KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Aug 27, 2008

Semua blogger di kenakan tindakan?

Beberapa hari yang lepas, ada ura ura tindakan akan di kenakan kepada blogger, rujuk SINI

Semalam, Malaysia today sudah di sekat dari dilayari [SINI] dan hari ini Mahathir membuat kenyataan di bawah,

Reaksi Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi mudah diramal. Cadangan kempen ini ditafsir olehnya sebagai perbuatan kurang ajar. Dan seperti biasa ugutan dibuat supaya polis akan ambil tindakan terhadap blogger berkenaan. Lain-lain blogger juga dibelasah sebagai tidak berfaedah dan mendatangkan kesusahan kepada rakyat. - chedet
Adakah Mahathir juga di kenakan tindakan kerana beliau bukan lagi UMNO dan sekarang di gelar blogger?...

Umno yang tulis blog - Dr. Hatta

Ini jawapan dari kepimpinan PAS ... Steady dan tak melatah. Serta tak menggunakan undang undang untuk sekat blogger walaupun blogger tersebut membuat kenyataan tanpa bukti ......

Bendahari PAS, Dr Hatta Ramli enggan mengulas berhubung dakwaan di blog Anti Husam bahawa ahli parlimen Kuala Krai menyelewengkan sumber kewangan parti.

"Saya tidak mahu respons apa-apa. Saya ingat, (tuduhan) itu orang Umno yang tulis blog tersebut.

"Orang yang kita tidak tahu (latar belakangnya), macam mana kita nak respons," katanya kepada Malaysiakini petang ini.

Dalam tulisan pada tarikh 19 Ogos lalu, blog yang dibangunkan bagi menyerang habis-habisan naib presiden Datuk Husam Musa dan "kumpulan Erdogan", termasuk Dr Hatta, menyatakan akan membongkar penyelewangannya jika ada bukti yang cukup.... selanjutnya.
ini blog yang dimaksudkan http://antihusam.blogspot.com/
Bagaikan ada tujuan melaga lagakan kepinpiman PAS. Kalau ada bukti ... buat laporan. Kalau tak der .. tak payah la.

Korang rasa MCMC nak contact owner blog ni untuk bincang soal etika blogger? Chettttt !!!

Jakim ..... Ramlang Porigi atau Avril Lavigne ?

Aku nak sokong Imam Ramlang Porigi atau gi tonton konsert Avril Lavinge?

Sokong, tonton, sokong, tonton,Sokong, tonton, sokong, tonton,Sokong, tonton, sokong, tonton,Sokong, tonton, sokong, tonton,

Sebelum wat keputusan ... aku nak baca dulu keratan berita.....

Imam Masjid Wilayah Persekutuan, Ramlang Porigi (gambar) boleh dikenakan tindakan tatatertib kerana terlibat dengan kempen pilihan raya Permatang Pauh yang berakhir semalam.

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz berkata penjawat awam yang terlibat dengan program kempen pilihan raya adalah bercanggah dengan peraturan kerajaan. - MStar
dan ini .....?

http://i3.iofferphoto.com/img/item/247/484/17/o_Avril_Lavigne_Blender_6-07.jpg

Huh ... susah nak buat pilihan niiiiiii !!!!! Kena tanya JAKIM ...

P. PAUH | Kenyataan dari Tengku Razaleigh

Kenyataan Keputusan Pilihanraya Kecil Permatang Pauh
26 Ogos, 2008

YBM Tengku Razaleigh Hamzah
Ahli Parlimen, Gua Musang
31 Jalan Langgak Golf
55000 Kuala Lumpur

Lima bulan lalu UMNO mengalami hakisan dominasi politik terburuk dalam sejarah menerusi Pilihanraya Umum yang menyaksikan kehilangan kuasa di lima buah negeri serta penguasaan dua pertiga kerusi Parlimen, dan kini ia berulang lagi melalui Pilihanraya kecil di Permatang Pauh.

Kekalahan ini begitu dirasai walaupun dengan mengerahkan seluruh kepimpinan dan menggunakan pelbagai sumber yang ada namun parti yang telah menerajui kerajaan selama lima puluh tahun kecundang juga akhirnya.

Disebalik pelbagai kempen walaupun hingga ketahap menghina dan memecah-belahkan perpaduan rakyat. ternyata kita tetap kalah Sewajarnya kita menerima hakikat sebenar: kita telah dikuburkan dan bukan kita menguburkan mereka:

  • Kepimpinan Negara masa kini jelas telah ditolak oleh rakyat dan ahli-ahli kita sendiri. Kiraan undi untuk calon Barisan Nasional kurang daripada jumlah keseluruhan ahli UMNO di Permatang Pauh.
  • Dikalangan parti-parti komponen, kempen kita bukan sahaja tidak bermaya, bahkan tidak diselaras dan diselia dengan baik.
  • Keyakinan rakyat terhadap Perdana Menteri dan Timbalannya yang terhakis selepas pilihanraya umum 8 Mac 2008 kini terhapus dan lebur sama sekali.
Laporan yang dihantar kepada Perdana Menteri selaku Ketua Perhubungan UMNO Pulau Pinang dan Pengerusi BN, tidak mungkin mampu menyembunyikan kehilangan kredibiliti dirinya sebagaimana diperlukan untuk mengurus serta mentadbir Negara, apatah lagi bagi mengemudinya ke arah baru dalam dunia yang serba kompleks. Beliau tidak lagi mempunyai kredibiliti yang diperlukan kearah penyatuan Negara. Keadaan ini amat merbahaya dan tidak boleh dibiarkan berterusan: semestinya ia tidak akan berterusan.

