Malaysiakini | Kementerian Pelajaran "sengaja melengah-lengahkan masa dan bersikap acuh tidak acuh" menukar kembali pengajaran Matematik dan Sains dalam bahasa ibunda daripada bahasa pengantar dalam Inggeris sekarang, kata sekumpulan badan bukan kerajaan (NGO).
Sehubungan itu, 10 NGO tersebut yang semuanya dari Johor bercadang menghantar memorandum pada 4 Ogos depan mendesak kementerian menyegerakannya.
"Kementerian Pelajaran kelihatan seperti langsung tiada apa-apa jalan penyelesaian yang kukuh terhadap pelaksanaan dasar ini.
"Namun, ia tidaklah terlalu janggal kepada kita kerana umum mengetahui bahawa dasar ini (menggunakan bahasa Inggeris untuk mengajar-belajar dua subjek tersebut) merupakan satu keputusan yang dilakukan secara tergesa-gesa, bersifat politik dan tiada perancangan yang sistematik," kata kumpulan itu dalam satu kenyataan hari ini.... selanjutnya.
Jul 22, 2008
Lengahkan Bahasa ibunda untuk Sains, Matematik
Labels: Sains dan matematik
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment