KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Sep 23, 2008

Kenapa Bung Mokhtar bodoh sangat?

Baca berita Utusan meloya .....

Anwar boleh ancam perpaduan
Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC) menyifatkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim boleh mengancam perpaduan rakyat berikutan sikap beliau yang gemar menggunakan isu perkauman bagi meraih sokongan.

Timbalannya, Datuk Bung Moktar Radin berkata, perbuatan Anwar sepatutnya dihentikan segera kerana ia boleh menjejaskan keharmonian masyarakat pelbagai kaum di negara ini.

''Beliau sanggup melontarkan pelbagai janji kepada kaum lain jika pakatan pembangkang mengambil alih kerajaan dan ia sesuatu yang mustahil," katanya kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa bersama media di sini malam tadi.

Bung Moktar berkata, walaupun mana-mana pihak tidak boleh mempertikaikan hak-hak bangsa Melayu dan kedaulatan raja-raja Melayu, kaum lain di negara ini tetap diberi perhatian sama-rata oleh kerajaan BN.

''Sehingga sekarang rakyat berbilang agama dan kaum di negara ini, contohnya di Sabah sendiri hidup harmoni dan tidak ada pihak dipinggirkan," ujarnya.... selanjutnya.
Tin kalau kosong, kuat bunyi nye.

2 comments:

Anonymous said...

Biasa la orang tak mengaji tinggi cakap macam itu lah. Fakta menentukan bahawa DSAI telah berjaya menyatupadukan kaum di negara kita. Lihat PKR ada pelbagai kaum di dalamnya. DAP dan PAS pun dah join juga. Cakap tidak serupa bikin.

Anonymous said...

Pernyataan bercanggah antara Pak Lah dengan Najib. Pak Lah kata DSAI penyebab kemerosotan ekonomi negara tetapi Najib kata ekonomi negara sekarang dalam keadaan baik.

Posting terkini

Blog Archive