KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jul 23, 2008

Cuba gangguan ceramah DS Anwar gagal

Email di perolehi Mahasiswa anti AUKU

Pada 18-20 hb Julai yang lepas satu karnival telah diadakan di sebuah IPTA yang dianjurkan oleh Adun Parit Raja. Bermacam aktiviti diadakan seperti karaoke,Battle Of The Band, pameran NGO dan jualan produk masyarakat setempat. kiranya U tersebut dijadikan tempat UMNO/BN melaksanakan program bersama rakyat. pada Ahad,20 hb malamnya DSAI datang ke Parit raja mengadakan ceramah beliau..dan kebetulan Datuk Mohamed Aziz,MP Sri Gading yang menyempurnakan majlis penutup karnival.

Fiq mentor telah dijemput untuk membuat persembahan. tapi nak buat macam mana,pengaruh DSAI lagi kuat,maka berduyun-duyun la manusia datang ke ceramah DSAI yang lokasinya hanya dalam lingkungan 1km dari U tersebut..sebelum itu pada sebelah paginya pihak U tersebut telah mengeluarkan notis mengikut akta AUKU mengenai larangan mengahadiri ceramah politik ke seluruh kolej kediaman,habis felo diarahkan memantau.

Kiranya nak datang konsert xpa,jangan pergi ceramah.

Saya merasakan PR juga perlu mengadakan Karnival untuk masyarakat. cuma kita adakan pertandingan Tilawah Al-Quran,Persembahan Nasyid dan ceramah Motivasi. jangan langsung sentuh mengenai politik. Bayangkan Tan Sri Khalid berceramah mengenai rahsia kecemerlangan beliau dalam ekonomi dan 'bagaimana nak jadi seorang pemimpin yang amanah' di IPTA dalam Selangor contohnya UPM,UKM,UNISEL ke...... xpun buat di kolej2 komuniti.Bayangkan Ir Nizar memberikan ceramah rahsia kejayaan beliau dalam bidang kejuruteraan kepada pelajar mana-mana kolej2,universiti di dalam Perak. Ok x idea ni??? kita buktikan yang kita tidak menghasut pelajar. Biar pelajar pilih sendiri parti apa yang mereka sokong. yang penting ADUN PR dapat mendekati para pelajar dan masyarakat.wassalam...

Mahasiswa anti AUKU

Karpal Jangan Sentuh Soal Pas dan Umno

msomelayu | ....Perasaan kurang senang mengenai perjumpaan pemimpin Pas dengan Abdullah Ahmad Badawi sepatutnya tidak dibangkitkan. DAP juga dalam hal-hal berkepentingan perjuangan untuk mewujudkan sebuah negara bebas berlandaskan demokrasi berparlimen juga tidak memaklumkan kepada Pas. Dan Pas tidak pun melahirkan apa-apa bantahan secara langsung.

Kalau Karpal sedar sikapn pesimisnya terhadap Pas mengenai negara Islam sepatutnya beliau tidak perlu menyebut Pas. Bukankah Karpal pernah mengatakan sekiranya Pas ingin mewujudkan negara Islam Pas perlu langkah mayatnya dulu?

Dalam hal ini Pas tidak akan tunduk kepada Karpal dan DAP. Perjuangan Pas ialah untuk mendaluatkan Islam dan negara bercirikan Islam. Konsep keduanya berbeza dan kontras sekali.
Karpal juga perlu tahu Pakatan Rakyat hanya bersefahaman longgar dalam menghadapi BN dalam pilihan raya.

Tidak ada apa-apa tali yang mengikat antara satu sama lain.

Baik DAP, Pas dan PKR boleh saja mempertikaikan apa-apa juga tindakan masing-masing yang bertentangan dengan pendirian dan prinsip masing-masing dan sekiranya yang diungkitkan itu menyentuh hal perjuangan masing-masing.

Jangan Karpal Singah bersikap double standard dalam hal ini.

Hak Pas untuk berunding dengan Umno sesuai dengan landasan perjuangan Pas berdasarkan Quran dan Hadith. Perundingan itu adalah untuk kepentingan bersama yang tidak memerlukan petujuk dan formula dari DAP.... selanjutnya.

Ana-Anta Terliwat Di Jalan Bellamy

kickdefella | Mengapa PAS dan UMNO mahu hidup berdua dan mati bersama? Jawapannya ialah demi Islam dan demi Melayu. Tetapi itu semua hanya akademik sahaja, sedangkan agenda sebenarnya ialah untuk menyelamatkan kepimpinan Abdullah Ahmad Badawi.

Apa yang telah menjadi bukti ialah pengakuan kedua-dua pihak yang mereka telah berasmara didalam satu siri orgi politik di luar aturan tabii. Lantaran kerjasama PAS dan UMNO jika berlaku adalah ibarat membunuh dua ekor burung dengan satu batu. Abdullah dan Najib akan mendapat bantuan hayat dan gagah semula lantaran menamatkan kritikan ke atas kepimpinannya dan PAS akan berderai seperti kaca jatuh ke batu.

Lantas bibit-bibit awal itu sudah menekan kudrat Tuan Guru Nik Abdul Aziz untuk berkata, “Saya tidak akan bercakap pasal Muzakarah lagi selepas hari ini.”

Sebelum itu Nik Aziz berkata, sebarang muzakarah antara PAS dan UMNO perlu dihentikan segera dan jika tidak, PAS akan berpecah belah.

Apa gunanya Melayu gagah semula dan Islam bersatu jika ia tetap dipayungi oleh seorang pemimpin yang lemah? Selama manakah Melayu dan Islam akan bertahan dibawah kepimpinan yang lemah.

Kalau begitu banyak masa terluang untuk muzakarah maka bermuzakarah sahaja dengan PKR dan DAP tentang konsep pentadbiran negara Islam. Mengapa tidak diterangkan dengan jelas betapa agungnya dan betapa adilnya pentadbiran berlandaskan Islam. Bukankah itu dakwah yang lebih hebat?

Dan PAS juga boleh mendengar konsep keadilan dan ketelusan yang diperjuangkan oleh DAP. Kemudian satu titik tengah boleh dicapai.

Karpal Singh pernah berkata, langkah mayatnya dulu sebelum PAS mahu menubuhkan negara Islam. Tetapi orang-orang PAS tidak pernah melangkah mayat Karpal Singh dan Karpal Singh tidak pernah melakukan apa-apa untuk menyekat PAS dari melaksanakan konsep pentadbiran Islam di Kelantan.... selanjutnya.

Bapa Saiful cabar Anwar Ibrahim - tidak ada hubungan dengan Ezam/ Kata Raja Petra

umnoreform | ....“Anak saya mengambil sikap berani kerana benar dan beliau tanpa sebarang masalah memberi kerjasama sepenuhnya bagi membantu polis melakukan siasatan. “Anak saya juga menyatakan kesediaan dan kesanggupannya pada bila-bila masa untuk bersumpah mengikut cara Islam di hadapan ulama di mana-mana masjid demi menegakkan kebenaran, tetapi biarlah setelah polis selesaikan siasatan.

“Demi membela Mohd Saiful, saya dan keluarga menuntut dengan setegasnya supaya individu yang terbabit turut memberi kerjasama sepenuhnya dalam penyiasatan polis,” katanya dalam satu kenyataan, semalam. Kenyataan lima perenggan itu dibacakan peguamnya, Zamri Idrus, pada sidang media di sini. Turut hadir bapa saudara Mohd Saiful, dikenali sebagai ‘Uncle Pet’. Ini kali pertama keluarga Mohd Saiful mengeluarkan kenyataan sejak laporan polis mengenai kes liwat itu dibuat pada 28 Jun lalu.

Dalam laporannya, Mohd Saiful, 23, mendakwa Anwar meliwatnya di Kondominium Desa Damansara di sini pada 26 Jun lalu. Sambil menyatakan kesedihannya berhubung kejadian yang menimpa anaknya, Azlan berkata: “Mohd Saiful berkali-kali memberitahu saya dan keluarga kami bahawa beliau bertindak begini kerana kebenaran dan berdoa kepada Allah supaya menunjukkan kebenaran itu.

“Yang terpenting, saya dan keluarga memohon kepada pihak berwajib membawa individu terbabit ke muka pengadilan secepat mungkin.” Sementara itu, Zamri yang dilantik oleh keluarga Mohd Saiful sejak dua minggu lalu, mengesahkan anak guamnya kini dalam keadaan baik di bawah perlindungan polis. Beliau turut menafikan Mohd Saiful seorang homoseksual dan mempunyai hubungan dengan bekas pemimpin kanan PKR, Mohamad Ezam Mohd Nor serta beberapa orang kenamaan atau dibayar pihak tertentu. “Isu gambar Mohd Saiful dengan beberapa menteri tidak sepatutnya timbul kerana ketika itu, beliau adalah seorang pemimpin pelajar. “Gambar yang dirakamkan itu tidak ada kaitan langsung dengan kes ini dan ia tidak memberi sebarang makna kerana hanya sekeping gambar kaku,” katanya. Uncle Pet pula berkata sebagai orang Islam, mereka sekeluarga menyerahkan kepada Allah dan yakin kebenaran akan diketahui suatu masa nanti.... selanjutnya.

