suarakeadilan | ... Ketua Angkatan Muda KeADILan, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, tuduhan ini adalah kerana mereka telah gagal menyekat kemaraan Pakatan Rakyat untuk mengambil alih pentadbiran negara.
“AMK yakin dan percaya propaganda murah sebegini begitu terdesak direncanakan memandangkan mereka gagal menyekat kemaraan Pakatan Rakyat untuk menguasai Putrajaya dalam tempoh terdekat,” katanya dalam satu kenyataan pagi ini.
Beliau mengulas kenyataan Rais baru-baru ini yang berkata beliau memperoleh maklumat bahawa ada pihak tertentu dari Amerika Syarikat Anwar Ibrahim untuk memperkotak-katikkan dan menghuru-harakan Malaysia.
“Kenyataan biadap ini dipercayai adalah satu usaha terdesak Umno-BN melalui propaganda murah Utusan Malaysia yang kelihatan mahu mengucar-kacirkan sokongan rakyat di sebalik kemelut kepimpinan negara yang dihadapi oleh Umno khususnya,” tambahnya lagi.
Menurut Shamsul lagi, propaganda murahan mengenai ‘Anwar Agen Amerika’ ini telah disebarluas sebegitu lama, paling hangat sewaktu kempen Pilihanraya Kecil Parlimen Permatang Pauh pada bulan Ogos lepas.... selanjutnya.
Sep 22, 2008
Dakwa Anwar Agen Amerika, Agenda Politik murahan Umno
Labels: Belit UMNO
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
Biasala tu....
Umno masih tercari2 ruang2 nak hidup...
Inilah akibat abaikan permintaan rakyat...
Dah terlambat dah.....
http://the-term-life-insurance-rate.blogspot.com/
Post a Comment