bernama | Delegasi Anggota Parlimen dari Kelab Anggota Parlimen Barisan Nasional (BNBBC) yang menjalani sesi lawatan sambil belajar di Taipei sejak beberapa hari lepas, kini berada di Hong Kong.
Seorang daripada anggota delegasi itu berkata mereka melanjutkan tempoh kunjungan mereka di kota itu untuk duduk berbincang mengenai beberapa isu, tapi menafikan ia mempunyai sebagai kaitan dengan spekulasi kononnya anggota parlimen Barisan Nasional (BN) menyertai Pakatan Rakyat (PR).
"Tidak, tidak ada yang menyeberang. Saya percaya ketika ini sudah jelas bahawa pembangkang gagal dalam misi terdesak mereka untuk mempengaruhi kami menyertai mereka," kata naib pengerusi BNBBC dan Anggota Parlimen Batu Pahat Dr Mohd Puad Zarkashi kepada Bernama ketika dihubungi di Hong Kong hari ini.
"Tidak ada dari kalangan anggota kami menemui sesiapa dari mereka di Taipei. Kami makan malam dengan konsulat Malaysia di Taipei semalam, dan apabila kami sampai ke hotel, hari sudah lewat.
"Saya percaya semua orang tidur awal kerana terpaksa berada di lapangan terbang pukul 3 pagi untuk ambil penerbangan pukul 6 pagi keluar dari Taipei," katanya ketika merujuk kepada tindakan lima daripada anggota parlimen PR berlepas ke Taipei untuk menemui mereka bagi memujuk mereka menyertai PR.... selanjutnya.
ADA FUNFAIR... UNSUR JUDI???
19 minutes ago
0 comments:
Post a Comment