KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Sep 23, 2008

Siasat Campurtangan Abdullah Dalam BPR – AMK

suarakeadilan | menggesa Badan Pencegah Rasuah (BPR) menyiasat Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi kerana menyalahgunakan kuasanya mengarahkan agensi kerajaan itu menahan Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Yong Teck Lee.

Pada 22 September lalu, bekas Timbalan Presiden SAPP Raymond Tan yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah mendedahkan bahawa beliau berjaya merayu kepada Abdullah supaya tidak menahan Yong Teck Lee.

Abdullah pada masa itu Yong ditahan BPR, selepas pemimpin Sabah itu mengepalai usaha undi tidak percaya terhadap kepimpinan beliau. Yong disiasat BPR atas dakwaan rasuah, yang menurut Yong telah lama selesai 15 tahun lalu.

Bercakap dalam satu kenyataan media 23 September lalu, Ketua AMK Shamsul Iskandar Mat Akin berkata Timbalan Ketua Menteri BN itu secara langsung menunjukkan campurtangan Abdullah dalam kerja-kerja BPR.

“Pendedahan tersebut, sekiranya didapati benar, pastinya amat mengejutkan rakyat. Ini berikutan sebelum ini Abdullah acapkali menegaskan bahawa beliau tidak pernah mencampuri sebarang urusan penyiasatan oleh mana-mana badan penguatkuasa negara malah berusaha untuk menjadikan badan-badan tersebut bebas dari sebarang campurtangan pihak pemerintah,” tegas Shamsul.... selanjutnya.

Pak Lah penakut

Takut punca PM enggan temui pemimpin Pakatan Rakyat - Anwar

Imageharakahdaily | ...Ketua Pembangkang itu melahirkan rasa dukacita terhadap keengganan Perdana Menteri bagi membincangkan perkara penting berkaitan politik negara.

"Saya tidak mengerti kenapa pertemuan yang begitu penting untuk rakyat ditolak. Kenapa Perdana Menteri sukar ditemui untuk berbincang dengan pembangkang.Image

"Janganlah kerana rasa takut kepada penyokong sendiri maka pertemuan itu ditolak, gunakan kedudukan dan kuasa kita sebagai seorang Perdana Menteri jangan sekali-kali dipengaruhi pihak lain," ujarnya pada persidangan media di sini, hari ini.

Sebelum itu beliau mengadakan pertemuan tertutup dengan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Abdul Hadi Awang di JKR 10.

Perdana Menteri baru-baru ini menolak untuk berjumpa dengan pemimpin Pakatan Rakyat selepas dihantar surat bagi diadakan pertemuan tersebut. ... selanjutnya.

Opposition momentum slows

malaysianinsider | ... Opposition leaders are also acknowledging the fact that Malaysians were getting "frustrated and angry" over the many "delays", and some are already saying that a change of government may not happen any time soon.

While Anwar has made no statements so far, his party's information chief Tian Chua claimed that contact had been made with Prime Minister Datuk Seri Abdullah Badawi.

The claim was swiftly denied by Abdullah, who said "that's the craziest report", when asked to comment on the claim as reported by a news agency today.

Chua claimed that PR intermediaries had been in touch with Abdullah over Anwar's demand for a smooth transition of power.

Anwar had also demanded the PM reconvene Parliament today for a vote of no confidence against the BN government.

"We get the sense that the PM's stance is softening," he told The Malaysian Insider today, in reference to proposed discussions concerning a transition of power to Pakatan Rakyat.

He added that this was because the premier was being threatened not just by Pakatan Rakyat but by his own colleagues in Umno who were "unfriendly" as compared to the opposition.

But even the maverick Batu MP admits that things have come to an impasse in their ambitions to topple the BN government and acknowledged that people are becoming "frustrated and angry" with the delays.... selanjutnya.

ISA keatas Raja Petra, Kekejaman tanpa mengira masa

Suarakeadilan | .... Hari ini, Raja Petra Kamarudin, seorang blogger yang berani mendedahkan apa sahaja akan dihantar ke Kem Kemunting di Perak bagi meneruskan kezaliman Barisan Nasional yang memerintah negara ini.

Beliau akan ditahan di Kemunting selama dua tahan selepas Menteri Dalam Negeri menandatangani perintah tahanannya malam tadi mengikut seksyen 8 akta tersebut, yang membolehkan beliau ditahan tanpa bicara.

Mengikut akta tersebut, perintah tahanan ke atas Raja Petra itu boleh disambung setiap dua tahun.

Menurut Ketua Angkatan Muda KeADILan Shamsul Iskandar, ISA adalah satu tindakan yang kejam dan zalim dalam keadaan Syawal yang bakal menjelma kelak.

“Sepatutnya didalam bulan ramadhan ini, haruslah dihormati, walaubagaimanapun BN gunakan akta yang zalim ini untuk menahan seorang penyebar maklumat politik bagi melindungi kepincangan politik mereka,”katanya ketika dihubungi Suara Keadilan pagi ini.

Katanya lagi, Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi ternyata tidak menghormati kebebasan bersuara dan pemberi maklumat seperti yang dijamin dibawah pelembagaan.

“AMK menyelar sekeras-kerasnya tindakan yang tidak berperi kemanusiaan, sata percaya walau Raja Petra ditahan dia tidak akan mematikan semangat para blogger yang lain untuk sampaikan mesej kebenaran kerana mereka sayangkan negara,”katanya lagi.... selanjutnya.

Raja Petra Kamarudin sent to Kamunting to begin two-year detention under ISA



NST | ...Syed Hamid said Raja Petra was sent to Kamunting before his 60-day remand ended as police had found concrete evidence that his postings in the Malaysia Today blogsite, was prejudicial to the security of the country.

Raja Petra's wife Marina Lee Abdullah said she was informed of the detention order by an officer from the Federal police headquarters through a phone call at 9am.

She added that no decision was made on her husband's submission of habeas corpus today as judge Suraya Othman had ordered that Raja Petra submit a written submission to be heard on Oct 28.... selanjutnya.

1 Oktober sasaran baru Pakatan, kes Anwar esok



MStar | ... Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua ketika dihubungi berkata, Pakatan Rakyat akan terus memastikan peralihan kuasa akan berlaku pada tarikh tersebut walaupun sidang Parlimen tergempar bagi membolehkan undi tidak percaya kepada Perdana Menteri ditolak.

"Kita sasarkan peralihan kuasa secara aman akan berlaku sebelum hari raya nanti.

"Ataupun satu persefahaman ke arah itu (peralihan kuasa) akan dapat dicapai pada 1 Oktober nanti," katanya.

Sehubungan itu, kata beliau, Pakatan Rakyat sedang mengatur satu rundingan dengan wakil Perdana Menteri bagi membincangkan mengenai perlihan kuasa antara kerajaan Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat.

"Perdana Menteri enggan menemui kita, jadi kita akan berusaha untuk berurusan dengan pegawai-pegawainya untuk berbincang.

"Kami percaya melalui perbincangan kita dapat membentuk kerajaan dalam keadaan aman," katanya.... selanjutnya.

Pakatan kata sedang runding dengan k'jaan

malaysiakini | Pakatan Rakyat berkata, pihaknya telah mula berunding dengan kerajaan berhubung peralihan kuasa, selepas ia mendakwa telah mendapat sokongan yang mencukupi dari ahli-ahli Parlimen untuk menumbangkan kerajaan.

"Terdapat kontak awal antara orang tengah kita denga orang tengah Abdullah," kata Ketua Penerangan PKR, Tian Chua.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang enggan bertemu dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, bagaimanapun menafikan ada kontak dibuat melalui orang tengah.

"Tidak ada sebarang pertemuan dengan orang Anwar," kata Abdullah kepada pemberita.

Tian berkata, beberapa pertemuan telah diadakan sejak hujung minggu antara "orang tengah kita dengan orang tengah Abdullah".

"Niat kita mengadakannya ialah untuk peralihan kuasa kepada pembangkang, tetapi saya tidak boleh bercakap bagi pihak sana," kata Tian kepada AFP.... selanjutnya.

PM sifatkan laporan agensi berita asing 'paling gila'

BHarian | Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini menyifatkan laporan sebuah agensi berita asing kononnya wakil beliau dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sudah memulakan rundingan penyerahan kuasa sebagai berita 'paling gila' yang beliau pernah dengar.

Perdana Menteri berkata, agensi berita asing itu sepatutnya berfikir sebelum membuat dan menyiarkan laporan seumpama itu.

"Itu laporan paling gila yang saya pernah dengar. Apa yang buat laporan seperti itu, anda patut fikir dulu sebelum membuat laporan seperti itu," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Ekonomi di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini.... selanjutnya.

Namewee hadir beri keterangan di Bukit Aman pagi ini

BHarian | Pencipta dan penyanyi lagu kontroversi, Negarakuku, Namewee atau nama sebenarnya, Wee Meng Chee, pagi ini memberi keterangan di Bukit Aman, berhubung siasatan penyiaran klip video lagu rap itu di laman web YouTube, Ogos tahun lalu.

Meng Chee, 25, tiba di Bukit Aman jam 10.30 pagi diiringi bapa, Wee An See, 50, dan peguam.

Beliau pulang ke tanah air akhir bulan lalu selepas menamatkan pengajian di Universiti Ming Chuan, Taiwan dan baru selesai menyiapkan dokumentari mengenai warga Malaysia yang tinggal di Hong Kong, Macau, China, Laos, Vietnam, Kemboja serta Thailand.... selanjutnya.

no2umno - Nak tau jantan mana Hamid ALbar dan UMNO dalam hal ini.

Posting terkini

Blog Archive