malaysiakini | Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim muncul sebagai pilihan popular untuk menjadi perdana menteri, diikuti oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, demikian menurut hasil tinjauan pendapat oleh Merdeka Center.Hasil tinjauan tersebut menunjukkan 40 peratus memilih Anwar manakala Najib memperolehi 34 peratus. Manakala satu perempat responden tidak dapat memilih atau yakin dengan kedua-dua calon tersebut.
Dalam soalan berasingan, 39 peratus bersetuju Najib boleh menjadi perdana menteri hyang baik, manakala 44 peratus lagi tidak bersetuju.
Ini dianggap sebagai satu berita baik untuk timbalan perdana menteri itu walaupun ketinggalan di belakang Anwar kerana peratusan penerimaannya sebagai perdana menteri telah meningkat lima peratus berbanding dengan tinjauan pendapat Julai lalu. Manakala peratusan untuk Anwar pula turun tiga peratus.... selanjutnya.
Sep 30, 2008
Anwar yang terbaik
Labels: Anwar Ibrahim, Belit Najib
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
"Saya tak pernah lompat" Abdullah
klpos | Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menafikan bahawa beliau akan mengambil cuti berikutan keputusannya untuk mengawalkan peralihan tampuk kepimpinan parti dan kerajaan.
"Saya akan bercutikah? Macam mana anda tahu?
"Tidak. Saya tidak akan bercuti. Saya ada banyak kerja untuk dibuat," kata beliau selepas mempengerusikan mesyuarat khas Majlis Tertinggi Umno di sini pagi ini.
Mesyuarat itu juga memutuskan untuk menangguhkan Perhimpunan Agung Tahunan Umno dan pemilihan Disember ini sehingga Mac depan.
Abdullah dilantik sebagai Perdana Menteri dan memangku jawatan Presiden Umno pada Oktober 2003.
Beliau turut ditanya sama ada bersedia melakukan pengorbanan demi kebaikan dan kepentingan parti dengan melepaskan jawatan yang disandangnya.... selanjutnya.
Labels: Alahai Dollah
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
PM must be brave to reform before quitting - Kit Siang
malaysianinsider | ...“Accept the Umno Supreme Council ultimatum that his premiership ends by March next year but ending his hitherto lacklustre premiership in a blaze of glory in the final six months by leaving a lasting legacy for future Malaysians by being a courageous reformist Prime Minister,” Kit Siang told the crowd at a ceramah in Serdang.
The text of his speech was sent out today.
Kit Siang said Abdullah can begin his six-month programme of reform in the next Cabinet meeting by choosing to act in at least 10 areas, which are:-
1. Police – Establish the Independent Police Complaints and Misconduct Commission (IPCMC) by the end of the year, based on the Bill proposed by the Royal Police Commission, in order to create an efficient, incorruptible, professional world-class service to restore to Malaysians their fundamental freedom to be free from crime and the fear of crime.
2. No more foot-dragging with judicial reforms by ensuring that a Judicial Appointments Commission is established by the end of the year and that the country is not plunged into another era of judicial darkness and scandal with the appointment of the first Umno Chief Justice in the 51-year history of Malaysia.
3. A total revamp of the Anti-Corruption Agency, which has proved to be an utter failure with Malaysia's Transparency International Corruption Perception Index plunging from No. 37 in 2003 to No. 47 in 2008, when we should have improved to at least No. 30 according to the National Integrity Plan – with the formation of a completely independent anti-corruption commission by the end of the year.
4. Far-reaching parliamentary reforms including the introduction of a full-fledged Parliamentary Select Committee system whereby every Ministry is shadowed by a Parliamentary Select Committee.
5. Repeal of draconian Printing Presses and Publications Act to ensure press freedom and an independent media.
6. Immediate release of Raja Petra Kamaruddin, the Hindraf Five and all other Internal Security Act detainees and the repeal of the ISA.
7. Declaration of Malaysia Day on September 16 every year as a national public holiday.
8. 20% oil royalty to Sabah and Sarawak to be devoted solely for the development of the people in the two states and not for the enrichment of a handful of political parasites.
9. Meritocracy as a national policy to reverse brain drain and to retain the best and brightest to transform Malaysia into a competitive global player in the international economic scene.
10. Full acceptance of “Bangsa Malaysia” as primary nation-building objective and not ketuanan Melayu or any other communal, retrogressive or obsolete concept..... selanjutnya.
Labels: Alahai Dollah
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Sep 29, 2008
Khalid Ibrahim.... Sila letak jawatan !!!
umnomore | .....Bermula dengan keadaan ekonomi negeri membawa kepada bermacam peristiwa, kelihatan rancangan UMNO untuk menjatuhkan kerajaan pakatan Rakyat sudah kian mencapai wawasan. Yang pasti baru baru ini timbul pula isu runtuhan kuil di Ampang yang akan menjadi isu berat kalau tidak di tangani dengan bijaksana.
Walaupun dengan jelas Ahli Parlimen kawasan tersebut, YB Zuraidah Kamaruddin, cuba membuat penerangan DI SINI, tapi sudah menjadi lumrah, media arus perdana cuba memutarbelitkan berita sehingga sebahagian kaum Hindu yang percaya dengan berita berita tersebut, menjadi marah. Berita perletakan jawatan MP Kapar, S. Vanikavasagam, telah turut menghangatkan isu tersebut. ...seterusnya.
Labels: Khalid Ibrahim
cilok & ciplak by radenjowo 5 comments
Umno hukum 10 ahli termasuk 3 tahun digantung
BEKAS Ketua Bahagian Umno Rantau Panjang, Datuk Mohd Zain Ismail (tengah) ditemu ramah wartawan berhubung tindakan yang dikenakan terhadap dirinya oleh Lembaga Disiplin Parti ketika tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) di sini, hari ini. Mohd Zain menganggap keputusan untuk menggantungkannya sebagai keterlaluan kerana beliau menyifatkan perbicaraan terhadapnya adalah kurang adil dan terdapat elemen sabotaj oleh pengadu untuk mendapatkan jawatannya berikutan mesyuarat pemilihan Umno bahagian akan berlangsung mulai 9 Oktober ini di seluruh negara. -fotoBERNAMA
MStar |
Lembaga Disiplin Umno memutuskan seramai 10 ahli parti itu bersalah kerana terbabit dengan rasuah politik dan sabotaj parti.
Seorang daripada yang tertuduh diberi amaran manakala sembilan anggota lain dikenakan hukuman digantung keanggotaan selama tiga tahun atau satu penggal pemilihan bermula 22 September lalu.
Tertuduh yang terbabit terdiri daripada ahli Umno Bahagian Kota Tinggi, Rantau Panjang dan Tanah Merah.
Ia diumumkan oleh Pengerusi Lembaga Disiplin Umno, Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail hari ini.
Senarai ahli diputuskan hukuman
- A. Malek Daing A. Rahaman (Kota Tinggi) - Perkara 5.1.2, 5.3 & 5.5 Kesalahan (Tataetika ahli)
- Mohamadon Abu Bakar (Kota Tinggi) - Perkara 5.1.2 & 5.5 Kesalahan (Tataetika ahli)
- Musa Ngaman (Kota Tinggi) - Perkara 5.1.2 & 5.5 Kesalahan (Tataetika ahli)
- Muszaide Makmor (Kota Tinggi) - Perkara 5.1.2 & 5.5 Kesalahan (Tataetika ahli)
- Mohammad Taha Madon (Kota Tinggi) - Perkara 5.3 & 5.5 Kesalahan (Tataetika ahli)
- Datuk Mohd Zain Ismail (Rantau Panjang) - Fasal 20.8(B) dan (C) Perlembagaan Umno dibaca bersama dengan Perkara 3.1.2 & 3.1.4 Tataetika Ahli Umno
- Ghazali Ismail (Rantau Panjang) - Fasal 20.8(B) dan (C) Perlembagaan Umno dibaca bersama dengan Perkara 3.1.2 & 3.1.4 Tataetika Ahli Umno
- Fauzi Omar (Rantau Panjang) - Fasal 20.8(B) dan (C) Perlembagaan Umno dibaca bersama dengan Perkara 3.1.2 & 3.1.4 Tataetika Ahli Umno
- Pauziah Che Wook (Rantau Panjang) - Fasal 20.8(B) dan (C) Perlembagaan Umno dibaca bersama dengan Perkara 3.1.2 & 3.1.4 Tataetika Ahli Umno
- Datuk Ismail Hassan (Tanah Merah) - Perkara 5.1.2 & 5.5, dan Fasal 20.8(B) dan (C) Perlembagaan Umno dibaca bersama dengan Perkara 3.1.2 & 3.1.4 Tataetika Ahli Umno
Kes sabotaj parti iaitu melanggar peruntukan Fasal 20.8 Perlembagaan Umno dibaca dengan Perkara 3 Tataetika Ahli Umno dan rasuah politik pula diputuskan mengikut Perkara 5 Tataetika Ahli Umno.
Ahmad Rithauddeen berkat... selanjutnya.
Labels: Rasuah BN
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
SMS MP Kapar letak jawatan PKR Selangor
Mstar | ...Sebelum kerajaan negeri Selangor pimpinan Pakatan Rakyat dikatakan telah memberi jaminan tidak akan merobohkan rumah ibadat tanpa kebenaran kerajaan negeri.
Usaha untuk menghubungi Manikavasagam gagal sehingga tengah hari tadi.
Dalam pada itu, ahli Majlis Tertinggi PKR, N. Gobalakrishnan dan Ketua Penerangannya, Tian Chua menafikan yang Manikavasagam telah keluar parti.
Kata mereka, memang ada SMS sedemikian tetapi menafikan Manikavasagam telah keluar daripada PKR.
Gobalakrishnan berkata, beliau yakin Manikavasagam tidak akan meletakkan jawatan.
"Saya ada bercakap dengan beliau dua hari lalu, jangan percaya pada SMS ini," katanya.
"Saya tidak tahu mengenainya dan tidak percaya beliau akan berbuat demikian," kata Tian Chua. Semalam, Exco Kerajaan Negeri Selangor, Dr. A. Xavier Jayakumar mengesahkan Kuil Sri Mahakaliamman di Kampung Tasik dirobohkan oleh MPAJ awal bulan ini walaupun dinafikan pemimpin PKR sebelum itu.... selanjutnya.
Labels: SMS
cilok & ciplak by radenjowo 1 comments
Balik kampung rush badly hit as pumps run dry in KL
Star | The balik kampung rush for Hari Raya turned chaotic in the Klang Valley as many motorists who wanted to fill up their tanks were faced with “out of stock” signs at pumps.
The petrol stations that ran dry were mostly Shell stations but some motorists also complained that several BHP stations here had run out of supply citing “computer glitches” and pump problems.
An operator of a petrol station in Kuala Lumpur said if there is no fresh supply soon, he may have to stop operating by today.
Although most cases were reported in the Klang Valley, there was a report from Johor Baru of at least one Shell station running out of supply. There was no shortage at Petronas stations and other petrol stations.... selanjutnya.
Labels: Minyak naik
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Isu habuan seks - KeADILan sokong pecat Zul Hassan
harakah |
Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) menyokong keputusan Kerajaan Negeri Perak untuk memecat Ahli Majlis Daerah Perak Tengah, Zul Hassan ekoran kenyataannya yang mengaku terima habuan khidmat seks tetapi disifatkan sebagai "sedekah".
Kenyataan sedemikian telah memperlekehkan usaha Pakatan Rakyat ke arah pembentukan sebuah kerajaan yang menghormati kepercayaan rakyat.
Bagaimanapun, tindakan Kerajaan Negeri Perak yang pantas dan tegas dalam menangani isu ini memperlihatkan kesungguhan Pakatan Rakyat bagi memastikan pegawai kerajaan benar-benar berpegang pada etika dan moral, dan bukan sekadar cakap kosong.
