KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Oct 8, 2008

Pak Lah bakal bertanding

Kepada yang suka sangat berangan untuk tidak membenarkan Pak Lah bertanding pada pemilihan akan datang, sila lupakan angan angan tersebut. Pak Lah dan orang orang nya dah rancangkan sesuatu ....

Lebih 30 wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berhimpun secara aman di depan pekarangan kediaman rasmi Perdana Menteri di Seri Perdana, di sini, sejak awal pagi ini bagi menyatakan sokongan terhadap kepemimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Mereka yang berkumpul sejak jam 7.15 pagi adalah terdiri daripada Alumni Kelan Umno Luar Negara, Pertubuhan Kebajikan Insan Bakti (PERKIP) dan Pekida. - Bharian
Wakakakakakk ..... Kita tunggu pengumumannya hari ini. Betul kata Mahathir, Pak Lah takkan berundur ... dan hari ini ... "Atas sokongan akar UMNO saya akan mempertahankan kerusi Presiden UMNO" .... Kah Kah kah .... bakal ada yang hantuk kepala kat dinding la ....

Pak Lah dan minyak takkan turun !!!

Rasuah atau upah?


utusan |Wartawan Utusan Malaysia, Khairuddin Mohd. Amin hari ini menerima kejutan apabila anugerah tiket penerbangan percuma seumur hidup oleh syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia Berhad (AirAsia).

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia, Datuk Seri Tony Fernandes berkata, pemilihan Khairuddin yang merupakan Penolong Pengarang Ekonomi Utusan Malaysia dibuat kerana liputan berita dan artikel beliau yang banyak membantu perkembangan syarikat berkenaan.

‘‘Dengan itu, beliau layak menggunakan penerbangan AirAsia pada bila-bila masa untuk semua destinasi sepanjang hayatnya,’’ katanya pada majlis penyampaian hadiah itu di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) di sini.... selanjutnya.

Anwar di bidas kerana pertahankan Hindraf

Utusan | Beberapa ahli Parlimen hari ini membidas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana mempertahankan tindakan pertubuhan haram Hindraf pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Perdana Menteri dan menteri-menteri Kabinet di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) baru-baru ini.

Mereka dalam masa yang sama turut melihat bahawa kenyataan Anwar itu bukan sesuatu yang mengejutkan memandangkan Hindraf diketahui umum sebagai penyokong kuat kepada Anwar.

Sehubungan itu, kata mereka, atas dasar tersebut, Anwar dilihat akan melakukan apa sahaja bagi membela penyokongnya kerana pemimpin pembangkang itu sememangnya seorang yang terdesak.... selanjutnya.

no2umno - Hindraf bukan rakyat?

Persetan dengan pemilihan UMNO

UMNo mahu kembali di pulihkan? Jauh panggang dari api.

Raya ni aku berkesempatan bertemu dengan beberapa orang lama UMNO. Diorang ni hardcore sampai sekarang. Kalau boleh mati nanti pun nisan nak letak logo UMNO. Gua tak lawan, gua layannnnn .. sebab nak tau apa masalah diorang.

Menurut kata diorang, Pemilihan UMNO ini adalah musim cari duit. Bagi orang bawah, musim pemilihan adalah musim menuai. Hasilnya boleh makan setahun beb.

Jadi peruntukan dan rasuah politik sekarang sedang rancak. Korang tau kenapa Mahathir kata Khairy boleh cantas Mukhriz? Kenyataan itu di buat sebab antara UMNO kesan adanya rasuah politik yang sedang berlaku. Kalau tak silap .... sekitara RM150 ribu peruntukan untuk setiap bahagian. Kalau UMNO kata tiada politik wang, aku berani potong jari. Bukan soal ada atau tidak, tapi soal mahu bertindak atau tidak.

Bukan senang nak cari bukti sebab, yang menerima dan memberi rasuah takkan mahu pecah lobang.

Pokoknya ... musim pemilihan uMNO adalah musim pelaburan. Jumlah pencalunan tak menentukan kejayaan. Yang penting fulus. Ada fulus, lulus.

Apa yang orang tua UMNO ni kata .... walaupun pencalunan lebih dari 70%, keputusan nanti akan berubah mengikut jumlah pelaburan yang dibuat. Kalau banyak boleh menang, lagi banyak .... gerenti menang. Bijak tak bijak, tunggul tak tunggul pemimpin itu bergantung kepada jumlah pelaburan. Tunggul pun boleh jadi pemimpin, kalau fulus ada.

Zaman kejatuhan UMNO berlaku di waktu Mahathir memerintah dulu. AKu tak nak nafikan, Mahathir memang bijak. Tapi bijaknya membawa kepada kehancuran. Dia bijak gelembong, berlakun, sandiwara, sinetron, percaturan, ekonomi, berucap, perkauman dan macam macam lagi. Tapi kebijaksanaannya memakan diri. Tu sebab, Mahathir tidak di jatuhkan, tetapi jatuh kerana ucapannya sendiri. "Dah lam dah !!!" huhuhuhu.... itu lah ucapan yang membawa kepada kejatuhannya. Dia tak perlu orang singkirkan, dia tersingkir gara gara egonya sendiri.

Bila dia berundur ... dia pilih Pak Lah ... yang kononnya dulu ikut apa kata Mahathir. Bila Pak Lah memerintah, dia berubah. Sekarang Mahathir tepuk dahi. Tak semua orang yang dibayar nya dulu, tunduk pada nya. Baru dia tahu, duit bukan lah segala gala. Duit tidak boleh beli jiwa dan raga. Duit tak boleh beli cinta.

Orang yang di naikkan ketika pemerintahan nya dulu adalah orang yang suka ikut cakap. Diorang cukup bijak berpolitik. Berpaut pada dahan yang rendang. Kalau tak der kuasa ... Mahathir pun diorang tendang.

Sokongan guna akal, dapat habuan, bekas pemimpin jadi kain lampin. Dah pakai buang. Kalau pakai lama lama, bontot bayi timbul kurap. Dah berkurap, susah nak baik. Bayi yang kurap orang tak panggil comel. Bayi yang comel kalau bayi tak der kurap. Muahahahaha.

Sekarang UMNO nak naikkan Najib. Kalau Najib yang begitu pun diorang nak naikkan ... aku rasa dunia dah sampai penghujungnya. Kita tak pilih tukang kebun jadi angkasawan. Kita tak lantik professor jadi tukang kebun. Kredibiliti masing masing perlu di utamakan. Tapi masalahnya Najib tidak layak jadi Perdana Menteri kerana dia tidak sebijak yang kita harapkan. Najib tak kreatif, dia ikut cakap orang lain. Sikap angguknya telah membawa kepada statusnya sekarang. Kalau mental Pemimpin serupa dengan mental kita, apa guna nya jawatan Perdana menteri. Baik tak payah ...

UMNO pilih Najib kerana dua sebab. Najib ada penyokong dan Najib ada peluang. Tunggul pun boleh guna asalkan beri manafaat. Boleh buat kayu api atau perhiasan. Yang kreatif adalah orang orang di belakangnya. Itu sebab PM perlukan tingkat 4 untuk terus hidup. Kalau tak der tingkat 4, PM dah lama kecundang.

Sekarang puak puak Najib sedang usaha lobi untuk jadikan tunggul ni jadi PM. Selepas jadi PM, mereka mereka ni lah yang senang. Korang ... masih cam biasa. Kais pagi makan pagi, kais petang, makan pagi esok.

Baik Najib atau pak Lah, baik Khairy atau Mukhriz ... semuanya sama jer. Yang penting mereka ini naik kerana sokongan orang bawah yang mahu rebut peluang. Bila mereka yang di calunkan itu menang, orang bawah akan terima habuan. Itu janji sebuah perjuangan. Semuanya kerana wang. So .... siapa pun yang ada di dalam UMNO Sekarang bukan lah kerana bijaksana, tapi kerana wang dan kuasa. Tak der wang ... abang terbang. Pandai atau tidak, bijak atau bodoh .... tak penting, kerana manusia dah tak tahu nak bezakan antara baik dan buruk.

Aku ? Tak peduli ..... UMNO tetap musuh. Siapa pun menang, pasti menyusahkan.

Ali Rustam lebih Dewa dari Anwar

Pernah anda berkunjung ke Melaka? Jika jawapannya ya, soalan berikutnya adalah: Apa yang membezakan Melaka dengan negeri-negeri lain?

Tentunya pelbagai jawapan dapat diberi. Bergantung kepada persepsi masing-masing. Mungkin ramai yang meletakkan bangunan-bangunan bersejarah sebagai jawapan. Memang benar kerana Melaka adalah negeri bersejarah.

Ada yang pasti memilih keunikan masjidnya. Benar, kebanyakan masjid lama di Melaka mempunyai pengaruh seni bina Cina. Tidak ketinggalan Masjid Negeri Al-Azim yang terletak di pinggir bandar berhampiran Hospital Melaka.

Apa lagi ya? Tentunya gerai asam pedas dan ikan bakar yang menjadi kegilaan pelancong khususnya dari negara jiran Singapura.

Kubu Umno? Betul juga kerana hingga saat ini belum ada satu kawasan Dun dan Parlimen yang ditandingi Umno berjaya dirampas parti-parti lawan BN khususnya PAS.

Tapi kalau ditanya kepada saya, jawapannya pasti mengejutkan. Melaka berlainan dari negeri-negeri lain kerana ia lebih mendewa-dewakan pemimpin khususnya Ketua Menterinya!

Lihat sajalah di segenap simpang jalan utama di negeri bersejarah itu, terutama ketika menjelangnya Aidilfitri. Sepanduk (banner) yang memuatkan gambar Ketua Menteri Melaka digantung semahu-mahunya. Imej Dato' Seri Mohd Ali Rustam dengan 'misai tebal ular sawanya' dapat dilihat di mana-mana sahaja. - Harakah
Hah ... apa lagi, sekarang kita cabut semua gambar untuk tidak menjadi dewa dewa dewa kan diorang ... Tu la gua cakap. Tindakan tu jangan sebelah pihak je. Kalau serious nak benteras, semua sekali. Kalau UMNO berani ... kita cabut gambar gergasi Anwar, diorang pun kena cabut gambar dewa dewa diorang.

Aku tak mendewakan diorang, tapi aku suka dengar lagu DEWA ..... Phuhhhhh !!!

Korang jangan melatah dengan mainan politik Ali Rustam ... sebelum ni orang tak bising, kenapa sekarang? Nak tunggu UMNO komplen baru korang melalut sama? Beb ... kita jangan ikut cara UMNO, tapi kita juga tak perlu tunggu UMNO melatah, baru kita melalut?

Injek guna air paip ....

drazwan | ....Di suatu pagi di sebuah hospital kerajaan, suatu majlis Taklimat cum Taklipat:

Ketua Jururawat: Ada lagi jururawat baru dari bukan UMNO..? Siapa yang ahli parti dalam Pakatan Rakyat, ada?

Semua senyap!

Ketua Jururawat: Angkat tangan jururawat baru yang ahli atau penyokong UMNO..!

Semua jururawat baru, perlahan-lahan, mengangkat tangan.

Ketua Jururawat: Bagus! Saya tidak mahu tengok, ada lagi jururawat yang makan gaji dengan kerajaan, lepas itu PRU pangkah parti pembangkang. Faham semua?

Semua mengangguk.

Ketua Jururawat: Baik Lah, kita hanya boleh control staf kita. Tapi kita tidak boleh control pesakit.

Sebahagian pesakit bagus. Sebahagian lagi menyampah saya tengok mereka. Tapi penyokong parti Pembangkang, muka tak malu, bila sakit dapat rawatan hospital kerajaan.

Semua saling berpandangan di antara satu sama lain.

Ketua Jururawat: Ambil kertas ini seorang sehelai. Dalamnya ada 10 soalan macam mana kita nak tanya dan kita boleh tahu seseorang pesakit itu, orang UMNO atau penyokong Pembangkang.... selanjutnya.

Polis pun tukar potfolio

Bukan sorang tapi berkumpulan.

4 polis samun kontraktor

Bharian | Empat anggota polis berpangkat rendah dari Balai Polis Presint 11, di sini ditahan selepas dipercayai menyamun seorang kontraktor pada petang 28 September lalu.

Mereka yang berusia lingkungan 20-an dipercayai menyamun sebuah telefon bimbit serta wang tunai RM2,000 milik mangsa di sebuah tapak pembinaan di Presint 11, di sini.

Ketua Polis Daerah Sepang, Superintendan Zahedi Ayub mengesahkan penahanan empat anggota polis yang disiasat kerana menyamun tetapi enggan mengulas lanjut.... selanjutnya.
no2umno - Kalau polis dah mula menyamun, penyamun nak samun sapa dan siapa nak jadi polis? Kah kah kah .... makmurnya Malaysia. Semua dengan perubahan potfolio ini, maka Malaysia bertambah aman. Kah kah kah ...

Boleh ke aku percaya pada polis lagi? Muahahahahah .....Kalau dah polis pun jadi perompak, Tak hairan kalau menteri pun jadi penyamun.

Raja Petra akui tulis mengenai Altantuya sebelum program Blog

Bharian | ...Seorang saksi memberitahu Mahkamah Sesyen di sini, semalam, pengendali dan penulis blog Malaysia-Today, Raja Petra Raja Kamarudin mengaku menulis dalam blognya mengenai wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu dua hari sebelum rancangan Blog disiarkan Radio Televisyen Malaysia (RTM), 27 April lalu. Penerbit Rancangan RTM, Hasshim Abu Hanifah, 49, berkata program Blog yang diperkenalkan RTM mengandungi tiga segmen iaitu Pengenalan, Keterbukaan, Sumbangan dan Raja Petra membuat pengakuan itu dalam segmen ‘Keterbukaan’.

“Tidak silap saya, Raja Petra ada menyebut yang dua hari lalu (sebelum siaran), dia ada menulis mengenai wanita Mongolia itu,” katanya ketika menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya Ishak Mohd Yusof.

Beliau berkata rancangan itu disiarkan secara langsung dari jam 8.40 hingga 9 malam mulai 20 April lalu dengan menjemput pengendali dan penulis blog sebagai tetamu jemputan.... selanjutnya.

PENGAKUAN: Maza jadi mainan politik kerajaan

malaysiakini | Sumber-sumber memberitahu Malaysiakini, surat makluman tamat kontrak perkhidmatannya selama dua tahun bermula 2006 dihantar kepadanya baru-baru ini walaupun kontrak baru sehingga Oktober 2009 telah ditandatangani Jun lalu.

Tindakan itu, menurut sumber-sumber, "ada (niat) sesuatu".

mohd asri zainul abidin interview 231106 assuredDr Mohd Asri bagaimanapun menjelaskan tidak akan bertemu Menteri Besar Datuk Seri Md Isa Sabu untuk menyelesaikan permainan politik seperti didakwanya melibatkan pentadbiran kerajaan negeri.

"Saya tidak akan berjumpa beliau (Md Isa) untuk meminta jawatan," katanya.

Ditanya sama ada keputusan melepaskan jawatan itu dibuat kerana terdapat tekanan akibat beberapa pandangannya yang tidak selari dengan pandangan ahli politik, beliau berkata:

"Beberapa pandangan saya kritikal. Saya tidak kisah. Ada orang tidak selesa. Saya tidak kisah berbeza pandangan dengan pentadbir, tidak kira Umno atau parti mana pun.”


Sepanjang dua tahun berkhidmat sebagai mufti, katanya, beliau telah "melakukan sesuatu".... selanjutnya.

no2umno - Kenyataan ini dibuat selepas beliau mengkritik tentang imej gergasi Anwar Ibrahim. Mungkin ada kaitannya ... siapa yang desak dia komen? Mungkin sepatutnya komen tentang imej gergasi sepatutnya di buat menyeluruh dan bukan imej Anwar Sahaja.

Kepada yang memberikan komen terhadap artikel yang lepas ... bukan aku setuju dengan imej gergasi itu, tapi biar semua di kenakan tindakan. Tidak hanya PKR. Dan kalau perlu ikut hukum ... kita mulakan sekarang dan tiada lagi imej gergasi dan bukan gergasi juga. Asalkan imej pemimpin atau raja raja, kita akan haramkan ... siapa bersungguh mahu perjuangkan? Sila angkat tangan .... wakakakakak !!!

Posting terkini

Blog Archive