Berikut adalah benda benda menarik di dalam Bajet 2009 yang di bentang oleh PM. Antara yang menarik pada mereka mereka yang mempunyai kepentingan .. tapi,
- Isi rumah yang membayar bil elektrik RM20 dan ke bawah sebulan tidak perlu menbayar bil elektrik berkuatkuasa 1 Oktober 2008 sehingga akhir 2009. - Bill aku sejak setahun yang lepas RM280 purata sebulan.
- Cukai jalan bagi kenderaan penumpang bersendirian berenjin diesel milik individu dan syarikat, dikurangkan mengikut kadar cukai jalan kenderaan berenjin petrol, mulai 1 September 2008. - Aku guna kereta kuasa minyak PETROL
- Kelayakan pendapatan isirumah untuk mendapat subsidi yuran Taska bulanan RM180, dinaikkan dari RM2,000 kepada RM3,000 mulai 1 Januari 2009. - Anak aku dah besar besar
- Iskandar Malaysia - Peruntukan tambahan RM300 juta di bawah Dana Pelaburan Strategik - Aku tak terlibat langsung
- Peruntukan RM5.4 bilion untuk tingkatkan keupayaan PDRM - RM4.8 bilion bagi belanja mengurus dan RM600 juta belanja pembangunan. - Aku bukan polis
- K'jaan sedia kemudahan pinjaman mudah melalui dana pengangkutan awam RM3 bilion di bawah Bank Pembangunan Malaysia Berhad untuk biayai perolehan aset bas dan rel - Aku bukan Lembaga Pengarah SCOMI
1 comments:
Belanjawan niee memang langsung tak dapat membantu deng sekeluarga pun, memang tak boleh harap betul PM niee,satu benda pun tak de sangkut paut dengan aku...polis asik2 dapat peruntukkan..apa kejadahnya..
Post a Comment