Terkini : Operasi Menahan Bloggers Bermula !!!
dipetik: cucumatkilau
Cucu mengambil kesempatan untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang memberi sokongan ketika ditahan polis semalam (24.12.2007). Banyak laporan yang diterima bertanyakan tentang kejadian tersebut. Sesungguhnya inilah dugaan yang paling besar dihadapi oleh cucumatkilau. Sebelum ini Cucu pernah ditahan. Namun, keadaannya agak berbeza kali ini. Kejadian yang menimpa Cucu hari ini sesungguhnya adalah yang paling pahit untuk dikenang. Mujurlah Cucu tidak ditahan terus untuk didakwa oleh pihak berkenaan. Sebenarnya, penahanan ini menguatkan lagi semangat perjuangan Cucu.
Kejadian penangkapan Cucu berlaku sekitar jam 10.00 pagi. Cucu sebenarnya baru pulang dari Dungun Trengganu setelah menghantar adik Cucu memasuki UITM Trengganu. Sekitar jam 3 pagi Cucu bertolak balik, cadangan asal untuk bertemu dengan Saudara Razali Alias di Paka terpaksa ditangguhkan kerana Cucu agak keletihan. Cucu sampai dirumah sekitar jam 6 pagi. Kerana keletihan Cucu tertidur dan tidak sedarkan diri. Tiba-tiba, sekitar jam 10.00 Cucu dikejutkan dengan satu jeritan yang berulang kali menyuruh agar pintu dibuka. Terkejut dengan jeritan tersebut, Cucu cuba berlari untuk membuka pintu. Namun belum sempat ke tingkat bawah, kedengaran mereka (Polis) menendang dan memecahkan pintu dengan kuat. Dengan memakai kasut mereka telah naik ke tingkat atas, ketika itu Cucu baru hendak turun tangga untuk membuka pintu. Namun mereka dengan rakusnya telah menangkap, memegang dan menggari tangan Cucu tanpa berkata-kata. Ada anggota yang seolah-olah cuba menghalakan pistol kepada Cucu. Kemudian mereka mengatakan Cucu akan ditahan. Mujurlar mereka mengeluarkan gari, yang bermakna mereka polis. Bayangkan sekiranya mereka ada penjenayah upahan yang bertujuan untuk mencederakan Cucu. Sudah pasti cucumatkilau hanya akan tinggal nama sahaja agaknya. Tambahan pula lagak mereka seperti samseng dan hanya berpakaian preman ketika kejadian.
Cucu agak panik dan keliru, atas alasan apa ditahan?. Berkali-kali bertanya, mereka kemudian menolak dan menyuruh Cucu menutup mulut dan mendiamkan diri. Cucu hanya melihat beberapa orang pegawai polis (sekitar 5 orang) mengeladah bilik Cucu. Tiga buah telefon bimbit Cucu dan sebuah laptop telah dirampas oleh mereka. Beg duit dan kad pengenalan Cucu juga dirampas. Cucu bertanya lagi, atas alasan apa mereka menggeladah rumah Cucu. Apakah mereka mempunyai waran geladah. Mereka dengan bengis mengatakan mereka adalah polis dan berhak untuk melakukan apa sahaja. Kesemua mereka terus menggeladah. Cucu tidak dibenarkan memakai pakaian ketika itu. Mereka membiarkan Cucu hanya memakai "Seluar Dalam" sambil tangan bergari dan melihat apa sahaja yang ingin mereka lakukan. Mereka juga sewenangnya melihat dan memeriksa bahagian sulit Cucu. Cucu merasa amat malu kerana terdapat juga seorang daripada mereka anggota polis wanita. Aksi tersebut terus berlaku disamping sebahagian yang lain terus menggeladah keseluruhan rumah Cucu.
Ikuti kisah lanjut beliau : cucumatkilau
ADA FUNFAIR... UNSUR JUDI???
7 hours ago
0 comments:
Post a Comment