malaysiakini | Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Fairus Khairuddin mahu mengambil tindakan undang-undang tabloid Siasah yang mendakwa 'beliau terlalu malas untuk turun padang'.
Timbalan pengerusi PKR negeri itu berang dengan tabloid mingguan itu yang menyiarkan komentari tersebut minggu lalu, yang didakwanya telah menjejaskan kedudukannya.
"Tabloid itu hanya menyiarkan komentari tanpa menyemak kesahihan maklumat yang diterima dari sumber-sumbernya," kata Fairus yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Penanti, kepada Malaysiakini.
"Sekurang-kurang ia patut menghubungi saya dan turut menyiarkan penjelasan saya. Ia satu percubaan untuk memburuk-burukkan kredibiliti, maruah dan integriti saya," katanya.
Fairus berkata, peguamnya sedang menyiapkan dokumen untuk mengambil tindakan undang-undang tersebut.
... selanjutnya.
Sep 19, 2008
Fairuz mahu saman SIASAH
Labels: Penang Politics
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment