KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Mar 23, 2008

JANGAN PANGGIL AKU MELAYU

Radenjowo

Aku jawa dan aku tidak malu berbangsa Jawa. Tapi jawa aku bukan jawa khir toyo. Jawa yang kerjanya tiada lain kecuali mencari kekayaan dan membiarkan si miskin terus papa. Aku malu kalau aku melayu. Aku malu kerana jawa yang aku banggakan menghias rupa menjadi lebih licin dan lebih putih walaupun hanya menjadi seorang menteri besar. Tapi nak apa yang harus aku lakukan kerana bukan semua jawa seperti aku dan bukan semua melayu adalah melayu.

Aku tergerak untuk menyelamatkan maruah Melayu walaupun aku sendiri bukan Melayu. Aku sayang Melayu kerana aku lahir ditanah melayu yang sekarang ini sudah nazak menanti penggadaian oleh pemimpin berbangsa Melayu. Kalian kata pemimpin kalian tidur, tetapi kalian lebih tidur dari tidurnya.

Sultan? Ini semua bukan sultan aku. ini semua sultan kalian. Mahu tahu siapa sultan aku? Sedikit tentang sejarah mereka.....

"Fatimah adalah kemanakan Sultan Muhammad Saleh (1014 - 1040 M) raja Pasai yang kedua (menantu Sultan Malik Ibrahim Makdum). Suami Fa-timah, Abu Hasan, adalah saudagar besar yang tinggal di Jawa Timur."
Cukup sampai disitu dan sekarang persoalannya siapa Sultan kalian? AKu masih mengikut nasihat orang tua. Dimana bumi dipijak, disitu langit dijunjung. Makanya, kalau kalian tanya dimana sultanku, maka aku ingin beritahu bahawa sultan kalian adalah sultan aku juga.

Sekarang sultan yang kita sama sama tunduk dan puji itu telah dipermainkan kedaulatannya oleh parti dokongan bangsa Melayu, UMNO dan UMNO sekarang sedang mengulangi sejarah memperkecilkan kuasa Sultan seperti yang dilakukan oleh Mahathir dulu. Siapa Mahathir? Beliau adalah pemimpin tersohor yang memberikan kebanggaan kepada kalian sehingga kalian lupa bahawa beliau yang telah menjatuhkan kuasa Sultan dan Raja. Semua melayu ketika itu melonjak kegirangan dan sekarang Sultan sudah hilang kuasa apabila akta dan perlembagaan di gubal untuk kepentingan mereka.

Kalian masih ingat akan satu ketika perhimpunan mega dilangsungkan di Kuala LUmpur untuk minta bantuan Agong kalian bagi merubah sistem SPR? Ya... perhimpunan BERSIH. Kepada siapakah kalian pergi dan kepada siapakah kalian merafak sembah? Bukankah Raja kalian yang merangkap Sultan Terengganu? Bukan kah kini beliau di dalam keadaan serba salah dan bimbang kerana kalian tidak membantu baginda?

Kenapa dibiarkan Baginda sendiri? Kenapa dibiarkan berseorangan sedangkan kalian sebelum ini memohon bantuan dari baginda untuk membantu kalian. Sekurang kurangnya surat kalian diterima oleh wakil baginda. Kan lebih baik ditolak sahaja apa yang kalian utuskan kerana kalian tidak membantu sedikitpun baginda tika beliau di dalam kesusahan.

Kini masa nya untuk kita bangun. UMNO sudah melampau batas susila bangsa kita. Kalian masih tidur rupanya.....Kalian tahu apa akan aku lakukan sekiranya aku dikenali ramai dan mempunyai kuasa seperti pemimpin kalian?

  • Akan kukumpul berjuta rakyat seluruh Malaysia untuk tegakkan kuasa Kesultanan disetiap pekan dan kota
  • Akan ku panggil semua NGO NGO yang tidak sepakat dengan UMNO dan BN
  • Akan ku panggil semua pelajar universiti yang ada di Malaysia
  • Akan ku panggil semua kakitangan kerajaan berbangsa melayu
  • Akan ku panggil semua persatuan Islam di negara kita
  • Akan ku panggil semua bangsa India dan China untuk bantu bersama.
  • AKan ku kumpulkan mereka seperti kalian berkumpul pada bulan Nov lalu.
Dimana Anwar Ibrahim? Dimana Raja Petra? DImana Haji Hadi? Dimana Mat Sabu? Dimana BERSIH? Dimana NGO NGO kalian? Dimana GERAK dan sebagainya? Di mana ABIM? Dimana ketua ketua kamu?

Bangsa India dan Cina? Ya ..... bangsa cina dan india akan membantu kita kembali kan kuasa di Raja. Tentunya kalian runsing dan ragu ragu, tapi mari kujelaskan bahawa Cina dan India akan bersatu selagi kita menentang UMNO dan BN. Bukti sudah jelas, segalanya sudah nyata. Peratus undian mereka lah yang membantu Barisan Rakyat menang tempoh hari.

Bila semua sudah bangun, maka Raja akan teguh semula. Baginda baginda akan Percaya bahawa Rakyat bersama mereka dan ketika itu kalian lihat betapa berkuasanya Sultan dan Raja kalian menghapuskan terus UMNO dari negara ini.

Tapi sayang......kalian masih tidur. Kalian masih malas kerana semua nya beharap agar tuhan merubah segala dan kalian tidak cuba untuk berdikari. Masing masing pentingkan diri masing masing. Maka .... kalau masih tidak berubah, biarkan sahaja Sultan dan Raja kalian di ratah hidup hidup oleh pengkhianat bangsa.

Sudah jelas lagi terbukti tapi kalian masih mematikan diri. Akhirnya aku akan menyesal duduk di bumi bertuah ini kerana kalian tidak sanggup berjuang kepentingan kalian. Kalau bangsa Cina dan India ingin membantu, kenapa kalian masih terus berdengkuran? Kalau Sultan Melaka mash hidup, pasti baginda benar benar kecewa?

Tapi percaya lah....sekiranya aku Melayu. Aku takkan biarkan Sultan dan Rajaku dipermainkan oleh bangsa sendiri sehingga baginda baginda Sultan tidak mampu bangun berdiri. Makanya selepas ini, kalian jangan harap apa apa dari Sultan kamu. Jangan berkumpul dan jangan utus sebarang surat kerana kalian sendiri mahu Sultan terkubur gara gara sikap pemalas kalian.

Lantas kalau Kesultanan Melayu hancur kelak, kalian jangan panggil aku melayu kerana ia bisa buatku malu.

KENAPA KITA BIARKAN SULTAN BERSENDIRI?



APABILA MELAYU SENDIRI KURANG AJAR
Radenjowo
Entah apa yang dijanjikan kepada 22 orang penyokongnya? Kita tidak tahu tetapi perpaduan jelas kelihatan di wajah luaran individu 23 ADUN Terengganu.

Pada awalnya, Idris dikatakan berserah kepada Qada dan Qadar penentuan samada dirinya di lantik sebagai MB atau sebaliknya. Lunakan suara, indah pekerti di tonjolkan di dalam berita Utusan Malaysia sehingga semua berita turut memberikan pujian kepada bekas MB Terengganu itu. Tapi kita tidak tahu sikap dia sebenar selagi sikap itu tidak didedahkan kepada semua orang.

Namun disebalik topeng kemuliaan itu sebenarnya tersembunyi kerakusan dan kegilaan kuasa. Rupa rupanya semua rendah diri dan tunduk ke buminya hanyalah lakunan yang mampu bertahan tidak sampai sebulan. Kini warna sebenar IDRIS JUSOH terserlah dengan pemboikotan majlis angkat sumpah Menteri besar baru, Mohd Said si adun Kijal.

Keburukan dirinya bertambah tambah dengan usaha untuk menghalang rakan yang dulunya berjuang bersama dengan lapuran BPR. Tidak cukup dengan itu, Pihak kerajaan pusat turut memberikan kerjasama kerana masa depan Idris Jusuh adalah masa depan Abdullah Badawi. Jatuh Idris Jusoh akan jatuhkan Badawi kerana semua kerja kerja gila Idris 4 tahun yang lalu ada kaitannya dengan Patrick dan Abdullah sendiri. Maka tidak hairan lah kenapa ABdullah bertegas mahukan IDris menjadi Menteri besar berbanding Mohd Said sedangkan kedua duanya adalah ADUN BN dan dari UMNO sendiri.

Kini bersedia lapuran salah gunakuasa dan korupsi Mohd Said. Rupa rupanya semuanya sudah tersedia untuk dibawa ketengah, cuma kepastian hanya menanti kesanggupan Mohd Said menerima lamaran Istana Sultan untuk perlantikan itu. Mungkin kah semua yang bersekongkol dengan Idris turut mempunyai rekod buruk seperti Mohd Said? Kalau kau tak sokong aku, aku lapurkan salah guna kuasa atau korupsi kalian. Maka semua pemimpin UMNO yang sudah mempunyai sopak dan panau sepanjang pemerintahannya akan segera bimbang untuk berpaling tadah.

Yang paling jelas adalah Rasol Wahid (Adun Ajil) yang kelihatan begitu bersungguh sungguh untuk menjadi orang utama di dalam wayang ini. Mungkin benar beliau berjuang untuk Idris atau YB ini sememangnya mempunyai sopak yang paling besar antara pemilik sopak yang lain. Yang menariknya sehingga sekarang, Idris tidak memberi sebarang komen kerana beliau masih mahu dilihat sebagai pemimpin yang baik dan mulia. Jawatan MB itu bukan kehendaknya tetapi sokongan ramai. Itu lah akan dijadikan alasan sekiranya SUltan terpaksa melantik beliau menjadi MB sekali lagi.

Bila PAS berkata, IDRIS kejam kerana robohkan masjid, ramai yang kata itu semua fitnah kerana IDRIS sendiri tidak pernah mengaku berbuat demikian. Kalau beliau juga turut membelanjakan wang membabi buta kepada pembangunan yang bukan bukan, orang akan kata itu semua tohmahan. Tetapi ianya semua adalah kepintaran IDRIS di dalam menyembunyikan kuku yang penuh beracun sedangkan yang ditonjolkan dimata kita adalah bulu tebal yang menyelimuti.

Apa akan berlaku kalau IDRIS terus berkuasa? Sudah pasti janjinya kepada semua EXCO terpaksa di lunaskan. Janji bagaimana? Mungkin membenarkan sekelian EXCO untuk terus hidup mewah di samping terlepas dari sebarang tuduhan. Kalau ditanya bagaimana ia memewahkan EXCO EXCOnya? Sudah pasti dengan peruntukan peruntukan rakyat. Bagaimana pula dengan Baginda Sultan? Sultan akan jatuh martabatnya kerana tunduk dengan kehendak ahli EXCO dan bakal menteri BESAR. Dimana akan diletakan kedaultan baginda nanti dan dimanakah perlu diletakkan airmuka baginda pabila berdepan dengan rakyat. Kenapa Pak Lah tidak berkata apa apa? Semua ini berpunca dari Dollah Badawi. Beliau tidak cuba untuk nasihatkan Ideris untuk berundur kerana IDRIS adalah segala harapan yang dia ada. Kenapa IDRIS tidak dibawa ke pentadbiran pusat? Kerana IDRIS masih diperlukan di TERengganu untuk terus tutup pekung yang mereka lakukan disamping untuk melangsaikan peruntukan peruntukan yang akan dicurahkan.

Kini yang tinggal adalah rakyat untuk menilainya. Apa bezanya Mohd Said dan Idris Jusoh? Kenapa Dollah bersungguh sungguh mahu menggunakan Idris Jusoh? Kenapa Baginda Sultan dibiarkan sendiri sedangkan ini lah masanya untuk Melayu bersama Kesultanannya bersatu untuk jatuhkan pengkhianat bangsa.

Melayu membiarkan kedaulatan SUltannya dipermainkan. Kalau perkara ini dibiarkan, sudah pasti pada masa akan datang bangsa lain turut membuat perkara yang sama. Jadi jangan salahkan Cina atau India kerana kurang ajar apabila Melayu sendiri sudah kurang ajar kepada Sultannya.

Bangunlah wahai Melayu. Kenapa biarkan Sultan bersendiri?

PM vs AGONG

http://malaxi.com/malaysia_people/uploaded_images/Abdullah-Ahmad-Badawi2-740415.jpg
PM pertahan Idris Jusoh

utusan.com.my

SEPANG 23 Mac - Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mempertahankan tindakannya melantik Datuk Seri Idris Jusoh sebagai Menteri Besar Terengganu yang berdasarkan majoriti sokongan.

Menurut Abdullah, pelantikan Idris tidak akan berubah kerana ia berdasarkan majoriti sokongan yang diberikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kepada Idris.

"Sebarang lantikan dibuat terhadap orang lain itu tidak kena dari segi Perlembagaan," katanya kepada pemberita selepas melawat Litar Sepang sebelum menyaksikan perlumbaan Formula 1 (F1) Grand Prix Malaysia dan menyampaikan hadiah kepada para pemenang perlumbaan tersebut. – Utusan.

SIAPA RAJA MONGREL ?

pemudasabah

Taktik lama dan basi untuk pe' kenakan Raja Petra, dengan mewujudkan satu blog carutan untuk mencari sebarang cacat cela pada penulis yang namanya disanjung saentero Malaysia iaitu Raja Petra.

Saya bukanlah penyokong Raja Petra, jauh sekali menyukai gaya penulisan dan cerita-cerita mengarut yang ditulis beliau tetapi blog Raja Mongrel lagi mengarut bila dibaca dengan teliti.

Why on earth UMNO hired this kind of blogger which goes by the name of Raja Mongrel to counter attack the uncertain yet so convincing story telling version of Mr Raja Petra anyway. What kind of bullshit are you applying in your blog?

While some dark secret or behind the scene story do exist but who are we to know the exact senario that happened just like Raja Petra narrated it like he or his minions witnessed the so called story telling act.

In Islam Hudud laws, if a crime happen....one cannot be convicted unless there are 4 trustworthy witness saw the crime.
Suka saya ingatkan bahawa dosa menbuat cerita yang walau sedikit pun menyimpang dari cerita asal dengan niat untuk memburukkan nama, maruah serta intergriti seseorang adalah seumpama memakan daging saudaranya.
Tak gitu!

Mat Said akan dipecat sejurus angkat sumpah

Ahmad Said akan dipecat sejurus angkat sumpah MB

KUALA TERENGGANU 23 Mac – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal, Datuk Ahmad Said, 51, yang menerima watikah perisytiharan pelantikan sebagai Menteri Besar Terengganu yang baru hari ini, akan dipecat keahliannya dalam UMNO sebaik sahaja mengangkat sumpah jawatan tersebut.

Surat peringatan berhubung pemecatan itu telah dikeluarkan oleh UMNO Terengganu dan diserahkan kepada Ahmad selepas diminta berbuat demikian oleh Presiden parti, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi serta Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, malam tadi.

Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Terengganu, Datuk Rosol Wahid berkata, tindakan pemecatan akan dilaksanakan oleh Badan Disiplin UMNO. – Utusan.

No2umnO - Nak tahu apa jenis akta yang digunakan? Nama akta tu .... Akta jangan lawan tokey, Pindaan MB tak mau pindah. Sesiapa yang melawan tawkey akan di kenakan tindakan ini. Jangan potong line dan jangan bantah boss. Ni macam pun ada ka?

JANGAN BANYAK CAKAP LA ......




Acara potong kek kemenangan. Kalau tak buat kerja lepas ni dengan korang semua aku potong.
Ronnie Liu sedang bercakap. Dia ni ok sikit..ucapannya tak panjang sebab bergegas nak ke perjumpaan lain di PJ.

Kelang 23 March 08 (No2umnO) - Hari ini aku di panggil oleh seorang kawan untuk melihat lihat majlis sambutan kemenangan Barisan Alternatif di Dewan Hamzah Kelang. Maka bergegaslan aku kesana untuk lihat bagaimana sambutan tersebut diadakan.

Ramai yang hadir terdiri dari kaum India, sedikit Cina dan melayu. Tempat letak kereta penuh dan aku terpaksa meletakkan kenderaan aku jauh. Berjalan kaki dan memasuki dewan yang tak pernah aku jejaki sebelum ini.

Sesak dengan tetamu dan aku terus meluru ke depan macam pemberita. Sibuk sibuk lebih baik dari tercengang cengang.

Apabila pengacara memberikan sedikit ucapan, maka ramai yang bertepuk sorak. Semuanya tentang kemenangan. " Ini kerajaan rakyat". Kalau sebelum ini, BA tidak pernah dapat menggunakan dewan bagi sebarang sambutan, berlainan kali ini. Mereka dengan mudah menyewa bangunan untuk upacara seperti ini. Dikatakan ini adalah upacara pertama yang diadakan di sana dan sebelum ini mereka ragu ragu untuk memohon kerana bimbang di tolak. Tak biasa lah katakan.

DI mulai dengan acara memotong kek. Tepuk sorak dari para tetamu. Bersemangat sekali. Kemudian di susuli dengan ucapan ucapan. Kelihatan Ahli Parlimen P110 - KLANG : Charles Anthony Santiago (DAP) dan Adun N47 - PANDAMARAN : Ronnie Liu Thian Khiew (DAP),pun datang bersama duduk satu meja bersama beberapa orang yang aku sendiri tak kenal.

Dan sekarang time aku nak belasah. Aku pelik dengan BR@BA ni satu je. Kalau dah jadi kerajaan tu, kena lagak macam kerajaan. Buang kan sikap pembangkang tu sikit dan jangan ikut style BN atau cara lama BA. Banyak sangat cakap. Bayangkan lah orang dah tunggu lama, dia bantai bercakap berjela jela. Yang best tu ..... entah siapa siapa pun nak turut sama bercakap. Bersemangat macam berkempen pulak dah. Aku menonton pelik campur geram. Apa jadah semua ni?

Berganti ganti dan setelah setengah jam, orang ramai masih tidak dijemput makan. Ini lah pemimpin berjiwa rakyat. Maka tidak pelik lah kalau Raja Petra pun naik marah dengan karenah pemimpin parti Pembangkang. Orang tak mahu tahu apa yang mereka akan lakukan. Menjadi kerajaan kerjanya untuk membantu rakyat, semua orang tidak mahu tahu apa yang mereka akan buat tetapi apa hasilnya kepada rakyat.

Kalau bercakap tu, jangan buang masa. Hey....aku nak ajar sikit pemimpin pemimpin dan bakal kerajaan ni. Kalau nak bercakap biar lah tetamu tu makan dulu. Masa tetamu makan, jumpa setiap meja dan bercakap dengan rakyat. Itu lebih mesra. Ini tidak ..... asyik bercakap dari waktu berkempen dulu sampai selepas pilihanraya. Tak habis habis lagi nak cakap.

Amaran !!! Kepada yang nak buat nama tu. Jangan ngada ngada nak nonjol diri. Jadikan politik untuk membantu rakyat. Pakai otak sikit lah...... Korang semua sedang diperhatikan.

Aku tunggu lagi 10 minit masih belum selesai dan aku pun belah....mengarut semua ni. Perut aku dah keroncong, nak cari makan. Tapi ingat.....kalau tak der perubahan, siap korang. Aku belasah lagi.... TUNGGUuuuuuuuu !!!!

MAT SAID MENJADI MB, WARTAWAN TAK DIBENARKAN MASUK


Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Kijal, Datuk Ahmad Said menerima watikah perisytiharan pelantikan sebagai Menteri Besar Terengganu daripada Yang Dipertua Majlis Penasihat Pemangku Raja Tengku Sri Panglima Raja Tengku Baderulzaman (kanan) di Istana Tetamu, Kuala Terengganu. Foto: Arjasneh Ahmad

Ahmad Said Terima Watikah Pelantikan Sebagai MB Terengganu Daripada MPPR


KUALA TERENGGANU, 23 Mac (Bernama) -- Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Kijal, Datuk Ahmad Said hari ini menerima watikah perisytiharan pelantikan sebagai Menteri Besar Terengganu yang baru daripada Majlis Penasihat Pemangku Raja (MPPR) dalam satu upacara tertutup di Istana Tetamu di sini, pagi ini.

Ahmad, 51, menerima watikah pelantikan itu daripada Yang Dipertua majlis itu, Tengku Sri Panglima Raja Tengku Baderulzaman dengan disaksikan dua lagi anggota MPPR iaitu Tengku Sri Laksamana Raja Tengku Sulaiman Sultan Ismail dan bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Abdul Kadir Sulaiman.

Pengelola Istana Sultan Terengganu Mohd Yasim Awang memberitahu Bernama majlis angkat sumpah jawatan menteri besar itu bagaimanapun masih belum ditetapkan lagi.

Majlis hari ini dihadiri oleh enam Anggota Dewan Pangkuan Diraja, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Mokhtar Nong, Penasihat Undang-Undang Negeri Mohamad Sekeri Mamat dan Ketua Polis Negeri Datuk Ayub Yaakob.

Majlis, yang dikawal ketat oleh anggota polis di luar istana itu, bermula pada pukul 8.20 pagi dan selesai kira-kira lapan minit kemudian.

Ahmad, yang juga Ketua Umno Bahagian Kemaman, dilihat memasuki Istana Tetamu pada pukul 7.25 pagi dengan diiringi oleh Ayub dan meninggalkan istana kira-kira 8.45 pagi dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda.

Kesemua anggota media, kecuali jurugambar dan jurukamera Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), tidak dibenarkan memasuki istana untuk membuat liputan majlis berkenaan.

Para wartawan yang cuba untuk mendapatkan maklum balas Ahmad selepas majlis itu gagal menghubunginya.

Terdahulu, 22 ADUN BN, yang diketuai oleh Setiausaha Badan Perhubungan Umno Negeri, Datuk Rosol Wahid, yang membantah pelantikan Ahmad sebagai Menteri Besar Terengganu baru bagi menggantikan Datuk Seri Idris Jusoh, tiba di Istana Tetamu pada kira-kira 7.50 pagi bagi menyerahkan surat bantahan terhadap pelantikan berkenaan.

Rosol, yang tidak dibenarkan memasuki istana itu, kemudian menyerahkan surat tersebut kepada Setiausaha Penasihat Pemangku Raja Terengganu, Shafie Ali.

Ketika ditemui pemberita, Rosol berkata surat itu antara lain, menyatakan bahawa kesemua 22 wakil rakyat BN menyokong penuh supaya Idris dilantik semula sebagai Menteri Besar dan menolak pelantikan Ahmad untuk memegang jawatan utama itu.

"Kita sepakat untuk menyokong Datuk Seri Idris. Tiada lagi pemimpin yang layak untuk memegang jawatan Menteri Besar selain daripada beliau (Idris)," kata Rosol.

Pelantikan Ahmad itu, katanya tidak sah dan berharap pihak yang terlibat memandang serius perkara itu kerana ia melibatkan kepentingan rakyat negeri ini.

Rosol berkata jika Ahmad meneruskan hasratnya mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar, wakil rakyat Kijal itu telah melanggar peraturan parti dan boleh dikenakan tindakan termasuk dilucutkan keanggotaannya.

"Sebab itu, kami hantar surat bantahan itu kerana Setiausaha Agung Umno dan BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor telah memaklumkan perkara itu kepada saya malam tadi (bahawa tindakan Ahmad itu melanggar Perlembagaan Umno)," katanya.

Rosol berkata surat bantahan ini telah dihantar kepada Ahmad dan salinannya kepada Yang Dipertua MPPR.

Sejak BN Terengganu menang pada pilihan raya umum 8 Mac lepas, dengan memenangi 24 daripada 32 kerusi DUN dan tujuh daripada lapan kerusi Parlimen, kerajaan negeri telah berfungsi tanpa menteri besar.

Semalam, Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata Ahmad boleh dikenakan tindakan tatatertib oleh parti itu jika menerima jawatan menteri besar kerana mengingkari arahan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang mahu Idris dikekalkan sebagai menteri besar.

Idris juga menerima surat tauliah daripada Abdullah sebagai Menteri Besar Terengganu.

Dalam pada itu, beberapa penyokong Idris dilihat berhimpun di kediaman rasmi Menteri Besar di Seri Iman di sini, bagi memberikan sokongan kepada wakil rakyat Jertih itu supaya dilantik semula sebagai menteri besar untuk penggal kedua.

Ahmad, yang merupakan bekas Ketua Pemuda Umno Terengganu, berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains Politik dari Universiti Sains Malaysia (USM), mula menyandang kerusi DUN Kijal pada pilihan raya umum 1990, tetapi gagal mempertahankan kerusi itu pada pilihan raya umum 1999 setelah tewas di tangan calon PAS, Mehamed Sulong dengan majoriti 264 undi.

Pada pilihan raya umum 2004, Ahmad merampas semula kerusi DUN Kijal apabila menewaskan Mehamed dengan majoriti 3,496 undi.

Ahmad, yang sebelum ini pernah bertugas sebagai Penolong Pegawai Daerah di Kemaman dan Setiu, Terengganu dilantik sebagai exco kerajaan negeri pada Mac 2004 dan memegang jawatan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri.

NEGARA TERLEPAS PANDANG

Email dari: "ahmad ramli Shaarani"

setinggan yang perlu di Perhatian

Projek PKB yang sakit dan TERLEPAS PANDANG
pkrlangkawi.blogspot.com
Kuah, Langkawi
22hb.mac, oleh: ybmat

Dalam lawatan saya ke sebuah Kampung Tepi Laut, Kuah lebih kurang 200 meter daripada Jalan Utama Kuah ke Kelibang yang dalam Kawasan Bandaraya Pelancungan saya amat terkejut dengan keadaan rumah-rumah di kampung tersebut. Dengan tiada sistem peparitan dan kemudahan jalan yang sesuai juga mereka terpaksa membayar RM50.00 untuk bekalan air, RM50.00 bekalan letrik sebulan. Itupun belas ihksan dari pendunduk kampung sebelah, dari maklum balas penduduk tersebut mereka telah duduk di kampung tersebut lebih dari 15 tahun.

Dan mereka hanya memohon jasa baik kepada Pihak yang berkenaan supaya dapat menguruskan dalam menyediakan kemudahan asas setahap dengan status Bandaraya. Dan mereka berharap agar dengan Kerajaan Negeri yang baru tidak memberi alasan yang sama dengan kerajaan yang lalu dengan alasan ` terlepas pandang ' .
Berhampiran dengan Kampung tersebut satu projek perumahan yang diusahakan oleh anak syarikat kerajaan negeri (Permodalan Kedah Berhad) yang telah ditinggalkan usang lebihkurang 4 tahun yang lepas tiada berita. Mengikut bakal pembeli yang terinaya beliau telah membayar sebanyak RM800.00 untuk mendapatkan borang rumah tersebut, dan sehingga hari ini tiada sebarang berita dari Pemaju tersebut. Mungkin ini juga mereka Terlepas Pandang.
Cuba anda perhatikan sebagai rakyat malaysia segala permasalahan yang berlaku hari ini apa yang diperkatakan hanya dengan alasan terlepas pandang. Biarpun dengan perkara-perkara besar menglibatkan dasar-dasar negara dan sebaginya.

Diposting oleh http://pkrlangkawi.blogspot.com

INI LAH MUSUH UMNO TERENGGANU



Menyedihkan ... UMNO mengulangi sejarah kebiadapan mereka kepada Baginda Sultan. Daulat Tuanku. Persetankan mereka itu.

Posting terkini

Blog Archive