Mubarak anggap PM hanya bergurau....
malaysiakini | ...Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) menganggap kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bahawa majlis tersebut sebagai 'orang pencen' sebagai gurauan sahaja.
Naib Presiden Mubarak, Datuk Othman Abdul berkata, perdana menteri memang seorang yang suka berseloroh dengan ahli-ahli Mubarak.
“Kita tidak ambil hati dengan kenyataan perdana menteri kerana kita tahu sikapnya yang suka bergurau.
“Hubungan Mubarak dengan perdana menteri amat baik dan tiada konfrontasi dengan beliau,” katanya.
Semalam, ketika diminta mengulas gesaan Mubarak yang memintanya mempercepatkan proses peralihan kuasa, secara sinis Abdullah berkata:
"Tak apalah. Biarlah mereka hendak cakap apa pun. Mereka pun dah orang pencen semua itu"... selanjutnya.
Sep 19, 2008
Mubarak 'golongan orang tua pencen'
Labels: Dollah bedol
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
hak hak hak...
mmg org pencen pon...
x soda diri...
lopeh ni jgn nak momokak yo...
Post a Comment