KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Sep 28, 2008

Roboh kuil: MPAJ tidak rujuk Kerajaan Negeri

MSTar | Kerajaan Negeri Selangor pimpinan Pakatan Rakyat hari ini mengakui yang Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ)telah merobohkan sebuah kuil di Ampang awal bulan ini walaupun dinafikan sebelum ini.

Dalam kenyataan media hari ini, Exco Kerajaan Negeri Selangor, Dr. A. Xavier Jayakumar berkata, pihaknya juga kesal dengan tindakan MPAJ merobohkan Kuil Sri Mahakaliamman di Kampung Tasik itu tanpa kebenaran kerajaan negeri.

"Kita telah arahkan kepada semua pihak majlis perbandaran di Selangor supaya mana-mana rumah ibadat yang hendak hendak dirobohkan mesti mendapat kelulusan kerajaan negeri," katanya semasa mengadakan lawatan ke tapak Kuil Sri Mahakaliamman hari ini.

Ia bertentangan dengan kenyataan Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin dua hari lalu bahawa kuil berkenaan telah dirobohkan untuk kerja-kerja pengubahsuaian bangunan dan dokumentasi.

Dr. Xavier, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pekerja Estet dan Kerajaan Prihatin berkata, tiada pihak berhak untuk merobohkan rumah ibadat sama ada masjid, surau, kuil, tokong mahupun gereja walaupun ia dibina secara tidak sah.

Surat makluman mengenai perkara tersebut juga telah dihantar kepada semua majlis perbandaran di Selangor.

Bagaimanapun Dr. Xavier berkata, perkara ini berpunca daripada kesilapan dan kelemahaan kedua-dua pihak.

"Pertamanya MPAJ meroboh tanpa merujuk kerajaan negeri dan keduanya pihak pengurusan kuil telah membina kuil ini tanpa mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa tempatan," katanya.... selanjutnya.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive