KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Apr 1, 2008

Najib bukan lagi calon PM terbaik, kata Dr M

 Tranungkite
"Walaupun dahulu saya kata Najib tetapi tidak tahulah mengapa, saya ubah fikiran," katanya apabila ditanya sama ada beliau masih kekal dengan pendirian bahawa Timbalan Perdana Menteri itu adalah calon terbaik untuk mengambil alih jawatan nombor satu negara.

Dr Mahathir berkata demikian pada sesi soal jawab selepas menyampaikan ucaptama pada Forum Umno Pasca Pilihan Raya ke-12, Satu Penilaian anjuran portal mykmu.net di sini, Selasa.

Sebelum itu, dalam ucapannya, Dr Mahathir berkata Kabinet dan majlis tertinggi (MT) Umno sudah tidak lagi relevan kerana keputusan penting melibatkan negara dan parti dibuat oleh pihak lain.

Bekas Perdana Menteri itu berkata Kabinet dan MT kini dianggotai hanya oleh orang yang hanya akan mengangguk dan mengiyakan keputusan, walaupun keputusan itu dipengaruhi oleh kaum keluarga Perdana Menteri.

Sambil mengulangi permintaannya agar Abdullah meletak jawatan kerana dikatakan bertanggungjawab terhadap pencapaian buruk Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya yang lalu, Dr Mahathir berkata peralihan kuasa itu perlu kerana pemimpin hari ini sudah tidak tahu memimpin.

Dr Mahathir berkata Umno perlu dipulihkan bagi mengembalikan keyakinan rakyat, terutama orang Melayu terhadap perjuangannya dan Abdullah, katanya, perlu faham mesej daripada rakyat yang mahukan beliau mengundur diri.

"Jika sampai hancur baru hendak sedar, masa itu sudah tidak berguna lagi," katanya sambil menambah Abdullah juga telah silap mengadakan pilihan raya pada masa yang tidak sesuai.

Selain itu, Dr Mahathir mendakwa, pencapaian buruk BN dan Umno juga berpunca daripada pemilihan calon yang tidak menepati kehendak pengundi.

"Senarai calon bukan seperti yang dikemukakan negeri, tetapi apabila di bawa ke Pejabat Perdana Menteri, ia disemak oleh pihak tertentu di bilik sebelah. Kesannya, ramai jaguh Umno disingkir, orang baru diberikan tempat. Inilah pembaharuan ala KJ (menantu Abdullah Khairy Jamaluddin). Ini antara sebab kita kalah lima negeri. more...

Wow !!!

Sexy lingerie now also for the dead

(...) Shop owner Tay Lay Nah said the ‘intimate clothing’ were in the market last year but had improved a lot in design and pattern.


Popular items: Tay showing some of the lingerie items made of cardboard which are selling like hot cakes in Penang.

“The paper undergarments we imported from China this year are of much better quality.

“They also come in more creative designs this year, such as the sweet flowery prints and sophisticated monogram designs to cater to different tastes,” she said.

Tay said the underwear sets, selling at RM4 each, received a good response from her clients. more on theStar...

Amanat terakhir 'Ibu' Yusni Jaafar!


Pada awal bulan lepas, arwah Yusni Jaafar ada titipkan pesanan pada penulis yang dia begitu gembira apabila kembali tinggal bersama familinya di Subang Jaya setelah beberapa waktu membawa diri.

Pesanan seperti, "Ibu gembira ayah ada, anak-anak ibu semua ada. Lama ibu tak tidur dengan ayah, Ema, Erna dan cucu-cucu ibu. Lepas ini ibu hendak pergi jauh. Tak payah cakap siapa-siapa. Kalau siapa cari ibu kata ibu happy sangat sekarang..."

Terngiang-ngiang lagi pesanan itu di cuping telinga. Siapa sangka petanda yang akan datang. Kata orang 'Gabak di hulu tanda akan hujan, cewang di langit tanda akan panas...'

Sepanjang perbualan, suara arwah begitu ceria dan terus berbual dalam bahasa Inggeris. Sesekali, arwah membaca petikan dari surah dalam Al Quran melahirkan betapa 'rindunya hendak pulang' dan persiapannya untuk menemui Pencipta. more....at Mstar

HIIMPUNAN RAKYAT DI STADIUM MELAWATI



Himpunan Rakyat Stad Melawati 31 Mac 2/3
Himpunan Rakyat Stad Melawati 31 Mac 3/3

Bush booed at 2008 Nationals home opener

Kami tidak meneruskan kesilapan dan kezaliman - Tan Sri Khalid


Tan Sri Khalid jelaskan pendirian Selangor mengenai setinggan

KeADILan

Shah Alam, Mac 28 - Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim menjelaskan pendirian Selangor mengenai isu setinggan dan pekerja asing.

“Saya menghargai keprihatinan yang dipamerkan oleh beberapa badan bukan kerajaan mengenai rancangan saya untuk Selangor sejak beberapa hari yang lalu.

“Kerajaan Selangor yang baru mendapat dokongan rakyat kerana kami bertekad membuka lembaran baru dalam arus pembangunan Selangor, pendekatan yang akan menumpukan kepada kesejahteraan hidup rakyat, memudahkan perniagaan dan meningkatkan ekonomi untuk semua” kata beliau.

Tan Sri Khalid menjelaskan bahawa cadangan beliau untuk mengenakan levi RM 9 daripada majikan bagi setiap pekerja asing mereka adalah untuk berdepan dengan isu sebenar berkenaan pergantungan Selangor kepada pekerja asing dan kepingitan belia yang kini menganggur atau tidak mendapat kerja yang sepatutnya.

“Wang yang dipungut akan diagihkan untuk meningkatkan kemahiran belia supaya nilai mereka bertambah dan meningkatkan pembangunan Selangor dan Malaysia ke tahap yang lebih mantap.”

Tan Sri Khalid tegaskan bahawa Kerajaan Negeri Selangor komited untuk mengatasi masalah ini melalui proses yang sah dan menghormati hak asasi manusia dan akan mengkaji dengan lebih mendalam bagi melaksanakan dasar ini.

Beliau turut bercadang untuk terus mengurangkan bilangan setinggan di negeri ini untuk membebaskan mereka daripada kitaran kemiskinan dan menjamin hak asasi rakyat untuk mendapat tempat kediaman yang selesa tetapi turut mengiktiraf hak tuan tanah.

“Selangor merupakan negeri yang maju dan rakyatnya perlu mendapat rumah yang mampu dimiliki. Kami tidak akan menangani isu ini sama seperti yang dilakukan oleh kerajaan sebelum ini, yang melaksanakan polisi setinggan sifar untuk memberi tanah kepada pihak-pihak berkaitan dan tanpa menghormati kebajikan setinggan. Sebaliknya kami akan terus menekankan hak perumahan untuk semua.” kata beliau.

Selangor juga akan menentukan perumahan kos rendah mencapai spesifikasi minima yang lebih baik. Garis panduan baru akan diwujudkan untuk menentukan hak dan kebajikan setinggan dipertahankan setiap masa.

“Kami merancang memperkenalkan proses rundingan dengan semua pihak terbabit, termasuk badan-badan bukan kerajaan dan sektor korporat untuk memastikan semua pihak dapat memberi input dan mendapat maklumat yang sahih mengenai rancangan kami.

“Kami tidak berhasrat meneruskan amalan lama meneruskan kesilapan dan kezaliman dengan penguatkuasaan berat sebelah untuk syarikat-syarikat kroni untuk menyelesaikan isu pekerja asing dan setinggan, tetapi kami mengambil pendekatan baru mengikut proses yang sah yang mengambil pendekatan berimbang terhadap implikasi sosial dan komersial untuk pembangunan Selangor” jelaskan Tan Sri Khalid.

Dalam suatu kenyataan yang dikeluarkan oleh setiausahanya Ahmad Zaki Yamani, Angkatan Muda KeADILan Malaysia menyuarakan keyakinan mereka bahawa Menteri Besar Selangor akan mencari jalan terbaik yang adil dan manusiawi untuk memastikan para peneroka bandar dapat keluar daripada status ‘setinggan’ mereka.

“Setiap rakyat Selangor perlu diberi peluang yang adil untuk memiliki hartanah dan pada masa yang sama hak pemilik tanah dihormati dan diberi peluang untuk membangunkan hartanah mereka.

“Ini ‘keseimbangan’ yang perlu dicari seperti yang dinyatakan oleh Tan Sri Khalid. Kerajaan perlu memainkan peranan utama dengan bertanggungjawab dan penyayang. Pada masa yang sama, syarikat-syarikat perlu berperanan sebagai warga korporat yang prihatin” kata Ahmad Zaki.

Mukhriz hentam Pak Lah secara terbuka



Agendoldaily
Satu forum menilai keputusan pilihanraya 8 Mac yang dianjurkan oleh sebuah laman web di Hotel Singahsana Petaling Jaya pagi Selasa berlangsung dalam suasana panas.Tiga penal forum itu ialah ahli parlimen Jerlun yang juga Exco Pemuda UMNO Datuk Mukhriz Mahathir,bekas Menteri Besar Selangor Datuk Seri Dr Khir Toyo dan ahli parlimen Batu Pahat dan Ketua Penerangan UMNO Johor Datuk Dr Fuad Zakarshi.Ucaputama disampaikan oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Kira-kira 3,000 orang hadir.Mukhriz yang sebelum ini ada tulis surat meminta Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, dalam ucapannya antara lain telah menghentam secara terbuka kepimpinan Perdana Menteri.Beliau mendakwa berbagai kelemahan kepimpinannya telah menyebabkan prestasi teruk Barisan Nasional dalam pilihanraya umum baru-baru ini.Anak bekas Perdana Menteri itu berkata beliau sedia memimpin untuk membawa perubahan dalam UMNO.Dr Fuad pula antara lain berkata Pemuda UMNO gagal untuk menawan hati gegerasi muda dan satu reformasi kepimpinan perlu dibuat dalam kepimpinannya.Dr Khir pula antara lain meminta semua pihak tidak emosi dan sebaliknya terus menjalankan usaha menarik balik sokongan rakyat.Semasa sesi soal jawab kalangan hadirin telah mengemukakan berbagai soalan 'panas' kepada para hadirin.

Sebelum itu, Amaran di keluarkan oleh Mat Tyson
Dalam mesyuarat BN Negeri Selangor, Pengerusi BN Selangor baru Senator Tan Sri Muhammad “Mike Tyson” Muhammad Taib memutuskan ahli UMNO dilarang sama sekali untuk menyertai Forum “UMNO Pasca PRU 12” anjuran portal politik MyKMU.net Selasa 1 April 2008 ini di Petaling Jaya. more...

Kita Lawan Fitnah Mereka - Peguam Anwar Ibrahim

KeADILan

KUALA LUMPUR: Selepas ditujah dengan pelbagai fitnah dan tohmahan, Ketua Umum KeADILan Anwar Ibrahim sudah memperkemaskan persiapan dalam kes saman terhadap bekas aktivis Dr Chandra Muzaffar dan timbalan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin sebagai respon kepada serangan mereka dalam dua insiden berasingan menjelang PRU12 lalu.

Ketika ditemui Suara KeADILan 31 Mac lalu, Peguam Sankara Narayanan Nair berkata pihaknya sudah bersiap-sedia untuk membawa Dr Chandra dan Khairy ke mahkamah dan yakin keadilan akan berpihak kepada kliennya, Anwar Ibrahim.

Menjelaskan dua insiden berkenaan, Sankara berkata Khairy menggambarkan Anwar Ibrahim seorang manusia yang rendah moral, luar tabii dan tidak mempunyai nilai-nilai Islam kepada kelompok pendengar dalam satu ceramah Umno di Lembah Pantai 20 Februari lalu.

Sementara Chandra pula menuduh Anwar Ibrahim “menggalakkan dan mencetuskan perpecahan kaum di kalangan kaum di Malaysia,” dalam satu forum lalu seperti yang dilaporkan akhbar New Strait Times 4 Mac lalu.

Khairy dan Chandra masing-masing diberi masa 48 jam – dari 4 Mac hingga 6 Mac – untuk memberi jawapan. Sekiranya gagal pihak guaman Anwar diarahkan untuk “mengambil tindakan undang-undang” terhadap mereka.

Anwar Ibrahim juga memfailkan saman RM10 juta setiap satu, selain dari tuntuan memohon maaf secara terbuka, kerana tindakan mereka mencemar maruah beliau dengan tuduhan berniat jahat.

“Fitnah-fitnah ini harus dihentikan. Ia berniat jahat dan mempunyai motif politik untuk mencemar maruah klien saya. Kita akan lihat nanti bagaimana mereka mempertahankan fitnah mereka di mahkamah,” kata Sankara.

Temubual penuh bersama Sankara Narayanan Nair boleh dibaca dalam keluaran Suara Keadilan akan datang.

Ketua Pemuda Umno Bahagian diheret keluar dewan

ImageHarakahdaily
Aznizam Adham yang bangun berucap dan mendakwa menyampaikan pandangan kalangan pemuda elit terpaksa menerima hakikat bahawa beliau tersalah 'gelanggang' hingga menyatakan cadangan sedemikian.

Beliau pada mulanya melontarkan idea supaya Umno dipulihkan selepas mengalami kekalahan pada pilihan raya umum yang lalu dengan agenda pembaharuan.

Namun berikutan menamakan Anwar dalam cadanngannya itu, Aznizam yang memakai baju bewarna cokelat gelap diheret oleh beberapa orang pemuda dan penonton, sementara penonton yang lain turut bertempik marah dengan cadangan Aznizam.

Keadaan menjadi kalut kira-kira 5 minit sebelum ditenangkan oleh pengerusi forum dan beberapa orang pengawal bagi pihak penganjur.more...

Posting terkini

Blog Archive