Korang pernah tengok movie animasi SPACE JAM, lakunan Michael Jordan. Diterbitkan pada tahun 1996 edaran Warner Bros. Mula mula aku tengok cerita ni, syok juga. Campuran antara watak kartun dan manusia di satukan dengan teknik yang menarik. Dengan plot cerita yang baik untuk di tonton oleh penontong pelbagai peringkat umur. Kelakar sampai pecah perut dengan watak kartun yang buat kita tak kering gusi.
Rupa rupanya, tanpa kita sedar, Malaysia sudah hasil dan tayangkan .... satu cerita animasi yang serupa tekniknya ...
Ini dia .... korang tengok, 'poster movie' di bawah. Tajuknya altantuya murder trial 'the animation'. Watak gandingan manusia dan kartun. Best woooo... tapi ingat. 2 pesalah adalah kartun sementara pelakun lain semua nya manusia tulen tapi perangai ...... macam kartun. Tak der yang betul. Nak komen tak boleh, sebab filem tu memang animasi.
Bukan sahaja Malaysia pecah rekod dengan filem animasi terbaru, tapi juga rekod filem animasi terpanjang di dunia. Satu dunia tau....Kalau plot cerita tak menarik, sebenarnya cerita kartun ni untuk manusia yang lemah mental. Tu sebab banyak dialog dan jalan cerita yang tak logik. Bila lah agaknya, filem Malaysia nak capai taraf dunia kalau kualiti filem kita terus di peringkat manusia lemah akal? .... Gua suka tengok cerita luar negara yang lebih kualiti. Jangan tak tengok. Buat buat minat. Kalau gi panggung, tidur. Bila orang ketawa, korang lonjak kuat kuat, biar orang ingat kita syok.
AKu tak mahu potong stim. Tapi cukup dengan hint cerita dialog akhirnya 'melampaui keraguan munasabah' dan filem tu pun selesai. Semua nya akan salam salam, peluk cium, menangis menangis, aktor di temubual oleh pemberita, terharu dan kemudian diorang akan kata "Berani kerana benar, takut kerana salah." Semua pelakun dibayar mengikut jumlah kutipan tiket. Kaya wooo. Pesanan gua, walaupun cerita ni boring ..... tapi "Sokong lah industri filem tempatan".
ADA FUNFAIR... UNSUR JUDI???
2 hours ago
1 comments:
Kalau setakat menonton Drama/filem Melayu,tak payah lah,bukan setakat free di bayar suruh menonton pun rasa nya ada lebih baik buat kerja lain.
Cuba perhatikan,tak de lain,makan minum,minum makan,makan minum ,minum makan,sambil berdailog tak kira lah lokasinya di cafe,di restoran,di rumah,di ladang,di Hotel dan berbagai bagai lah...tempatnya.
Pendek kata,message yang hendak disampaikan mengikut jalan ceritanya melalui perbualan di tempat makan.
Cukup membosankan,dan cukup mudah pengolah,penerbit,penulis buat crte.,janji dapat duit.
Post a Comment