahkamah Sesyen. Malah terlalu mudah pula hakim membuat keputusan bagi kes ini yang dikemukakan oleh Timbalan Ketua Bahagian Pendakwaan (Polisi), Jabatan Peguam Negara, Datuk Nordin Hassan.
Kelakarnya insiden ini ialah laporan polis yang dikaitkan dengan kes ini dilakukan oleh pihak ketiga (seorang pegawai polis) yang tidak ada kena mengena langsung dengan isi kandungan artikel Raja Petra Raja Kamaruddin yang bertajuk “Let’s Send the Altantuya Murderers to Hell” yang kononnya berbaur hasutan. Malah tidak ada seorang pun penama yang disebutkan didalam artikel tersebut yang berani tampil untuk membuat laporan polis.
Apakah pegawai polis yang membuat laporan tersebut telah diarahkan oleh penama-penama yang disebutkan didalam artikel tersebut atau pegawai polis itu sendiri yang beriya-iya menunjukkan sikap terlalu “membodek”. Yang pastinya hanya Allah S.W.T dan pegawai polis itu sahaja yang tahu.
- baca selanjutnya di SINI....
Labels: Belit BN Belit UMNO, Raba punggong, Raja Petra
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
'What makes you think I don't have proof?'
NST - (...) Defiant as ever, Raja Petra challenged the government to repeal the Official Secrets Act (OSA) so that he could reveal what he claimed was evidence against his charge of sedition.
"What makes you think I don't have proof? What makes you think I don't have documents?
"If I do submit the proof behind my writing, they will arrest me under the OSA. You think I'm stupid?" he asked the assembled journalists.
Declaring war on the government, Raja Petra said the government should be afraid of bloggers.
Clad in a yellow shirt and blue jeans, the Internet-based political commentator said he was not informed of the charge against him until the last minute.
When it was suggested that it seemed as if he was courting prosecution by his repeated run-ins with the law, he replied that he did not want to be charged but had been expecting it.
- baca selanjutnya di SINI....
Labels: Raja Petra
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
DATUK SAMSENG
Pekebun kecil dipukul samseng kerana buat laporan polis dan hubungi media
MStar - (...)"Saya menjerit meminta tolong tetapi tiada siapa datang membantu menyelamatkan saya. Nasib baik, saya berjaya berlari menyelamatkan diri ke kereta saya, walaupun dikejar beberapa kilometer oleh samseng itu yang menaiki dua pacuan empat roda," katanya kepada BERNAMA di sini hari ini.
Lee, yang mengalami kecederaan di muka dan mata, mendakwa penyerangnya memberitahunya yang dia dipukul sebagai hukuman kerana mendedahkan berkenaan rampasan tanah itu kepada media.
Katanya beliau membuat laporan mengenai serangan itu di balai polis Semporna.Syarikat itu dikatakan menggaji lebih 100 pendatang tanpa izin untuk merampas tanah itu dan menghalang pekebun kecil berkenaan daripada memasuki kawasan tanah itu dengan menggunakan anjing, pedang samurai dan senapang patah.
Bulan lepas, BERNAMA melaporkan seorang pegawai kanan penguatkuasa undangundang bergelar 'Datuk', sedang disiasat atas dakwaan menawarkan "khidmat perlindungan" terhadap syarikat hartanah yang didakwa merampas 787 hektar (kira-kira 4,000 ekar) ladang sawit milik 171 pekebun kecil di Kunak.
- baca selanjutnya di SINI....
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
BARU MAHU JEMPUT?
Kerajaan Pakatan Rakyat diseru bekerjasama dalam sambutan kemerdekaanNo2umnO - Sebelum ini, UMNO dan BN monopoli hari kemerdekaan dengan bendera dan logo mereka. Apa muslihat ni ...? Susahnya nak caya. Terdesak atau ajak?
MStar - Timbalan Menteri Penerangan, Datuk Tan Lian Hoe hari ini menyeru kerajaan Pakatan Rakyat agar bekerjasama dengan Kementerian Penerangan dalam menyemarakkan semangat patriotisme di kalangan rakyat menjelang sambutan kemerdekaan ke-51 bermula 17 Ogos hingga 16 September ini.
“Saya berharap kerajaan Pakatan Rakyat dapat mengetepikan fahaman politik dan bekerjasama dengan kami, (Kementerian Penerangan) dalam menyemarakkan semangat patriotisme di peringkat akar umbi,” kata Tan dalam sidang media Jawatankuasa Kecil Penerangan dan Seranta Perayaan Ulang Tahun Kemerdekaan ke-51 di RTM hari ini.
Menurut Tan, pihak kementerian rasa tidak akan timbul masalah untuk bekerjasama dengan kerajaan Pakatan Rakyat kerana perkara tersebut merupakan satu usaha memupuk semangat nasionalisma di kalangan rakyat di negara ini.
- baca selanjutnya di SINI....
Labels: Belit BN Belit UMNO
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Jailed blogger RPK’s wife speaks of her pain
Image above: Marina Lee Abdullah with daughter in Bangsar on 28 April, 9 days before her husband’s arrest.
sloone - Tears came to my eyes when I read this message by Raja Petra Kamaruddin’s wife - Marina Lee Abdullah. Maybe sometime, somewhere, some of you have felt this way…
The last time I met her was in Bangsar on Monday, 28 April. We were full of laughter then. Today, I stand in solidarity with her:“… when freedom of speech is being brutally subverted by the present regime and false charges can be instituted against anyone who dares to demand for justice and truth.”
- baca selanjutnya di SINI....
Labels: Raja Petra, Sloone
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Elaun ketua kampung di Perak hanya RM200
malaysiakini - Seramai 817 ketua kampung di Perak kini akan hanya menerima elaun bulanan RM200 dari kerajaan negeri tanpa elaun tambahan RM400 sebulan dari Kementerian Pembangunan Luar Bandar, kata Menteri Besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.
Dengan itu, katanya, jawatan ketua kampung tidak lagi menjadi rebutan seperti sebelum ini disebabkan ganjarannya, sebaliknya jawatan itu akan diisi oleh mereka yang benar-benar jujur untuk berkhidmat kepada masyarakat.
Katanya, ketua kampung yang baru juga tidak lagi akan dibenar melaksanakan sendiri pelbagai projek pembangunan di kawasan masing-masing seperti sebelum ini, demikian menurut laporan Bernama.
"Projek-projek ini akan dilaksanakan mengikut kaedah-kaedah tertentu dan bukannya diserahkan kepada ketua kampung untuk melaksanakan dan menentukan kontraktor mana nak buat. Jadi, ketua kampung tidak mempunyai banyak projek untuk mereka melaksanakannya seperti sebelum ini.- baca selanjutnya di SINI....
"Itu sebab dulunya jawatan ketua kampung itu dicemburui, orang nak (jawatan) ketua kampung tapi di sini konsep ketua kampung itu adalah satu amanah, bukan banyak sangat ganjaran," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan negeri di Ipoh hari ini.
Labels: MB Perak
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