Zul Hassan yang juga ahli KeADILan akan dihadap ke Jawatankuasa Disipin parti untuk menjelaskan kenyataannya yang menyamakan habuan seks dengan "sedekah".
KeADILan berpendirian bahawa amat penting untuk pegawai tinggi berkelakuan baik agar menjadi teladan generasi muda. Maka kami menyokong penuh tindakan yang diambil ke atas Zul Hassan dan tindakan selainnya yang diambil ke atas sebarang salahlaku asalkan terdapat bukti kukuh.
Kami tidak akan bertoleransi dalam isu salahlaku yang melibatkan mana-mana pegawai kerajaan, tanpa mengira parti dan jawatan, sebaliknya mengatasinya dengan serius.
Akhirnya kami ingin mengesahkan bahawa Mohammad Imran Abdullah yang juga terlibat dalam skandal seks tersebut bukan ahli keADILan.
DATO' SERI DR WAN AZIZAH WAN ISMAIL
Presiden
Parti Keadilan Rakyat.
Labels: sedekah seks
cilok & ciplak by radenjowo 2 comments
UMNO lahirkan spesis baru "MAWAN"
Wahai UMNO ... !!!
Ni la undang undang yang korang muliakan ... ISA.
Ramai yang sokong UMNO beerti sokong ISA.
Jangan nak dolak dalik lagi ....
Kalau lah setuju ISA di guna pakai ... maka penyokong UMNO adalah lebih buruk perangai dari YAHUDI Sendiri.
Menjelang Syawal ini... korang pikir lah baik baik ... sokongan kalian pada UMNO adalah sokongan untuk terus menggagalkan perubahan negara kepada satu cara yang berbeza. Buruk atau baik kemudiannya adalah soal lain, sekurang kurang kita berusaha. Apa yang UMNO dah buat? Buktinya 51 tahun .... ISA terus di guna pakai.
Pikirkan nasib anak isteri mangsa ISA ni. Ntah raya atau tidak, ntah makan atau tidak. Ntah berpendidikan atau tidak.
Atau UMNO memang berjaya melahirkan jenerasi yang kurang akal dan tiada perasaan. Spesis baru, 'MAWAN' ... singkatan 'Manusia dan Haiwan'. Cuma peratus Haiwan tu lebeh sikit kot ...ke ekor pintal ...
Baca artikel pilu dibawah ...
7 tahun tak dibenar Solat Jumaat di Masjid.
lailagmi | ... tahanan ISA yang di tuduh dan di label sebagai ahli Jemaah Islamiyyah, adalah antara mereka yang telah dikurung sejak awal tahun 2002. Bagi tahanan ISA tersebut,tujuh tahun mereka dinafikan hak untuk mendapat perbicaraan di mahkamah diikuti penafian pelbagai hak asasi yang lain.Media tidak pernah menyatakan bahawa tahanan ISA ini hampir tujuh tahun tidak dibenarkan pergi ke Masjid untuk menunaikan Solat Jumaat. Di bulan Ramadan , mereka juga tidak dibenarkan solat berjamaah sebagaimana rakyat Malaysia yang merdeka. Manakala Solat Sunat Aidil Fitri di lakukan bersama-sama tahanan Muslim di sebuah gelanggang badminton dengan pengawasan ketat pasukan keselamatan Kem.
Menteri Dalam Negeri bencikan amalan Islam.
Inilah cara Menteri Dalam Negeri untuk “menghakimi dan mengadili” tuduhan yang di lemparkan keatas semua tahanan yang di dakwa ahli “JI” itu. Sebab itulah ISA digunakan keatas mereka , tujuannya untuk memudahkan Menteri berkenaan memperlakukana apa saja keatas manusia yang dijadikan mangsanya termasuk menghalang mereka melakukan ibadah khusus kepada Allah SWT....selanjutnya.
Labels: Abolish ISA
cilok & ciplak by radenjowo 6 comments
