harakah | ..."Kami mendesak pihak kerajaan agar membebaskan segera semua tahanan tanpa syarat. Sekiranya terdapat sebarang bukti mengenai sebarang kesalahan jenayah, ia harus dibicarakan di mahkamah terbuka," ujar satu kenyataan Pakatan Rakyat semalam.
Kenyataan itu dibuat bersama antara Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang; Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim dan Ketua ahli Parlimen DAP, Lim Kit Siang,
Kenyataan itu menyebut, tindakan tangkapan ini terutama apabila pemberita yang menjalankan tugas ditangkap dan bukannya individu yang mengeluarkan kenyataan, adalah bukti manipulasi Umno yang menggunakan isu kaum untuk menakutkan rakyat.
"Bahkan komponen Barisan Nasional sendiri tidak menyokong tindakan kejam ini. Kami mendesak kerajaan mengotakan janji mereka bahawa tidak akan ada lagi tahanan ISA selepas ini.
"Kami berharap tindakan kerajaan ini bukan merupakan percubaan awal untuk menangkap lebih ramai ahli politik pembangkang dengan tujuan menggagalkan usaha Pakatan Rakyat membentuk kerajaan dalam masa terdekat," kata kenyataan itu.
Suasana tidak stabil yang nampaknya sengaja ditimbulkan oleh pihak kerajaan mengundang rasa tidak tenteram di kalangan rakyat terbanyak dan boleh mengancam keselamatan negara.
Sehubungan itu Pakatan Rakyat bersetuju untuk mengambil beberapa tindakan antaranya, encadangkan pertemuan tertutup antara wakil Pakatan Rakyat dan Perdana Menteri dalam masa terdekat bagi membincangkan soal keselamatan negara dan masa depan politik Malaysia. ... selanjutnya.
ADA FUNFAIR... UNSUR JUDI???
29 minutes ago
0 comments:
Post a Comment