Abang MUSTAPA ALI Sertai Umno
bernama.com/
MARANG, 10 Feb (Bernama) -- Abang kepada Pesuruhjaya PAS negeri Datuk Mustapa Ali menyertai Umno setelah hilang keyakinan dengan perjuangan Islam yang dilaungkan oleh parti itu.
Zakaria Ali, 63, dari Alur Tuman bersama-sama 20 lagi rakannya menyerahkan borang keanggotaan menyertai Umno kepada Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Idris Jusoh pada majlis Perkampungan Hadhari peringkat Parlimen Marang di sini malam tadi.
Ketika ditemui pemberita kemudiannya, Zakaria menjelaskan bahawa sebelum ini beliau tidak menganggotai mana-mana parti tetapi mengaku merupakan penyokong kuat PAS.
Beliau yang merupakan pesara guru berkata langkah mereka menyertai Umno kerana merasakan PAS telah lari daripada matlamat asal untuk memperjuangkan Islam dan tidak mampu membela kebajikan rakyat.
Ketika ditanya mengapa beliau mengambil masa yang agak lama untuk menyertai Umno, katanya beliau membuat pemerhatian sejak tahun 1969 dengan harapan PAS akan berubah namun beliau kecewa kerana perkara itu tidak berlaku menyebabkan beliau tekad untuk menyertai Umno.
Ketika ditanya sama ada Mustapa mengetahui keputusannya menyertai Umno, katanya hubungan mereka adik beradik tidak begitu rapat dan jarang berhubungan.
Feb 10, 2008
BERAPA JUTA DAPAT?
Labels: Belit BN
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Cukuplah Pak Lah...Undurlah!
riwayathayat.blogspot
Saya kira sampai di sini saja baiah saya terhadap kepimpinan Abdullah Badawi.
Empat tahun lalu, saya menghias kamar bacaan saya dengan potret beliau, sebaik sahaja Mahathir menyerahkan fail tugasan Perdana Menteri kepadanya. Waktu itu saya kira, Abdullah bakal membawa sinar baru kepada negara. Malaysia yang lebih progresif, terbuka dan berdaya saing.
Mac 2004, Barisan Nasional menang bergaya dalam Pilihanraya Umum ke-11. Lebih 90% kerusi Parlimen dikuasai mereka. Hadi Awang tumbang di Kemaman. Terengganu mendapat Menteri Besar baru bernama Idris Jusoh. Abdullah kemudiannya mengisytihar agama baru Malaysia---Islam Hadhari, ditunjangi 10 rukun. Seterusnya beliau sibuk mengelilingi dunia menjaja doktrin baru ini. Saya mulai curiga.
September 2004, Anwar Ibrahim bebas. Abdullah dirai sebagai seorang yang baik hati dan berbudi. Beliau khabarnya sampai menghantar menantunya sendiri untuk menyampaikan salam kebebasan buat Anwar. Mungkin kala itu Najib cukup resah. Pun begitu, Abdullah tetap gah. Belum puas menghirup udara kebebasan, Anwar dicerca sebagai pengkhianat Umno, ditutup pintu keahlian oleh Hishammuddin Hussein. Barangkali Hisham juga resah. Dan saya bertambah gelisah.
Mei 2006, Mahathir Mohamad membidas kepimpinan Abdullah. Lemah dan tidak berdaya saing. Khabarnya Malaysia ditadbir atas buah akal menantu lulusan dari Eropah. Anak pinak Abdullah dicemuh kerana membolot kontrak-kontrak kerajaan. Abdullah menafikannya. Kata beliau: "Saya tak tahu". Gila. Apakah ini jawapan dari seorang Perdana Menteri. Saya mulai sangsi. Dan potretnya di kamar bacaan, saya humban ke bakul sampah.
April 2007, Barisan Nasional menang di Ijok. Kejayaan yang jijik dan hina. RM 100 juta dipertaruh semata-mata untuk membuktikan bahawa Anwar Ibrahim dan Parti Keadilan Rakyat sudah tidak relevan. Saya turut jadi mangsa. Dikasari mental dan fizikal umpama haiwan oleh mereka yang berjuang untuk ketuanan Melayu. Jiwa mulai membara.
Sepanjang 2007, Abdullah semakin hilang arah. Beliau melatah dan meragam entah apa. 9 November, dicabarnya rakyat: "Saya pantang dicabar!". Esoknya, 50 ribu rakyat memulangkan paku buah keras kepadanya. Kuala Lumpur kekuningan. Rakyat mulai bangkit meluahkan kemarahan. Dua minggu menyusul, saudara-saudara berbangsa India pula memprotes. Singgung mereka, pemerintah meminggirkan ehwal India. Seterusnya, lima dihumban ke Kamunting, ditahan tanpa bicara.
Hari ini, Abdullah semakin hilang arah. Ekonomi negara tidak menentu. Inflasi meningkat. Harga barang melambung. Kerajaan beliau kini memburu mandat untuk menaikkan harga petrol pula. Sindir mereka, adalah bodoh jika pembangkang mengatakan bahawa harga petrol bisa diturunkan dalam situasi pasaran dunia yang melonjakkan harganya. Anwar menjawab, harga petrol bisa diturunkan jika sekiranya kewangan negara diurus dengan baik.
Beberapa hari lalu, Mahathir menyeru agar pengundi kali ini jangan mengundi calon yang rasuah, korup. Undi calon, bukan parti. Barangkali Mahathir kini resah. Katanya, Abdullah hanya Perdana Menteri untuk sepenggal, itu janji antara mereka lima tahun lalu. Ah, Mahathir tersilap. 'Lembu' yang disangkanya boleh dicucuk hidung dan ditarik-tarik ini rupanya punyai nafsu rakus untuk terus merumput. Berkuasa.
Saya mahu perubahan. Sukar rasanya untuk membiarkan diri dipimpin oleh seorang yang 'tidak tahu' dan gemar tidur dalam majlis. Saya kira sampai di sini saja baiah saya terhadapmu Pak Lah. Cukuplah sepenggal. Cukuplah Pak Lah...undurlah!
Labels: Dollah gila kuasa
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Berita pasal kelantan!!!
reunionunic.wordpress.
Kerajaan Islam Kelantan di bawah pimpinan Tuan Guru Dato Nik Abdul Aziz Nik Mat memasuki tahun ke 18 pemerintahan dengan penuh cabaran. Pelbagai pihak meramalkan PRU ke 12 bakal berlangsung pada awal bulan Mac ini. Maka segala persediaan dan kelengkapan perang telah disediakan. Hanya menanti isyarat perang.
Dengan kancah peperangan yang telah diatur sebegitu rupa, pihak pembangkang melangkah ke medan demi prinsip prinsip perjuangan yang ingin ditegakkan. Keadilan, kesejahteraan rakyat, kerajaan bersih dan beramanah dijadikan sandaran.
Kelantan, kubu kuat pembangkang yang telah menerokai dan mengungguli pelbagai perubahan yang menguntungkan rakyat diserang habis habisan. Kelantan menjadi rujukan model sebuah kerajaan yang tidak dipimpin oleh kerajaan campuran seperti Barisan Nasional, namun berjaya mengekalkan kemakmuran dan keamanan. Ini diakui sendiri oleh masyarkat cina, india dan siam yang mendapat layanan yang adil dan saksama di bawah kepimpinan Tuan Guru Menteri Besar Kelantan sekarang. Dan yang penting juga, kerajaan negeri Kelantan tidak jatuh bankrap sebagaimana diharapkan oleh pemimpin UMNO Kelantan. Malah berupaya membayar hutang yang ditinggalkan mengikut jadualnya.
Semua pihak juga perlu mengakui, tanpa tekanan dari pihak pembangkang terutama dalam bentuk kerajaan ini, banyak lagi bebanan yang terpaksa ditanggung oleh rakyat. Rakyat Terengganu mungkin tidak dilimpahkan dengan pelbagai projek dan kemudahan sekiranya kerajaan tidak bertukar tukar. Sedangkan pemerintahan BN sebelum ini hanya menumpukan pembangunan di kawasan tertentu sahaja. Dan dengan hasil minyak yang sebegitu rupa, rakyat terus dibelenggu kemiskinan.
Kerja pembangkang adalah memperbetulkan perjalanan dan pentadbiran kerajaan, di saat pihak penyokong kerajaan hanya menjadi pengampu dan pak turut, tidak menjadi pemantau atau menjalankan tugas ‘check and balance’ demi mendapatkan hasil yang terbaik untuk kebaikan dan kebajikan rakyat. Inilah asas kepada kerajaan berparlimen yang menjadi anutan politik kita dan kelihatan cuba dilaksanakan oleh pihak pembangkang. Bukan sekadar untuk meraih undi, tetapi atas dasar tanggungjawab yang dipikul.
Mengapa Kelantan menjadi sasaran? Jawapannya cukup mudah! Kerana Pak Lah tiada kekuatan yang boleh dibanggakan! Sekiranya beliau mampu merampas Kelantan dari Tuan Guru Menteri Besar Kelantan, yang Tun Mahathir pun tidak mampu melakukannya, maka beliau ada sesuatu yang boleh dibanggakan kepada UMNO. Beliau tidak rela menjadi bahan cemuhan dan perbandingan bila diletakkan sebaris dengan 4 Perdana Menteri sebelumnya.
Percatuan utamanya tidak lain menantu kesayangan, Khairy Jamaludin yang dipertangungjawabkan mengepalai dan memantau jentera pemuda Umno Kelantan. Rekod Khairy tidaklah sehebat mana. Maka beliau diminta membuktikan kekuasaannya sebelum melangkah lebih jauh. Beliau hanya hebat sekarang kerana menjadi menantu kepada seorang Perdana Menteri. Seorang Perdana Menteri yang tidak memiliki wawasan dan halatuju yang jelas berbanding yang digantinya.
Dengan menggunapakai formula Terengganu yakni membawa muka muka sehingga 70% serta kesanggupan Pengerusi Perhubungan UMNO Kelantan untuk dikorbankan, segalanya seakan berpihak kepada mereka. Segala salahlaku pemimpin Barisan Nasional seakan hama yang terlalu kecil dan begitu mudah untuk dilupakan oleh rakyat marhain. Dengan pelbagai janji dan harapan, kelebihan media dan manipulasi, mungkin kelihatan tiada yang mampu menyekat mereka. Untuk memajukan Kelantan. Menzahirkan Kelantan Baru.
Namun Pak Lah dan Barisan Nasional perlu sedar. Bukan sekadar kudrat dan doa ahli, kepimpinan PAS, guru guru pondok serta sokongan pelbagai pihak yang mengiringi PAS memasuki gelanggang kali ini. Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir sendiri merestui untuk Kerajaan PAS terus kekal di Kelantan.
Pertarungan ini pasti sengit. Barisan Nasional sudah biasa kalah di Kelantan. PAS juga pernah kalah. Antara kekalahan Barisan Nasional dan PAS, hanya rakyat yang boleh menilai sejauh mana kesan kekalahan itu membawa kebaikan kepada mereka. Saya begitu pasti, undi protes bakal menentukan siapakah yang menjawat jawatan Menteri Besar Kelantan selepas PRU 12!!! Harap tuan guru dapat kekal…amin!
Labels: Belit BN
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
UMNO U.K. MENYUSAHKAN PELAJAR
penpasksgb.blogspot
Oleh : Muramatsu United Kingdom
UMNO New Castle Upon Tyne menyusahkan. Di sini dua kumpulan pelajar UMNO berbalah. Budaya UMNO di Malaysia di bawa ke dalam masyarakat pelajar di New Castle di sini.
Ada pelajar menyebut, di mana pun, kalau ada pelajar yang sangat UMNOnya, di situ akan ada masalah perhubungan sesama pelajar.
Masing-masing menonjolkan diri untuk menjadi pemimpin UMNO di atas nama cawangan-cawangan di UK ini.
Yang mengecewakan, UMNO di Malaysia melarang pelajar berpolitik, tetapi hakikatnya, di luar Negara merekalah hebat membawa pelajar berpolitik.
Lebih dari itu, pelajar ditaja tambang pergi balik ke Malaysia untuk hadir ke mesyuarat agong UMNO. Ini bukan perkara baru.
Lagi mengecewakan bila Menteri sendiri baru-baru ini datang bercuti, dalam masa yang sama menggunakan masa cuti tersebut untuk bertemu muka dengan pelajar-pelajar.
Puak yang kalah di New Castle telah mengemukakan bantahan kepada Menteri akan kekalahan mereka.
Kenapa perkara ini berlaku?. Lekeh benar kerana seorang menteri boleh melayan perkara yang amat tidak berpatutan seperti ini. Dalam masa yang sama, dialog diadakan kononnya untuk mendengar permasalah pelajar.
Walhal, pertemuan berkenaan adalah tidak rasmi. Bagaimanakah perkara yang diaju hendak di bawa ke atas untuk diambil tindakan jika ia tidak bersifat formal dan rasmi?
Seperti biasa, pelajar UMNO sebuk menyediakan persiapan lawatan Menteri. Mereka tidak sedar dan tak faham samada lawatan rasmi atau sebaliknya.
Elok masyarakat di Malaysia tahu, Menteri Pengajian Tinggi merayu kepada pengurusan universiti Cambridge supaya mengambil Amalina Che Bakri sebagai pelajar mereka.
Tetapi pihak universiti menolak rayuan tersebut.
Tentu semua masih ingat, Amalina Che Bakri ialah pelajar contoh yang ditaja dan diwar-war kuat oleh UMNO kerana keputusan SPM 17A dulu.
Bahkan Amalina pernah menjadi “bahan” UMNO untuk mempertahankan kedurjanaan mereka dalam sistem pelajaran.
Kenapa dia gagal ke universiti berkenaan?. Sebabnya beliau gagal dalam “attitude test”.
Setakat ini sudah dua pelajar ( anak perkahwinan wanita Malaysia dengan Pakistan (British)) “pintar” yang UMNO taja di UK gagal. Sebab apa?. Kedua-duanya gagal dalam ujian kelakuan.
Dua contoh yang klasik ini boleh dijadikan bukti pembangunan yang ditaja UMNO tidak mengambil kira pembangunan kelakuan baik.
Universiti di Negara penjajah yang terkenal dengan jahatnya pun tahu menilai.UMNO?
Labels: Belit BN Belit UMNO, UMNO gila kuasa
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Sah SPR: Suruhanjaya Penipu Rakyat
n32.blogspot.com
Terpampang di muka depan akhbar NST hari ini wajah Setiausaha SPR Kamaruzaman Mohd Nor yang menegaskan kononnya tidak ada pengundi hantu di dalam negara. NST hari ini memuatkan wawancara dengan beliau berhubung SPR dan proses pilihanraya di Malaysia.
Soalan pertama yang dikemukakan oleh pemberita NST:How do you deal with a complaint that 70 people are claiming to live in one address
Bagaimana anda menangani aduan bahawa terdapat 70 nama (yang didaftar) dalam satu alamat
Lalu jawab Kamaruzaman:Seribu orang boleh tinggal (dalam satu alamt) disitu. Semua orang ada alamat tetapi bukan semua ada nombor rumah. Di kawasan-kawasan dimana pihak PBT tidak menyediakan perkhidmatan, anda tidak diberi nombor rumah. Di kampung saya di Pengkalan Petah, Kelantan, kami menggunakan (alamat) sebuah kedai, "Kedai Deraman". Semua orang menggunakan alamat kedai tersebut sebagai alamat (rumah)mereka. Terdapat lebih 30 rumah dalam kampung tersebut. Jadi bila seseorang menulis (surat) kepada anda, mereka meletakkan nama (anda) dan nama kampong. Itulah alamatnya.
Sekali imbas macam logik dan masuk akal penjelasan Setiausaha SPR itu, lantas ia terpapar di muka hadapan akhbar berkenaan untuk dibaca oleh seluruh rakyat Malaysia dan dunia yang mana sempat.
Tetapi adakah beliau jujur menjawab soalan tersebut?
Saya rasa soalan NST itu spesifik dan tidak merujuk kepada kes di luar bandar umpama Kampung Pengkalan Petah, kampung Kamaruzaman. Memang kita akui walaupun Malaysia ini dikatakan negara maju, namun masih ada kampung-kampung yang berkongsi alamat seperti dalam kes kampung Kamaruzaman itu. Tetapi soalan NST itu pada saya tidak merujuk kepada kes di luar bandar, “70 people claiming to live in one address” saya rasa merujuk kepada kes-kes di kawasan tadbir PBT ataupun kawasan-kawasan bandar.
Kamaruzaman tidak perlu berdolak-dalik, saya difahamkan berpuluh aduan telah dikemukakan kepada pelbagai pihak termasuk SPR darihal kehadiran pengundi yang tidak dikenali yang didaftarkan dalam satu-satu alamat di kawasan bandar (bukannya di “Kedai Deraman”!)
Saya sendiri pernah dimaklumkan oleh seorang penghuni di kawasan Bandar Sunway dalam Parlimen Kelana Jaya (bukan Pengkalan Petah) bahawa menurut daftar pemilih terdapat beberapa pengundi yang tidak dikenali berdaftar menggunakan alamat rumahnya. Anehnya beliau membeli rumah berkenaan sejak siap dibina dan sehingga kini adalah pemilik tunggalnya dan tidak pernah menyewakannya kepada mana-mana pihak!
Pada 23 Januari lalu Penasihat Ekonomi DAP, Tony Phua telah mendedahkan dalam Malaysiakini betapa:
Terdapat 21 alamat di kawasan Parlimen Petaling Jaya Utara (dalam pentadbiran Majlis Bandaraya Petaling Jaya MBPJ) yang mempunyai 20 pengundi berdaftar yang berdaftar di masing-masing alamat berkenaan.
Terdapat 1,358 pengundi berdaftar di kawasan parlimen yang sama yang tidak memiliki alamat tetap (rumah beralamat penuh) dan oleh itu tidak dapat dikesan
Dan setakat ini banyak lagi kes seumpama ini.
Sesungguhnya kita akur yang setiap warganegara Malaysia berhak mengundi dimana-mana tempat pilihannya dimana ia tinggal atau berdaftar, masalahnya adakah pengundi tadi boleh “mencuri” alamat (iaitu menggunakan alamat orang lain tanpa pengetahuan atau izin tuannya) untuk mendaftarkan dirinya di satu-satu kawasan? Tidakkah ini menipu dan jika dilakukan secara besar-besaran sehingga 20 atau 70 orang dalam satu alamat tidakkah ia merupakan satu konspirasi jahat untuk memenangkan satu-satu pihak dengan cara penipuan?!
Malah kalau kita ambil contoh Kg Pengkalan Petah sekalipun yang kata Kamaruzaman tidak mempunyai alamat bernombor kecuali menggunakan "Kedai Deraman", jika Pairin dari Sabah atau Maniam dari Ijok atau Tajem dari Sarawak tiba-tiba berdaftar di sana sebagai pengundi sedangkan mereka tidak pernah tinggal atau bermastautin di situ, tidakkah ia satu penipuan? Dan jika SPR mengiakannnya tidakkah SPR juga menipu?
Daftar yang tidak bersih seperti inilah yang diperjuangkan BERSIH untuk menjamin pilihan raya yang bersih dan adil. SPR janganlah bertindak sebagai perkakas mengizinkan konspirasi dan penipuan jahat seperti ini, ia sepatutnya bebas dan bertindak terhadap kes-kes seumpama ini. Jangan perbodohkan rakyat dengan melonggokkannya sama bagai kes di Pengkalan Petah!
Seuluruh kenyataan Kamaruzaman dalam NST hari ini sungguh memualkan dan terus menghilangkan keyakinan dan kepercayaan kita pada ketelusan dan keadilan SPR. Makin mereka buka mulut (macam Rashid) makin banyak bau bangkai yang dihidu rakyat.
Apa pun kita sudah tidak ada banyak masa lagi. Siang tadi Presiden PAS memberi amaran kepada pengundi-pengundi yang sengaja diimpot seperti ini yang namanya berada dalam daftar undi di Terengganu semata-mata untuk memenangkan Umno dan BN di sana agar berhati-hati kerana rakyat Terengganu akan bertindak jika mereka didaftar semata-mata untuk tujuan jahat itu dan sanggup turun mengundi juga.
Kalau benar Umno dan BN kuat dan disokong rakyat, bertempurlah dalam gelanggang sama-rata, jangan menipu dan arahkan pula perkakas mereka seperti SPR untuk menipu!
Labels: Belit SPR
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Zahidi!... 800 is not a small number
Padang Besar Umno division chief Datuk Zahidi Zainul Abidin (pix) recently filed an objection to the electoral rolls claiming that 800 voters from Beseri were transferred to Titi Tinggi without their knowledge.
Meanwhile, BN secretary-general and Umno Sec-gen Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad said he would abide by the BN chairman’s decision whether or not to nominate him as candidate. (here)
Labels: Belit BN
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Kita makin parah tunggu untuk musnah.
Tonto lepas geram
GEORGETOWN: ‘Tidak dapat tuan, kenderaan pun jadilah’. Ini yang berlaku apabila sekumpulan Tonto dipercayai memecahkan cermin belakang kenderaan jenis Mitsubishi Pajero milik Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) negeri, kelmarin.
‘Kurang ajar’
GEORGETOWN: Seorang lelaki warga Vietnam bertindak ‘kurang ajar’ apabila meraba punggung seorang pelajar kolej swasta di laluan pejalan kaki di Pangkalan Feri Raja Tun Uda, di sini, kelmarin.
Padah jadi ‘perisik’
SEREMBAN: Tindakan seorang pengusaha restoran yang dipercayai cuba menjadi ‘perisik’ pemain mahjong mengundang padah apabila dibelasah hingga mati oleh sekumpulan lelaki di sebuah restoran dekat Taman Permai Jaya, Mantin, di sini, malam kelmarin.
Tonto lepas geram
GEORGETOWN: ‘Tidak dapat tuan, kenderaan pun jadilah’. Ini yang berlaku apabila sekumpulan Tonto dipercayai memecahkan cermin belakang kenderaan jenis Mitsubishi Pajero milik Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) negeri, kelmarin.
No2umnO - POLIS TIDUR atau POLIS BUAT BUAT TIDUR. PEMIMPIN TIDUR atau BUAT BUAT BERDENGKUR. Malaysia sudah parah dengan berita seperti ini tiap hari. Kita sudah tidak selamat. Kerajaan Barisan Nasional lebih cakap dari buat. Kenapa kita nak berikan lagi peluang kepada Barisan Nasional untuk memerintah? Kita makin parah tunggu untuk musnah.
Labels: Malaysia parah
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
BOHONG APA PULAK KALI NI ......
M'sia negara kedua paling berdaya saing harga dalam pelancongan global
KUALA LUMPUR: Malaysia muncul sebagai negara kedua paling berdaya saing harga di dunia dalam industri perjalanan dan pelancongan (T&T) daripada 124 buah negara yang dikaji, kata World Economic Forum (WEF) yang berpangkalan di Geneva.
selengkapnya
Labels: Belit UMNO
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Kesannya jika 2/3 majoriti BN berjaya dinafikan
Minda Pembaca: Kesannya jika 2/3 majoriti BN berjaya dinafikan
Oleh Ahli Umno Kecewa
klpos.com
BARU-BARU ini saya telah bertemu dengan seorang Melayu yang menjadi Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) GLC. GLC adalah syarikat berkaitan kerajaan. Beliau telah memberitahu saya tentang pelbagai salah laku dalam sektornya. Apa yang saya hendak sampaikan di sini ialah CEO Melayu tersebut mengatakan secara jelas kepada saya bahawa beliau tidak akan mengundi BN dalam pilihanraya umum yang akan datang.
Beliau memberitahu saya sekarang kita tidak boleh lagi mengundi BN. Kita mesti menghantar pembangkang yang kuat di Parlimen.
Kemudian ada seorang Melayu yang menjadi Pengerusi syarikat lain yang banyak berurusniaga dengan kerajaan. Beliau mempunyai jawatan dalam Umno di sebuah bahagian.
Beliau berkata bahawa dirinya dan seluruh kaum keluarganya tidak akan mengundi BN. Kali pertama berlaku dalam sejarah 40 tahun beliau mengundi.
Ianya bagaikan duri yang menyucuk dirinya tetapi beliau telah membuat ketetapan untuk tidak mengundi Umno.
Saya telah bercakap dengan ramai ahli Umno dan di 4 buah kawasan Dun, BN akan kehilangan banyak undi dari kalangan mereka ini. Ini bukannya kes terpencil.
Bahkan beribu-ribu orang ahli Umno tidak akan mengundi BN pada kali ini. Di antara mereka adalah Tun Dr Mahathir Mohamad, ahli Umno yang keahliannya bernombor 1.
Malah beribu-ribu orang Melayu lagi yang bukan ahli Umno juga akan turut berbuat demikian.
Tun Dr Mahathir telahpun berkata sebelum ini bahawa kita tidak patut mengundi BN. Dr Mahathir menggunakan bahasa kiasan ataupun sarcastic.
Pertamanya beliau berkata kita patut mengundi 'calon-calon yang mempunyai kredibiliti'. Kemudiannya beliau berkata 'kita tidak mampu mengubah Umno daripada dalam, perubahan perlu datang dari luar, jadi mengundilah dengan bijak'.
Jika kita mencantumkan kedua-dua mesej ini menjadi mesej yang jelas daripada Dr Mahathir maka mesejnya ialah kita tidak patut mengundi BN.
Kita akan dapat melihat perubahan besar undi orang Melayu pada kali ini. Begitu juga kita mengharapkan agar kaum Cina, India, Siam dan lain-lain juga bersedia untuk membuat perubahan.
Kaum Cina di Pulau Pinang, Kedah, Perlis, Perak, Selangor, Kelantan dan di negeri lain sudah berbisik secara senyap sejak awal lagi bahawa mereka tidak akan mengundi BN pada kali ini.
Akhir-akhir ini kaum India juga telah bangun dari kelalian yang disuntik sejak sekian lama oleh BN. Demonstrasi Hindraf oleh mereka baru-baru ini adalah suatu kejutan mereka yang baru sedar bahawa BN lah yang menyebabkan kaum India menjadi kaum termundur di negara ini.
Adalah sesuatu yang penting bagi kita menafikan majoriti 2/3 BN di Parlimen. Walaupun dengan 51% kerusi yang dimenangi, BN akan tetap menguasai kerajaan tetapi BN tidak boleh bermegah lagi seperti sekarang untuk mengadakan dasar yang menyusahkan rakyat.
Inilah apa yang kita semua mahukan. Kita mahukan check and balance. Pertamanya, jika BN hilang majoriti 2/3, ini akan mengakibatkan kejutan psaikologi yang maha besar kepada BN.
Ini akan membolehkan Abdullah Badawi, PM yang lemah dan sentiasa dibayangi oleh menantunya ini akan dijatuhkan dalam pemilihan Umno yang akan berlangsung selepas pilihanraya umum ini.
Jika Abdullah berjaya diketepikan, maka menantunya, kroninya dan perompak khazanah negara akan turut sama dijatuhkan.
Dengan menafikan majoriti 2/3 BN, ianya akan menyebabkan calon BN (terutamanya Umno) tidak mempunyai jawatan awam.
Jika mereka kalah di kerusi Parlimen atau kerusi Dun, maka mereka tidak boleh untuk dilantik sebagai Menteri, Setiausaha Parlimen, Ahli Exco Kerajaan Negeri dan sebagainya.
Ini bermakna saluran untuk mereka merompak wang rakyat akan ditutup. Ini boleh merubah senario politik kita.
Harga petrol dan bahan api yang lain tidak akan sewenang-wenangnya dapat dinaikkan oleh BN jika rakyat berjaya menafikan majoriti 2/3 BN.
Perkara ini adalah sesuatu yang maha penting untuk direalisasikan oleh seluruh rakyat untuk kita menjamin masa depan negara yang lebih baik tanpa sebarang campur tangan negara asing.
Kita tidak hanya perlukan undi protes sahaja. Sebaliknya kita mesti mengundi untuk perubahan yang drastik. Saya tidak sabar untuk menantikan kedatangan pilihanraya umum.
Labels: UMNO Kecewa
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments

