KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Nov 27, 2008

Hello Pewaris ... apa komen?

Chua: Kita tidak terima Ketuanan Melayu
malaysia | ... Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek hari ini berkata konsep perkongsian kuasa dalam Barisan Nasional (BN) mesti diubah.

Katanya slogan 'Ketuanan Melayu', hubungan Tuan dan Hamba, tidak boleh diterima lagi.

Kita menerima kepimpinan Melayu, tetapi bukan Ketuanan Melayu," katanya dalam ucapan penerimaan Anugerah Kancil di Petaling Jaya hari ini.

"Bila kita berkata tolak 'Ketuanan Melayu', kita bukannya mencabar hak-hak istimewa orang Melayu. Ianya terkandung dalam perlembagaan kita dan tiada siapa pun boleh mengenetapikan pada masa ini.... more.
Kita tengok kan silat pewaris dan pekida bila MCA sendiri tolak ketuanan Melayu .... .wakakakakakk
Lucu ... memang lucu.

Motif Mahathir untuk bantu Mukhriz menang

harakah | .... Ada pihak mendakwa, Dr Mahathir terlalu kecewa apabila Dato' Seri Mohamad Khir Toyo dan Khairy Jamaluddin mencukupi kuota pencalonan untuk merebut jawatan Ketua Pergerakan Pemuda Umno, sedangkan dua minggu terdahulu, anaknya, Dato' Mukhriz sahaja yang layak bertanding jawatan itu, sedangkan Dr Mohamad Khir dan Khairy Jamaluddin masih jauh ketinggalan.

Dari mata kasar Dr Mahathir, lonjakan mendadak di minggu-minggu terakhir mesyuarat bahagian-bahagian seolah-olah 'digelumangi dengan wang' hingga menyebabkan peningkatan pencalonan mereka yang belum mencukupi kuota, kelihatan mendadak. Ia tentunya menimbulkan kecurigaan.

Mungkin Dr Mahathir membayangkan, bahagian-bahagian yang masih belum bermesyuarat, akan terpengaruh dengan calon yang sudah mendahului dan boleh disifatkan sebagai pilihan mutlak, sebagaimana Najib mendapat pencalonan.

Malangnya, bayangan Dr Mahathir itu, tidak berlaku kerana ketika Khairy Jamaluddin yang sudah hilang tempat berpaut, apabila Abdullah mengumumkan hasratnya tidak mempertahankan jawatan Presiden Umno, masih diterima 52 Pemuda bahagian (yang mencalonkannya).

Khairy Jamaluddin dilihat bukan sahaja terpaksa melawan dengan Mukhriz dan Dr Mohamad Khir tetapi turut berdepan dengan serangan demi serangan dari Dr Mahathir. Namun, Khairy tetap mengambil sikap berdiam diri kerana baginya, lebih baik menjadi mangsa serangan Tun (Dr Mahathir) daripada menjawabnya hingga nanti dianggap sebagai biadap kerana tidak menghormati seorang negarawan tersohor.

Sebaik sahaja Dr Mahathir menyebut mengenai politik wang, beberapa pihak memintanya memberikan bukti dakwaan yang dibuatnya itu supaya Lembaga Disiplin Umno dapat menjalankan siasatan. ... more.

Rakyat dijemput ke Kongres KeADILan esok

harakah | ...Menurut Ahli Majlis Tertinggi Keadilan, Badrul Hisham Shaharin dalam laman blognya Kongres yang bakal berlangsung pada 28 hingga 30 November ini adalah kongres terbesar dan bersejarah untuk meraikan kemenangan rakyat. Kongres di Stadium Melawati ini akan menjadi himpunan perpaduan terbesar rakyat Malaysia.

Seramai tidak kurang dari 4,000 perwakilan dan pemerhati dijangka menghadiri Kongres ini dan tidak kurang dari 20,000 orang akan menghadiri ucaptama Penasihat parti itu Dato' Seri Anwar Ibrahim pada 29 November jam 8.00 malam di Stadium Melawati, Shah Alam, katanya.

Perbagai isu akan digarap dan dibahaskan termasuk isu 16 September, isu bahasa, ekonomi dan prestasi pentadbiran kerajaan PR khususnya Selangor.

Seluruh rakyat Malaysia juga dijemput sebagai pemerhati 'umum' untuk mengikuti kongres tersebut.

Gerai Rembau di Karnival Rakyat ... more.

Pendera Nirmala Bonat dihukum penjara 18tahun

http://newsimg.bbc.co.uk/media/images/40175000/jpg/_40175865_maid_afp203body.jpg
Suri rumah, Yim Pek Ha dihukum penjara 18 tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas didapati bersalah atas tiga tuduhan menyebabkan kecederaan parah terhadap pembantu rumahnya, Nirmala Bonat empat tahun lalu. - Utusan
Kalau YIM PEK HA .. boleh hilangkan data di imigresen .. dah sah boleh selamat. Wakakakak k

Siapa fitnah Sayfool meninggal dunia?

