KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Dec 20, 2007

KERETA SINGAPORE LAJU, POLIS MALAYSIA TERKEDU



Kereta nombor pendaftaran Singapura tidak kena saman?

Surat kepada MStar

PERASANKAH kita bagi kawan-kawan yang menggunakan Lebuhraya Utara-Selatan apabila kereta yang menggunakan no pendaftaran singapura memandu dengan begitu laju.

Saya melihat kelajuan itu melebihi 160km kadang-kadang mencecah 170km sejam. Apakah mereka tidak kena saman..! atau boleh bawa laju sesuka hati mereka di negara kita dengan kelajuan begitu tinggi yang boleh merbahayakan pemandu-pemandu tempatan?

Atau pihak berkuasa kita takut nak saman mereka? Ataupun mereka mendapat keistimewaan lebih sebab mereka penyumbang pendapatan hsail perbelanjaan mereka di negara ini.

Cuba fikirkan kalau mereka terbabas di depan dan tepi dan sebelah kanan bertentangan ada nyawa yang selama ini benar-benar memandu dengan selamat terkena bunga-bunga kemalangan dan rakyat kita mati kerana tetamu tidak berbudi dan bangsat ini.

Adakah kerana mereka ada banyak duit dan rakyat kita hidup sederhana?
Cuba anda bawa kenderaan anda di laluan lebuhraya dari KL ke Johor anda akan terkejut!

Tiba-tiba sebelah anda maklumlah kereta mewah tak boleh saman kot!..atau bila pulang ke Singapura saman tak dapat dikeluarkan.

Tak canggih ke teknologi Malaysia yang melabur berjuta-juta dalam bidang IT ?

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive