Sila Rujuk artikel Radenjowo terdahulu: HAPUS YURAN SEKOLAH SATU PEMBOHONGAN!
Telah ditanya Menteri Pelajaran di dalam TV3, dan dengan kelam kabutnya beliau menjawab, pembayaran PAKEJ adalah TIDAK WAJIB kepada ibu bapa, sedangkan di dalam surat kepada ibu bapa tidak disebut samada ianya wajib atau tidak. (PEMBOHONGAN 1)
Selepas itu, apabila diwawancara sekali lagi oleh TV3, beliau menukar kenyataan dengan menyatakan bahawa bayaran PAKEJ tersebut boleh dibayar secara ansuran. (PEMBOHONGAN 2)
Berlainan dengan surat pekeliling yang diperolehi dari sebuah sekolah yang juga di Kelang (Sekolah Rendah Kampung Jawa, Kelang) menyebut CAJ tersebut dengan istilah mereka sebagai, SENARAI BAYARAN TAMBAHAN TAHUN 2008. (PEMBOHONGAN 3)
Berikut adalah kandunga surat yang diedarkan kepada ibu bapa disekolah tersebut sempena buka sekolah 2008.
SENARAI BAYARAN TAMBAHAN TAHUN 2008 (Sekolah Rendah Kg Jawa, Kelang)
Untuk tahun 1, 2, 3, 4, 5 dan 6
Bayaran yang dikenakan sebanyak RM30.50 (bersamaan jumlah dgn PAKEJ B)
A. Bayaran Tambahan
Kokurikulum RM3.00
Kertas Ujian Dalaman RM8.00
Sukan Tahunan Sekolah RM8.00
Kegiatan Pendidikan Islam/Moral RM8.00
Sekim Perlindungan Diri RM1.50
MSSM RM2.00
JUMLAH RM30.50
Dengan ini adalah jelas. Pihak sekolah tidak menyebutnya sebagai CAJ kerana bimbang ibu dan bapa tidak akan membayarnya apabila merujuk kepada kenyataan Menteri pelajaran di TV3. Apabila istilah itu ditukar kepada SENARAI BAYARAN TAMBAHAN TAHUN 2008 ternyata ianya WAJIB dibayar.
Lihat betapa Kerajaan memutarbelitkan setiap istilah supaya ia kelihatan dihapuskan tetapi realitinya ia masih kekal ada, malah nilainya pun meningkat. Kalau sebelum ini, ia dipanggil sebagai YURAN SEKOLAH, dihapuskan dan ditukar kepada PAKEJ A, B dan C kemudian pihak sekolah pula menukarkan nya kepada SENARAI BAYARAN TAMBAHAN TAHUNAN.
Mungkin ada ibu bapa yang sombong apabila nilai RM30.50 itu dikatakan tidak banyak dan ibu bapa tidak perlu kecoh, tetapi isu sebenar adalah kerajaan sudah BERBOHONG dengan kenyataan penghapusan YURAN. Dan pembohongan itu melibatkan jumlah yang besar jika dikira secara keseluruhannya. Sebelum sebarang kritikan dibuat, perlulah pendapat itu mengambil kira keadaan ekonomi pelbagai lapisan masyarakat. Dan kalau ada pihak yang masih sombong, bermakna, mereka adalah dari golongan yang mementingkan diri sendiri sahaja.
Keghairahan Kerajaan Barisan Nasional membuat keputusan membatalkan YURAN adalah bertujuan untuk membeli dan memujuk hati rakyat supaya kembali menyokong Barisan Nasional, tetapi niat ini sebenarnya tidak ikhlas apabila mereka menyedari bahawa dengan nilai RM18 seorang pelajar jika didarab dengan jumlah kanak kanak sekolah, ia ternyata besar dan lantas kerajaan membatalkan niat tersebut.
Memandangkan buku bantuan bakal diberikan pada tahun ini, kerajaan telah menambah dari RM18.00 nilai yuran kepada RM40.50 atau RM30.50 atau RM20.50 sebagai bayaran PAKEJ. Tetapi perubahan ini sebenarnya telah menambah beban kepada golongan miskin dan sederhana. Masalah ibu bapa membawa kepada masalah anak anak dan ini adalah salah satu punca nya.
Merujuk kepada perkara yang disebut, maka adalah dengan jelas, kerajaan yang GEMAR BERBOHONG seperti BARISAN NASIONAL ini, tidak perlu dikekalkan lagi. Bukan sahaja sanggup berbohong tertapi turut merompak wang rakyat. Seperti pepatah orang tua, SIAKAP SENOHONG GELAMA IKAN DURI, BERCAKAP BOHONG MEMANG DAH LAMA BN MENCURI. Yuran kena bayar, cukai kena bayar, harga barangan meningkat dan kos kehidupan semakin tinggi ....... apa tanggung jawab kerajaan?
KESIMPULANNYA JATUHKAN BN DAN UBAH KERAJAAN !!!
0 comments:
Post a Comment