Korang rujuk berita Malaysiakini.

Saiful Bukhari Azlan hari ini menafikan dakwaan yang disiarkan di lamanweb dan cakap-cakap bahawa dia kini terlantar sakit, menjadi lumpuh dan mengidap penyakit kelamin sehingga ke tahap saya telah meninggal dunia.
Ada orang kata Sayfool dah meninggal dunia ... Ish ish ish korang ni tak baik la cam tu.

Dah la budak tu bengong .. korang kata dia meninggal dunia plak.
Cukup la sekadar kata gila, bunting, barua, isim ke ...
Tapi jangan lah fitnah dia meninggal dunia.

Tak baik tau ....
Cian Sayfool .....
Wakakakak !!!!

Aduiiii ...senang nya kentut ... wakakakaka

Perak tubuh Sekretariat Blogger sebar dasar kerajaan negeri

Bharian | Dengan alasan tidak mendapat liputan adil media arus perdana, kerajaan Perak menubuhkan Sekretariat Blogger bagi menyebarkan maklumat dan dasar kerajaan negeri yang diperintah Pakatan Rakyat.

Menteri Besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata hasil pertemuan beliau dengan Persatuan Blogger Perak semalam, kesemua 26 penulis blog yang hadir berjanji menyokong dan bekerjasama dengan kerajaan negeri menyebarkan maklumat menerusi tulisan mereka.

“Segala maklumat dan berita akan disebarkan secara meluas sehingga ke seluruh dunia menerusi penulis-penulis blog ini,” katanya ketika berucap pada majlis jamuan Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat negeri Perak di sini malam tadi.... more.
Lawan ... jangan tak lawan.

Usul potong gaji Hisamuddin di tolak

Persidangan Dewan Rakyat hari ini menolak usul pembangkang untuk memotong gaji Menteri Pelajaran Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein sebanyak RM10.

Teo Nie Ching (DAP-Serdang) mengemukakan usul itu kerana mendakwa kementerian gagal membina enam buah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) seperti yang dijanjikan.

Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Dr Wee Ka Siong semasa menggulung perbahasan usul itu, berkata kerajaan amat memandang berat mengenai perkara yang dibangkitkan dan sedang menjalankan usaha secara berperingkat mengikut lunas undang-undang bagi membolehkan pelaksanaannya disegerakan.

Persidangan Dewan disambung Khamis.... more.
Wakakakak ... RM10.00 je ... perli nampak?

Nirmala Bonat di cederakan

Suri rumah Yim Pek Ha hari ini didapati bersalah oleh Mahkamah Sesyen di sini terhadap tiga tuduhan mencederakan pembantu rumahnya dari Indonesia, Nirmala Bonat, dengan menggunakan seterika dan air panas empat tahun lalu.

Hakim Akhtar Tahir membuat keputusan itu setelah mendapati bahawa kecederaan yang dialami oleh Nirmala bukan dilakukan sendiri oleh wanita dari Indonesia seperti yang didakwa oleh Yim.

Yim, 40, seorang bekas pramugari, menghadapi tiga tuduhan menyebabkan kecederaan terhadap Nirmala dengan menggunakan seterika dan air panas di rumahnya di Villa Putera, Jalan Tun Ismail di sini pada Januari, Mac dan April 2004.... more.

Kongres Keadilan ... ada yang bakal kena.



Sementara tunggu waktu mesyuarat ... lepak kat kedai kopi. Orang dah kecoh pasal Kongress rupanya ..
Dengar cerita sebelah meja. Ada mata pandang, ada telinga dengar ...

"Mail !!! .... nak gi mana? Nko nampak aku .. mesti nak lari. Sial betul ...", kata Zali.

"Gi pejabat jap. Nko tau tak? Bukan aku sorang yang lari .. orang lain pun lari kalau tengok kau. Wakakaka."

"Elehhh ... lepak jap ngan aku. Layan teh sikit", kata Zali.

"Ada keje ni ... "

"Jap je. Alahai takut bini ke ...? heheheh", kutuk Zali sambil sengeh sengeh kerang busuk.

"Ok ok .... satu cawan je. ", jawab Mail.

"Aneiiiii .... kopi jantan satu !!!", Zali mencelah melaung ke arah mamak kedai.

"OK .... satu cawan je ... wakakaka", jawab Mail lagi.

"Amacam Kongres PKR tahun ni? Aku dengar panas sikit. eheheh. Tu yang aku nak gi tu." Zali

"Phuyooo !!! ... panas camana tu?", tanya Mail.

"Gi sekali nak ke?", tanya Zali.

"Tak janji beb. Aku pun kawan bawak. Cuba menyelit ikut member je. Nko tak masuk ke?", kata Mail.

Sambung Mail ...,"Datang je... kat luar ada speaker. Dalam tandas pun boleh dengar. Hehe ... pemerhati. Ramai perwakilan datang ... tapi nko aku minta satu tempat khas ... kat parking kereta. Wakakakak", kata Mail sambil ketawa.

"Hello bang. Jangan la kat parking bang .... Kalau ada tempat aku cilok kan satu", rayu Zali.

"Melukut di tepi gantang la kau.", kutuk Mail.

Tanya Zali, "Camana dengan ucapan dasar Ketua AMK?"

"Hah ... kali ni lain sikit. Panas beb", jawab Mail.

"Ye ke? Citer sikit.", tanya Zali.

"Kali ni banyak isu di bongkar. Diorang sedang cuba buat 'live'. Kat TV tok le la... tapi kat internet. Diorang tengah rancang kasi gempak.", sambung Mail lagi.

"Heh ... ada permit ke dak? Wakakakkaka. Kang satu stadium masuk balai ... bukan nko tak tau polis kita ni. Wakakak", gurau Zali sambil ketawa berdekah dekah.

"Berani ka ... keroyok macam Thailand kang, Hehehe .. ", jawab Mail.

"Tak der. betul ni ... tak caya nko tunggu." sambung Mail

Ok ... apa lagi?"

"Ok ... Ketua AMK akan bongkar cerita tentang politik perkauman parti politik, usaha musuh bodohkan bangsa melayu, usaha khianat pemimpin melayu, rasuah penyebab melayu merempat, penyelewengan berbillion ringgit dan siap merujuk pada carta perlaburan dan pendapatan. Hah ... mesti ada yang kena.", jelas Mail.

"Takkan belasah orang lain je? Camana dengan isu dalaman?", tanya Zali.

"Hah ... Aku dengar citer Ketua AMK akan belasah pemimpin Pakatan Rakyat sendiri. ". jawab Mail.

"Berani ke dia? Panas telinga tu. ", tanya Zali lagi.

"Mahu tau kalu kena dengar .. aku nak rekomen lebih pun tak guna. Bukan dapat elaun. heheheh ..
Yang aku tau .. PKR bukan UMNO. UMNO dok julang pemimpin macam nak rak. Kat luar belasah boss. Bila ada bukti..muka sardin je. Heheheh ... ", kata Mail sambil ketawa kecil.

"Cari makan cara UMNO tu ... bodek the king. Bodeking. Juara bodek. Ampu .. hehehe", sambung Zali.

"Camana dengan kerajaan negeri? ", Zali bertanya lagi.

"Tak tau .. tapi kalau apa yang diorang cerita .. mana negeri yang lembab tu pun nak kena kick sikit. Ada menteri yang bodoh tak tau buat keje, nak kena kejut. "

"Yang bodoh tu bukan patut di kejut .. .patutnya di buang. Ganti lain.", kata Zali garang.

"Hah .. nko tunggu la nanti. Hehehehe ... ", kata Mail.

"Siapa yang dia nak belasah?", tanya Zali.

Jelas Mail, "Aku tak tau .. tapi aku kena dengar sendiri. Kalau aku buat buat citer, susah lak.
Nko kata aku buat fitnah macam orang UMNO. "

"Cewaaahhhhh .... ", Zali mengejek..

Tiba tiba

"Kenangan ku bersama mu ...
Sewaktu engkau disampingku..." bunyi talipon lagu Jefri Din milik Zali.

"Alamak ... !!!", sambut Zali.

"Talipon kau tu !!! Hahah .. lagu 60an .... Wakakak", kutuk Mail.

"Bini aku la ......", terkejut Zali.

"Helllo yang ... ok yang, abang balik sekarang. OK OK ...babai yang", bercakap dengan istgri di talipon.

"Mail .. aku balik dulu bini aku suruh beli gula tadi .. lupak lak. ADuiiii . Kena lagi ni kang.", Zali kelamkabut meninggalkan meja minum.

"Wakakakak .... tu la. Tadi cam hero .. .wakakakak. Bila bini talipon .. berubah cam KETUTU. Bodoh je.", kata Mail.

"OK aku chow dulu .. !!!", jerit zali

Hoiii sapa nak bayar ni? Adoiiii kena lagi. ", jerit Mail.

"Nko bayar dulu. Nko pesan kat Ketua AMK, nanti claim kat aku. ..", jerit zali dan terus hilang.
Kah kah ... pasang telinga pun ok.

Posting terkini

Blog Archive