MStar | Seorang bekas pengarah Perbadanan Putrajaya hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas tuduhan menerima rasuah berupa tiket kapal terbang ke London.
Datuk Shahoran Johan Ariffin, 56, didakwa menerima tiket kapal terbang pergi balik dari Kuala Lumpur ke London bernilai RM3,022 daripada seorang kontraktor, Yaacob Hassan melalui Azizi Johan Ariffin sebagai dorongan untuk memberikan kerja-kerja projek Taman Putra Perdana kepada Fortress Synergy Sdn Bhd yang dimiliki Yaacob melalui Kenas Prima Sdn Bhd.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu ketika bertugas sebagai Timbalan Pengarah Bahagian Landskap dan Taman Awam, Bahagian Perancangan Bandar, Perbadanan Putrajaya.
Shahoran turut mengaku tidak bersalah atas tuduhan pilihan menerima rasuah daripada Yaacob yang diketahuinya adalah pemilik syarikat Fortress Synergy Sdn Bhd yang ada kena mengena dengan urusan rasminya sebagai pengerusi Mesyuarat Penilaian Tender bagi kerja penyelenggaraan projek Taman Putra Perdana di Putrajaya.
Syarikat Yaacob itu telah memperoleh kerja tersebut melalui Kenas Prima Sdn Bhd. ... selanjutnya.
ADA FUNFAIR... UNSUR JUDI???
7 hours ago
0 comments:
Post a Comment