Kangar kehabisan minyak masak akibat kenduri, pembeli panik
KANGAR: Keperluan minyak masak di Perlis tidak bertambah namun kekurangan bahan itu sejak kebelakangan ini sehingga menimbulkan keresahan pengguna dikaitkan dengan kegiatan pembelian panik dan musim kenduri.
Pemangku pengerusi Jawatankuasa Penguatkuasaan Perlis, Zahari Bakar berkata, beliau percaya pembelian panik atau pembelian secara berlebihan oleh pengguna serta pembelian oleh para penganjur kenduri turut menjadi punca kekurangan itu.
Bercakap kepada pemberita selepas mengetuai operasi memeriksa harga barangan di pasar besar Kangar di sini hari ini, Zahari berkata, dakwaan bahawa para pengilang minyak membekalkan bahan itu ke Thailand secara berlebihan adalah satu andaian sahaja.
"Memang benar minyak masak juga dieksport tapi bukan dalam jumlah yang besar. Perkara ini sudah lama dilakukan," kata Zahari dan menurutnya purata penggunaan minyak masak di Perlis setiap bulan ialah 205 tan metrik. |more...|
No2umnO - Sampai bila lah rakyat hendak dipersalahkan? Sebab rakyat tidak boleh menjawab balik, maka rakyat asyik di jadikan alasan kalau kekurangan stok di pasaran. Ramai mana sangat lah kalau yang membuat kenduri kendara di hari raya Haji ini? Kenyataan Pemangku pengerusi Jawatankuasa Penguatkuasaan Perlis adalah satu bentuk kenyataan bodoh.
0 comments:
Post a Comment