albajari | Bahagian Logistik pula diketuai olih saorang pemimpin PKR dari Sg.Petani. Stok barang makanan, Pakaian ..T Shirt yang jumlah beribu, topi, visor tersusun rapi. Seramai 20 orang ditugas melipat risalah, gambar gambar DSAI surat rayuan dari DSAI, VCD sebanyak 5 jenis diedar ke setiap rumah pengundi.Bahagian Logistik mempunyai sabuah lori dan 2 buah van. lengkap dengan pembesar suara.Semua nya dikendalikan olih anak anak muda.Manakala masakan dikelolakan olih wanita tempatan seramai 6 orang.Susunan kerja mereka amat teratur dan amat rapi.Kawalan Keselamatan pula bertugas pada waktu malam.
Mereka mempunyai 7 Walkie Talkie,Cone,Torchlight baju kalis cahaya.Markaz ini kontrol JDM 5 dan JDM 6.Manakala KADUN pula kontrol Markaz. KADUN di Ketuai olih MP Ampang dan MP Sungei Petani.Semua taklimat taklimat PACA diadakan di KADUN. Sebanyak 3 kali taklimat telah diadakan. Mereka begitu rapi. Petugas PACA yang gagal hadir semua nya dibuang dari senarai.Ketua PACA dibekal nama pengundi, buku panduan SPR,Torchlight. Calculator, 2 batang lilin,lighter. Pencil, pembaris, borang 14,Kad Petugas SPR,dan 5 jenis borang untuk di rekod. Ranjit ada lah Ketua PACA saluran 1 dan dibekalkan dengan sabuah machine untuk mengesan kad pengenalan sama ada kad pengenalan itu original atau pun kad pengenalan tiruan.Sekira nya kad pengenalan tiruan machine akan memberi maklumat terpeinci.
Pada 26 Ogos jam 0600 pagi KADUN telah menalipon Ranjit untuk Solat dan memberi kata kata rangsangan dan nasehat nasehat.Pada jam 7.30 pagi Ranjit hadir ke bilik mengundi dan menyerah borang 13 kepada KTM.Pada jam 7.45 pagi Ranjit persoal KTM kerana dia tidak menampal Notis serta nama nama Calun yang bertanding dipintu masuk tempat membuang undi.KTM nampak bagitu gelabah dan dia akur dengan arahan Ranjit. Pada jam 0800 pagi tong mengundi mula di seal dan Ranjit menurun tanda tangan sebagai wakil kepada DSAI..PKR.Sekali lagi KTM melakukan kesilapan..kerana dia tidak merekod buku buku kertas undi dan jumlah serta no siri kertas undi..sebalik nya dia terus serah kepada 3 orang pembantu nya. Apabila aku tegur dia suruh mereka tunjukkan kertas kepada aku...Sekali lagi aku tegur kesilapan nya.Dia kemudian mengambil semua buku buku kertas undi dan ditunjuk kan kepada aku helai demi helai..bermula dari 001 hingga 050.JDM 5 ada 3 shift. Ranjit shift pertama dan shift terakhir jam 3.00 hingga jam 5 petang.... selanjutnya.
MATI KATAK
30 minutes ago
0 comments:
Post a Comment