msomelayu | BERITA ini belum heboh lagi. Tetapi Penasihat PKR Anwar Ibrahim khabarnya sudah menghidu baunya. Ada seorang ahli Parlimen daripada PKR telah pergi berjumpa dengan Timbalan Perdana Menteri, Mohd Najib Razak.
Untuk apa? Apakah perjumpaan itu ada kena mengena dengan isu yang timbul ke belakangan ini; isu tuduhan liwat ke atas Anwar dan juga isu muzakarah dengan Pas! Tetapi kalau semata-mata isu itu kenapa sampai pergi jumpa Najib, bukankah Najib itu timbalan presiden Umno?
Kalaulah ahli Parlimen itu pening memikirkan apa yang berlaku akhir-akhir ini takkanlah beliau sampai perlu rujuk kepada Najib. Tentulah ada sesuatu yang tidak kena agaknya. Kalau tidak masakan pergi mencari timba.
Saya belum dapat maklumat sahih mengenai desas desus ini, sedang siasat. Tetapi khabarnya ahli Parlimen itu berasal dari negeri di Pantai Timur. Umurnya di bawah 50 tahun dan baru pertama kali menang dalam pilihan raya pada 8 Mac lalu.... selanjutnya.
ADA FUNFAIR... UNSUR JUDI???
2 hours ago
0 comments:
Post a Comment