Dalam kemelut sebegini, saya merayu kepada ahli-ahli UMNO dan parti-parti komponen BN supaya terus bersama UMNO saat menghadapi krisis ini. Rakyat Malaysia dan ahli akar umbi UMNO sudah melaungkan suara keramat menuntut kepimpinan yang boleh dipercayai dan diyakini mampu menyatukan mereka, untuk mengembalikan kepercayaan terhadap institusi kerajaan serta terus mara dengan wawasan yang jelas.

Hari ini membuktikan arah aliran serta suara kebangkitan rakyat dan ahli UMNO akar umbi tidak boleh dihalang. UMNO mesti berubah. Marilah kita mulakan dengan memulihkan kepimpinan Parti. Saya yakin bersama kehadiran Disember, kita mampu serta akan berbuat demikian.

Tengku Razaleigh Hamzah

Etika blogger

dipetik dari Malaysiakini berkenaan dengan tindakan menyekat laman web Malaysiatoday

malaysia today website 270808“We are governed by the Communications and Multimedia Act (1998) which allows us to take preventive measures and advise our license holders (such as ISPs) when a service user may be contravening national laws,” he said.

Under Section 263 of the Act, a licensee must “use his best endeavour” to prevent his/her facilities from being used to violate any law in the country.

Mohamed Sharil said that MCMC will be communicating with the Malaysia Today owner Raja Petra Kamaruddin and other blog owners soon regarding “ethical blogging”.

“We are not against blogs, but we would like to see ethical blogging,” he stressed. - Malaysiakini
Aku tunggu bila agaknya etika akhbar dan wartawan nak di praktikkan ...
kalau etika mereka di guna pakai, blogger pun ramai la menganggur nanti.

Terima kasih Saiful dan Mahasiswa UiTM…

 bmbupm | Jutaan terima kasih kepada Saiful dan juga mahasiswa UiTM yang keluar berdemonstrasi. Kerana anda, majoriti undi PKR di Permatang Pauh meningkat 2000 undi. Masa Wan Azizah dulu, masa PRU dulu, majoriti hanya lebih kurang 13 000 majoriti sahaja. Tapi, Anwar Ibrahim berjaya meningkatkan undi majoriti kepada 15000 lebih undi.

Terima kasih banyak-banyak kepada Saiful (budak yang bergelar mahasiswa yang tak malu mengaku diliwat Anwar tu la…) kerana beliau berjaya menambah undi kepada PKR di pilihanraya kecil di Permatang Pauh semalam. Juga terima kasih banyak-banyak kepada mahasiswa UiTM yang telah dijadikan kuda tunggangan UMNO di seluruh UiTM di Malaysia, kerana usaha anda berdemonstrasi dan mencetuskan huru-hara perkauman beberapa minggu lepas, telah memberi peluang kepada Pakatan Rakyat meningkatkan undi di Permatang Pauh semalam.... selanjutnya.

Anwar sudah tersenarai


Hahaha ...sudah tersenarai di dalam laman web Parlimen Malaysia. KLIK imej untuk ke sana.

Malaysia Today blocked ?

Malaysia Today blocked! Order from MCMC
sanooaung
| Controversial online portal Malaysia Today had its access blocked by the country’s largest internet service provider (ISP) TMnet.

Malaysian Communications and Multimedia Commission (MCMC) chief operating officer Mohamed Sharil Tarmizi confirmed that the block was ordered by the commission.

The domain name - http://www.malaysia-today.net - has been unaccessible to TMnet subscribers since yesterday evening as a result of the blockage - known technically as ‘DNS blackhole list’.

TMnet subscribers however can still access the website by typing in Malaysia Today’s IP address or an alternative web address in their web browsers.

also refer to - 1426

di dalam laman web tersebut di tulis di bahagian atasnya ....

"Malaysia Today is being blocked by TMNet. To access Malaysia Today please go here"
pada sesiapa yang masih ingin melawat laman web Malaysiatoday .... sila gi mirror nya di SINI
atau gi ke IP Address nya http://202.75.62.114/2008/

Siapa membeli dan siapa kena beli?

Ini kata mahathir dalam berita hari ini

``Dia (Anwar) fikir bahawa dia boleh beli mereka (Ahli Parlimen BN), tetapi dia mesti ingat ada orang lain boleh menawarkan harga lebih tinggi,'' katanya kepada pemberita di Yayasan Kepimpinan Perdana, di sini hari ini. - UM
dan beberapa hari lepas dengan yakinnya Najib berkata,
Datuk Seri Najib Razak menafikan dakwaan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Jeffrey Kitingan, kononnya 13 Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dari Sabah akan melompat untuk menyertai Pakatan Rakyat.

Timbalan Perdana Menteri berkata, beliau sudah mendapat pengesahan daripada Ahli Parlimen Kimanis, Datuk Anifah Aman, mengenai dakwaan itu, yang menyatakan tiada Ahli Parlimen Sabah akan berbuat demikian.

"Jeffrey kata 13 Ahli Parlimen Sabah nak lompat, tetapi saya nak bagi tahu tidak ada yang nak lompat. Tidak ada orang Sabah yang lompat," katanya ketika berucap pada majlis perjumpaan dengan masyarakat Cina di pekarangan tokong di Kampung Sungai Lembu, Penanti di sini, malam kelmarin. - BH
makanya ...... siapa yang berjaya membeli dan siapa yang di beli? Tawaran dari 2 pihak?

Posting terkini

Blog Archive