Percubaan Usang Khir Toyo Untuk Memecahkan PAS

malaysiawaves | ...Malangnya, pengaruh Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Pas, melalui Setiausaha Agungnya, Kamaruddin Jaafar, telah menggagalkan usaha tersebut. Saya yakin selagi Datuk Seri Anwar Ibrahim memainkan peranan penting dalam Pakatan rakyat, muzakarah tersebut tidak akan memberi sebarang kesan.”

Jelas sejelasnya, Khir Toyo sedang cuba untuk memecahbelah perpecahan PAS. Saya nak tanya Khir Toyo, adakah logik keputusan untuk menubuhkan kerajaan campuran terletak hanya di tangan Setiausaha Agung sahaja?

Untuk pengetahuan Khir Toyo, keputusan untuk tidak mengadakan kerajaan dengan UMNO di Selangor terletak di tangan AJK PAS Pusat dan Majlis Syura dan bukannya Setiausaha Agung.

Tugas Dato’ Kamaruddin Jaafar hanyalah untuk MENGUATKUASA keputusan yang telah diambil oleh parti. Itu sahaja.

Dan hakikatnya, walaupun didesak oleh Dato Hasan Ali, Presiden PAS sendiri Tn Guru Haji Abdul Hadi Awang menolak pelawaan UMNO dan menghalang Dato Hasan Ali dari menjalin hubungan dgn UMNO di Selangor.

Itulah sebabnya kerajaan campuran PAS-UMNO tidak menjadi kenyataan di Selangor.

Kita tak dengar pulak Tajol Rosli menuduh Kamaruddin Jaafar sebagai penghalang kepada kerajaan campuran di Perak. Ini kerana pelawaan UMNO ditolak mentah-mentah oleh Ustaz Ahmad Awang. Ustaz Ahmas Awang tahu beza yang mana kaca yang mana intan.... selanjutnya.

SAIFOOL: MANIFESTO BN, MUSA HASSAN DAN BERANI KERANA BENAR

marhaen | ....Mulai dari kes Saifool ini, nampaknya mana-mana warganegara merasa tidak selamat untuk tinggal di luar bersama masyarakat terbuka, bolehlah meminta POLIS DIRAJA MALAYSIA untuk melindunginya sepertimana Saifool.

Adakah perkara ini terdapat dalam sistem kepolisan?.

Dilapor juga kononnya Saifool berani kerana benar. Alangkah bertuahnya bapa kepada Saifool ini kerana mempunyai anak yang berani kerana benar.

Sebaliknya kebenaran yang hendak ditonjolkan oleh Saifool itu menimbulkan beberapa persoalan.

Kenapa ayahanda Saifool berani kerana benar membiarkan anaknya dijaga POLIS DIRAJA MALAYSIA secara tertutup ditempat sulit?.

Kenapa Saifool berlindung di bawah POLIS DIRAJA MALAYSIA sedangkan Ketua Polis Negara, Musa Hassan yang telah mengaku sanggup berbohong jika diarah oleh bossnya dalam perbicaraan kes liwat I tahun 1998 lalu?.

Ayahanda Saifool berani kerana benar sepatutnya memohon kepada POLIS DIRAJA MALAYSIA supaya anaknya hidup bebas terbuka seperti orang dewasa lain. Kenapa ayahanda Saifool takut, kan Saifool berani kerana benar!.

Kemudian redha atas apa-apa yang berlaku terhadap anaknya itu untuk hidup bebas dalam masyarakat terbuka. Kalau terjadi apa kepada anaknya dia tidak perlu bimbang sebab kalau mati pun kerana mempertahankan kebenaran balasan baik disisi Tuhan.

Kalau Saifool berani kerana benar maka keluarlah dari “perlindungan” dan hidup seperti warganegara lain seperti biasa. Malaysia adalah Negara yang selamat, aman dan makmur sepertimana disebut dalam manifesto Pilihanraya Barisan Nasional iaitu SELAMAT AMAN MAKMUR.... selanjutnya.

Apa Yang Sedang Dibuat Saiful Sekarang?

marhaen | mum sudah mengetahui bagaimana saksi kes mahkamah biasanya akan diasuh untuk duduk di kandang saksi. Mereka akan diatur cara cakap dan bagaimana menghadapi serangan peguam ketika perbicaraan berlangsung. Para pendakwaraya serta pembantunya akan membentuk saksi laksana seorang peragawati untuk berjalan cara ‘catwalk’ bagi memakukan perhatian penonton. Di sini selain dari percakapan, malah emosi serta mimik muka juga akan dibentuk. Kekadang, pegawai atau peguam pendakwa akan memberi isyarat tertentu dalam mahkamah kepada saksi semasa disoal-jawab.

Ini suatu yang lumrah sahaja dan menjadi pengetahuan umum. Malah bagi mereka yang biasa berdampingan dalam kes-kes mahkamah, apa yang saya tulis ini merupakan makan pakai hari-harinya.

Kelmarin ada sidang akhbar yang dibuat oleh Keluarga Saiful bersama dengan peguamnya. Natijah dari sidang akhbar itu menekan akan pentingnya DS Anwar memberikan sampel DNA serta hujah bapanya betapa Saiful berkata benar dan tidak berbohong. Mereka setapak ke depan dengan memainkan sentiment Islam apabila mengatakan yang Saiful sanggup tampil ke hadapan untuk bersumpah di masjid secara Islam selepas siap laporan polis dengan bersaksikan para ulama.

Kehadiran peguam kepada Saiful serta bapa saudara nya yang kelihatan lembut itu, lebih kepada perbicaraan serta pembentukan persepsi pembaca di dada akhbar. Ditambah dengan komen-komen Pak Menteri serta sidang akhbar sebegitu diharap dapat menghasilkan tanggapan yang Anwar memang bersalah meliwat saluran tahi Saiful kerana keengganannya memberikan sampel DNA. Itu sahaja.

Persoalan kenapa saiful berada di bawah jagaan dan kawalan pihak polis dijawab lewa betapa ia perlu bagi menjaga keselamatannya. Nokhtakh. Gamaknya mereka takut Saiful menjadi sasaran pengikut Anwar!

Sebenarnya, itu lah jua yang pernah dilalui saksi pendakwa dalam tuduhan liwat tahun 1998 dahulu. Azizan, Umi Hafilda malah Tan Sri Musa Hasan turut melalui proses penghafalan skrip dan penjagaan tingkah laku agar bahasa badan seiringan dengan cerita yang nak dibohongkan. ... selanjutnya.

Majlis Syura PAS bermesyuarat esok

siasah | Isu hubungan antara PAS dengan Umno dijangka akan selesai besok apabila Majlis Syura Ulamak, badan tertinggi dalam PAS bermesyuarat esok, 23 Julai di Kota Bharu.

Fokus mesyuarat ini dijangka satu sahaja iaitu isu muzakarah antara PAS dengan Umno yang sudah ditafsirkan sebagai usaha perlahan-lahan PAS untuk berbaik-baik dengan Umno dan meninggalkan Pakatan Rakyat.

Ia sudah menjadi sebegitu ekoran pendedahan yang dibuat oleh Perdana Menteri yang juga Presiden Umno, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, dia sudah tiga kali bertemu dengan para pemimpin PAS yang boleh ‘membuat keputusan’.

Mursyidul Am PAS (Pengerusi Majlis Syura), Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dijangka akan mempengerusikan mesyuarat yang akan diadakan petang esok di JKR 10, kediaman rasmi Menteri Besar Kelantan itu.

Ia juga bakal disertai oleh Timbalan Mursyidul Am, Datuk Dr Harun Din dan juga anggota Majlis Syura yang lain.

Antara anggotanya adalah Presiden PAS sendiri, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

CSI - Kuala Lumpur

cursingmalay | ....Hari tu sebab takde keje sangat aku pun layan la CSI New York.Kes dia hari tu melibatkan satu kes yang mana wujud kembali kes yang sama seperti kes Amityville House yang pernah terjadi kat US dulu.Kepada yang tak berapa tahu pasal kisah ni,kisahnya,satu rumah yang ada dekat daerah Amytiville ni dikatakan didirikan di atas satu tapak perkuburan Red Indian satu masa dulu.Jadi rumah ni berpenunggu.

Apa yang mempopularkan rumah tu adalah terjadinya kes seorang bapa telah membunuh semua ahli keluarganya (bini,anak-anak) dan last sekali menembak dirinya sendiri.Dalam CSI tu,kes yang sama telah muncul kembali di mana sebuah keluarga telah mati ditembak oleh bapa mereka di sebuah rumah di daerah yang sama.

Dalam penyiasatan kes tersebut,diorang telah memeriksa satu lorong rahsia di dalam rumah tersebut.Periksa punya periksa terdapat kesan kulit ke darah tah yang diorang jumpa dekat lorong ni.First,kita tahu siri CSI ni dibuatkan berdasarkan fakta (kecuali beberapa part) dan apa yang diorang temui dalam lorong tu adalah DNA seseorang.

Bawak balik lab,apa yang diorang dapat tau dari DNA tu?DNA tu adalah kepunyaan seorang perempuan,ibu kepada pembunuh dan yang mengejutkan mereka ialah DNA tu sepadan dengan satu lagi DNA yang baru mereka jumpai.Kiranya ada dua sampel DNA,satu baru lagi dan satu lagi yang dijumpai di lorong rahsia tersebut yang dah berusia 30 tahun!... selanjutnya.

Posting terkini

Blog Archive