KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Aug 31, 2008

Utusan Meloya tarik handbrake

Bukan senang nak cari artikel macam di bawah ni untuk tatapan para pembaca ... pelik juga. Ingatkan hanya kereta yang ada handbrake .. tapi akhbar juga

Keanehan di permatang pauh
BANYAK keanehan berlaku sepanjang kempen pilihan raya kecil Permatang Pauh yang lalu. Keanehan yang membawa kepada kekalahan dengan majoriti besar calon Barisan Nasional (BN) dan sekaligus menghantar Datuk Seri Anwar Ibrahim ke kemuncaknya sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen.

Aneh, kerana Anwar yang dibebani dengan dakwaan salah laku moral dan jenayah tetap dipilih oleh penduduk Permatang Pauh - kawasan yang 'ditinggalkannya' sejak 10 tahun lalu sungguhpun ia hanya merupakan kubu terakhir Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.

Dalam sejarah politik Malaysia, tiada pemimpin sekebal Anwar - tetap disanjung dan dipuja - walaupun apa yang didakwa dilakukan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri itu menjadi pantang larang berpolitik dan dosa besar bagi umat Islam.

Sumpah laknat oleh bekas pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan dan dakwaan liwat di mahkamah serta menggunakan wang haram hasil perjudian, salah laku semasa berada dalam kerajaan serta kontroversi seks gagal menggoncang ketaksuban pengundi Permatang Pauh terhadap kredibiliti beliau.... selanjutnya.

3 comments:

Anonymous said...

Salam tuan empunya blog,

Kekdg aku ase penulis artikel kat dlm Utusan ni menulis ikut kebodohan dia saje...

Lantak ko la penulis...Ko sorg buduh dah la...

Kami sume tak...

Anonymous said...

Agaknye...penduduk Permatang Pauh lebih mengetahui jika mereka mengundi DSAI. Mungkin mereka lebih mengetahui tindak tanduk BN untuk menang. Aku bace gak media perdana dan aku bace gak media pembangkang.....utk penilaian diri sendirila. Ada akal tuhan beri, gunakanlah....

Yan said...

Dasar penulis pojok murahan...

Posting terkini

Blog Archive