KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jul 28, 2008

Anwar umum bertanding di Kulim

wrlr | ....“Jika tidak ada aral melintang,dalam masa terdekat ini saya akan umumkan untuk bertanding di Kulim-Bandar Baru ini.Terima kasih kepada saudara YB Zulkifli Nordin yang menawarkan kawasan ini.Beliau adalah contoh anak muda yang faham akan erti perjuangan ini ” demikian jelas Anwar lagi.

YB Zulkifli memenangi dengan majority 5583 dimana beliau memperolehinya sebanyak 22255 manakala Aziz pula sebanyak 16,672. Kulim Bnadar baru mempunyai 67.93 % undi Melayu,21.135 cina dan 11.48% undi India dimana jumlah keseluruhan pengundinya ialah sebanyak 51444 pengundi yang berdaftar.

Anwar juga menjelaskan bahawa jika beliau jadi bertanding di Kulim, pasti mereka (BN) akan menghentam beliau dengan berbagai tuduhan seperti kes liwat, kaki perempuan, dan berbagai lagi tuduhan yang sebenarnya memalukan politik negara demi menghalang beliau dari menjejak kaki ke parlimen.Malah sanggup mengusung tilam untuk memfitnah beliau dahulu.malah berjuta ringgit akan dihabiskan untuk menarik pengundi.Jika diberi duit ambil namun undi adalah untuk Pakatan Rakyat.

“Baru-baru ini saya dipaksa mengisi borang yang mengaitkan saya mangsa rogol,malah dikatakan diarahkan oleh orang atasan.Seluruh badan saya diperiksa dan ini amat memalukan saya,saya menghalang gambar saya dari diambil kerana menjaga maruah saya.Kenapa saya di buat begini adalah kerana saya melawan mereka ”

“Saya dipenjara , saya keluar saya lawan,saya di telanjang,saya pakai baju dan saya lawan,saya di pukul ,saya berubat dan saya balik dan bebas , saya akan lawan habis –habisan”.walau dihina dan diaibkan rakyat bukan bodoh malah kerajaan Arab Saudi menghantar kapal terbang untuk menjemput saya ke Arab Saudi.Yang penting bukan Anwar, tetapi kebajikan rakyat adalah penting.

Anwar juga menyatakan bahawa UMNO kini yang berada dalam keadaan tidak tenteram dan tidak stabil dan mana mungkin mereka memikirkan masaalah orang Melayu,malah sebelum pilihanraya dulu pun UMNO tidak pernah bercakap mengenai nasib bangsa Melayu.dan kenapa dalam keadaan sekarang mereka baru menyebut untuk membantu orang Melayu . Kerana itu ada usaha memecah belahkan Pakatan Rakyat kononnya PAS-UMNO akan bersatu.... selanjutnya.




1 comments:

Anonymous said...

this is what you call support, people support.

Posting terkini

Blog Archive