Jenuh juga MB Terengganu nak menjawab soal pembelian Mercedez kepada semua pihak. Biar apa pun alasan, mentaliti rakyat kita, Mercedez itu adalah untuk bermewah mewah.
Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Said hari ini mempertahankan tindakan kerajaan negeri membeli 14 kereta Mercedes E200 Kompressor sebagai kenderaan rasmi anggota Exco dan pegawai kanan kerajaan negeri dalam usaha menjimatkan kos perbelanjaan tahunan.V6 yang dah ada, baru 4 tahun umurnya, dan sibuk nak tukar kenderaan. Kalau hendak di banding dengan Selangor, Proton v6 yang masih di gunakan sekarang sudah 7 tahun umurnya. Ia nya masih terus di usung dek EXCO EXCO Selangor kesana kemari. Bila tengok EXCO guna mercedez, rakyat jeling jeling .. tapi,
Ahmad berkata, pembelian kereta itu menggunakan peruntukan yang disediakan sebelum ini dan bukan menggunakan wang royalti minyak.
"Ia tidak melibatkan royalti minyak. Bagaimana nak guna wang royalti minyak, kita masih belum menerimanya daripada kerajaan pusat," katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas laporan akhbar berhubung pembelian kenderaan bagi menggantikan Proton Perdana V6 Executive sebagai kenderaan rasmi Exco dan pegawai kanan kerajaan negeri. - Bernama
Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Mokhtar Nong mengesahkan perkara itu melalui surat yang diterimanya dari istana berkenaan tetapi beliau tidak mengetahui sebab-sebab upacara itu tidak diadakan seperti sebelum ini.Bila Istana kata tak der anugerah, maka terpaksa lah Datuk MB Terengganu kita cari title 'Dato Seri' kat negeri lain. Kalau aku, antara 'Mercedez' atau 'Dato' Seri ', mana satu yang aku pilih?
"Sama ada selepas ini (esok) ada majlis penganugerahan darjah dan pingat kebesaran atau tidak, saya tidak pasti," katanya ketika ditemui selepas majlis penyampaian hadiah Kejohanan Jet Ski Asean Watercross Super Cup 2008 di Pantai Batu Burok di Kuala Terengganu hari ini. - Malaysiakini
2 comments:
guaner maintenance sampai RM50,000.00 (ikut kate MB ler)? Natang ape yg diganti? Kot 4 kali masuk workshop udah RM 200,000.00 ..mewahhh...Gamaknyer dari RM 50 K tuh dah masuk kamsen sekali kot..teke je takkan marah..
Kome pakai v6 juga tapi kos selengaraan dan repair tak sampaipun RM4000 setahun . Mungkinlah agak nya exco-exco kita pergi rally tiap-tiap minggu pakai V6 gomen agaknya.
Post a Comment