Clip 1
...
Clip 2
...
Clip 3
...
Clip 4
...
Apr 10, 2008
BABI: UMNO PUNYA ANGKARA
Labels: Isu Babi Selangor, Video
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
PERISTIWA DI DEPAN NAJIB...UPDATE
Depa kata...Pengerusi Perhubungan Umno Kedah, Dato' Seri Mahdzir Khalid teruk 'dibelasah' oleh anak-anak buahnya di depan Timbalan Presiden Umno, Dato' Seri Najib Tun Razak. Peristiwa itu berlaku dalam pertemuan Najib dengan pemimpin-pemimpin Umno Kedah. Dengar ceritanya, macam-macam perkara diluahkan keluaq, dari hal jet peribadi sampai la kisah dengan Sang Puteri.
Depa jugak kata, Dato' Paduka Badaruddin pun kena jugak dalam majlis tu. Puncanya, dia cuba nak minta depa yang hadir tunjukkan sokongan pada Pak Lah, tapi tak sapa peduli permintaan dia...
Kesian Tok Bad. Hilang la gamaknya mud dia nak buat lawak dua tiga hari ni.
Satu lagi, majoriti pemimpin-pemimpin Umno di Kedah ni juga dikatakan mendesak Najib secara terbuka supaya bertanding jawatan yang lebih tinggi kerana depa jelas tak puas hati dengan prestasi penyandang jawatan yang dok ada la ni...
Labels: Belit BN Belit UMNO
cilok & ciplak by radenjowo 1 comments
Berita baik untuk PKR Bhg Temerloh
Lubokkawah - Saya ada berita baik untuk PKR Temerloh dan untuk sahabat saya Sdr Ahmad Nizam Hamid, yang bakal mengambil alih Ketua Bahagian PKR Bahagian itu setelah Kak Jee terpaksa meninggalkannya kerana menjadi ADUN dan Ahli EXCO di Selangor.
Saya telah bertemu dengan rakan-rakan saya, bahkan penyokong-penyokong saya terdiri daripada Ketua-Ketua UMNO Cawangan di Temerloh yang menyatakan bahawa mereka sudah bosan dengan UMNO dan akan menyeberang ke PKR.
"Bukan kami saja, kami akan bawa ramai ahli-ahli UMNO menyeberang. Kami akan tubuhkan cawangan-cawangan (JDM) disetiap kampong. Kami bosan betul dengan UMNO, pemimpin-pemimpin asyik memperkayakan diri mereka saja, sedangkan kami ahli-ahli UMNO habuk pun tadak!" kata seorang Ketua salah sebuah cawangan di Lanchang.
Berita ini akan saya sampaikan kepada PKR Temerloh dan kepada Sdr Nizam. Insya Allah, saya akan turun membantu agar proses ahli-ahli UMNO menyertai PKR di Temerloh akan dapat dipercepatkan lagi!
Labels: Lompat parti
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
KL tengahari 01.04.2008
melayuhot
KL Hujan lebat .....
Gambar diambil pada pukul 2.02, 1 april 2008. pandangan dari aras 52, menara 1, menara berkembar PETRONAS, KLCC....





Labels: Ilmu
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
I will still criticise Pak Lah - Sang Kelembai
Labels: Sang Kelembai
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Suspect held over soldier's death
NST - Police have detained one suspect in connection with the death of private Mohd Sharizal Mohd Shaffie in the lock-up of the Sungai Besi army camp on Sunday.
Kuala Lumpur police chief Datuk Muhammad Sabtu Osman confirmed that an army personnel had been arrested.
"We have remanded the man for seven days to assist in the probe."
However, Sharizal's uncle Mohd Fahmi Omar, 43, when met at the Cheras police headquarters yesterday, said he hoped police would be transparent in their investigation.
Fahmi, who was at the police station to make the family's first report since the incident, said he was worried about the outcome of the investigation
He said he was curious to know what actually transpired in the cell.
"His death is filled with conspiracy.
"There are so many unanswered questions in our minds. Why was Sharizal kept in detention?
"Why were we not informed of the detention? If it was food poisoning, why was he the only victim?" more...
Labels: Bunuh Sharizal, Tentera
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
April 14: Big day for Abdullah and Anwar
This day has taken on sudden significance for Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi at his choosing. He needs to rouse a Barisan Nasional demoralised by the results of Election 2008 while he addresses BN elected representatives he has called to gather.
In contrast, the dark mood of PKR supporters observing the day their de facto leader Anwar Ibrahim was convicted of corruption will change totally to celebration, also marking the end of his ban on running for political office. He will savour the moment with his Opposition coalition partners.
PAK LAH PEP TALK
Malaysianinsider
APRIL 10 — Datuk Seri Abdullah Ahmad will address all Barisan Nasional elected representatives on April 14 – the first time he is coming face-to-face with them since Election 2008.
This will be a prep session for MPs and state assemblymen who will face a stronger and more robust Opposition in Parliament and the unfamiliar prospect of being in the minority in Perak, Selangor, Penang and Kedah. The prime Minister is expected to remind BN officials on the importance of attending all sessions in Parliament and the state assemblies, and putting up a credible show during debate time.more...
Labels: Anwar Ibrahim, Dollah Pening
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Abdullah Diminta Berundur
Kudakepang - Majoriti pemimpin UMNO peringkat bahagian di Kedah sependapat bahawa kekalahan teruk BN dalam PRU12, termasuk di Kedah, adalah angkara kepimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Khairy Jamaluddin selaku menantu Abdullah juga turut menyumbang kepada kekalahan berkenaan.
Oleh itu, hampir keseluruhan pemimpin UMNO Kedah menggesa Abdullah untuk segera mengundurkan diri sebagai Perdana Menteri, pengerusi BN dan Presiden UMNO. Khairy juga didesak meninggalkan UMNO dengan serta merta.
Pendapat dan gesaan di atas disuarakan oleh majoriti kepimpinan UMNO Kedah peringkat bahagian dalam satu majlis tertutup dengan delegasi UMNO Malaysia pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak, di Kelab Cinta Sayang, Sungai Perani. Kedah, padi tadi. (10 April 2008)
Kepimpinan UMNO yang hadir juga mencadangkan supaya Najib diberikan mandat jadi Perdana Menteri dengan Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin yang turut menyertai delegasi berkenaan, sebagai Timbalannya. Saranan ini menerima tepukan gemuruh daripada hadirin.
Perkembangan di Kedah ini mencerminkan realiti sentimen sebenar anggota dan pemimpin UMNO akar umbi pasca PRU12 di seluruh negara. Malangnya, Abdullah yang terus berada dalam state of denial tidak mahu menerima hakikat ini. Sebab itulah Abdullah kini dalam proses memburu pihak-pihak yang kononnya mensabotaj UMNO dan BN sehingga kononnya menyebabkan BN kalah teruk dalam PRU12. more...
Manakala ....
Cabar Abdullah, kata Umno Kedah
Malaysiakini
(...) Difahamkan, mesyuarat selama tiga jam di sebuah resort di Sungai Petani menyaksikan perdebatan yang panas, termasuk nada menyalahkan presiden Umno itu, sehingga memaksa Najib mententeramkan keadaan.
"Pemimpin-pemimpin bahagian itu menyatakan (mantan perdana menteri Tun) Dr Mahathir (Mohamad) sepanjang pentadbirannya selama 22 tahun tidak menyebabkan BN dan Umno kalah seteruk itu. more...
Labels: Dollah Pening
cilok & ciplak by radenjowo 1 comments
Ini tentang RM490 juta
Projek pusat sukan berprestasi tinggi di London dihentikan
Utusanmerapu - Kerajaan membuat keputusan menghentikan projek pembinaan pusat sukan berprestasi tinggi di bangunan Tun Abdul Razak Research Centre (TARRC), Brickendonbury, London berkuat kuasa serta merta.
Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan tidak meneruskan projek yang dikatakan akan dibina dengan kos RM490 juta itu telah dipersetujui oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
``Keputusan dibuat selepas meneliti semua aspek dan pandangan pelbagai pihak serta harapan yang tipis untuk menampilkan rayuan terhadap keputusan Majlis Bandaraya Brickendonbury yang menolak cadangan pembinaan pusat sukan itu pada Ogos tahun lalu,'' katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di pejabatnya di sini hari ini.
Pusat itu terletak di kawasan seluas 16 hektar di utara London, kira-kira 24 kilometer dari tapak Perkampungan Sukan Olimpik London 2012.
Ia dicadangkan akan dibina bangunan pentadbiran, sebuah makmal, kuarters kakitangan, kantin, padang bola sepak, kolam renang dan gelanggang kriket.
Labels: BN Membazir
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments

