KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

May 8, 2008

DATUK SAMSENG

Pekebun kecil dipukul samseng kerana buat laporan polis dan hubungi media
MStar - (...)"Saya menjerit meminta tolong tetapi tiada siapa datang membantu menyelamatkan saya. Nasib baik, saya berjaya berlari menyelamatkan diri ke kereta saya, walaupun dikejar beberapa kilometer oleh samseng itu yang menaiki dua pacuan empat roda," katanya kepada BERNAMA di sini hari ini.

Lee, yang mengalami kecederaan di muka dan mata, mendakwa penyerangnya memberitahunya yang dia dipukul sebagai hukuman kerana mendedahkan berkenaan rampasan tanah itu kepada media.

Katanya beliau membuat laporan mengenai serangan itu di balai polis Semporna.
Bulan lepas, BERNAMA melaporkan seorang pegawai kanan penguatkuasa undangundang bergelar 'Datuk', sedang disiasat atas dakwaan menawarkan "khidmat perlindungan" terhadap syarikat hartanah yang didakwa merampas 787 hektar (kira-kira 4,000 ekar) ladang sawit milik 171 pekebun kecil di Kunak.
Syarikat itu dikatakan menggaji lebih 100 pendatang tanpa izin untuk merampas tanah itu dan menghalang pekebun kecil berkenaan daripada memasuki kawasan tanah itu dengan menggunakan anjing, pedang samurai dan senapang patah.
- baca selanjutnya di SINI....

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive