malaysiakini | ..."Kalau dia (Anwar) ada (senarai 31 ahli Parlimen) dia boleh beritahu, biar semua rakyat tahu, biar semua pengundi tahu apa yang telah dia lakukan kepada calon-calon mereka (pengundi)," kata Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Abdullah berkata beliau tidak akan mengadakan pertemuan dengan Anwar untuk berbincang kerana "kalau dia jumpa saya pun nanti mungkin dia buat cerita yang lain."
"Nanti dia kata saya telah setuju tentang itu, tentang ini. Itu adalah tujuan dia mempopularkan diri dia. Saya tidak perlu jumpa dia," kata dalam sidang akhbar di majlis penyampaian dermasiswa dan sumbangan Hari Raya Aidilfitri di Kepala Batas hari ini.
Menurut perdana menteri, surat yang diterimanya dari Anwar yang juga ketua pembangkang semalam, bukannya berhubung peralihan kuasa., demikian menurut laporan Bernama.
Katanya, surat itu adalah berkaitan dengan situasi dalam negara dan perkara-perkara umum.
"Tidak ada satu surat pun yang dihantar yang berkaitan dengan pemindahan kuasa. Dia (Anwar) hantar surat tentang hal-hal umum yang berkaitan dengan situasi dalam negara," katanya.... selanjutnya.
Sep 16, 2008
Pak Lah mahu senarai lompat parti
Labels: Lompat parti
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment